Like it or not, I will follow through with my case until I have exhausted all legal avenues. People may wish that I could just shut up or die, but I just want to live a peaceful life.” — Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Siapa gadis misteri ini?
Oleh Kaki Wayang on
Tajuk entri misteri tapi aku rasa satu Malaysia dah tahu kot siapa yang aku maksudkan ini..Inilah Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz..bila tengok gambar ni persis seperti seorang gadis "tulen"..
Oklah aku tak nak amik tahu pasal kisahnya..cuma tadi baca paper Berita Harian..bila mendengar (membaca) luahan hati si gadis (jantan sebenarnya) rasa macam terpukul pula..rasa macam pedih sangat bila masyarakat menghina dia..sampaikan pada suatu ketika dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik..perghhhh sebak siottt...
Kemudian satu lagi kenyataannya kepada sidang media..yang mana beliau tidak akan sekali-kali berputus asa untuk mendapatkan apa yang diperjuangkannya..
Betol-betol Hangat! Hei Pak Menteri…Mana Mau lari..?
Oleh Kaki Wayang on
Angkara fitnah dan tajuk Hei Pak Menteri…Mana Mau lari..? yang dibuat secara meluas di sebuah laman blog terhadap Datuk Seri Dr. Rais Yatim, seorang penulis blog hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini supaya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.
Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof yang membuat keputusan itu turut memerintahkan Amizudin Ahmat, 42, yang juga merupakan anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) membayar kos RM100,000 kepada Rais.
Pada 5 Julai lalu, mahkamah memutuskan Amizudin yang diwakili peguam William Leong bertanggungjawab memfitnah Rais, 69, menerusi sebuah artikel yang dipaparkan dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.
Dalam pernyataan tuntutan, Rais menyatakan, pada 28 Disember 2010, Amizudin sama ada secara sendiri mahupun melalui ejen-ejennya telah menyebabkan satu penerbitan artikel bertajuk 'Hei Pak Menteri...mana mau lari...'
Menurut Rais, seluruh kandungan artikel dalam bahasa Malaysia itu berniat jahat dan memfitnahnya, selain ia bermaksud atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu di Negeri Sembilan, menafikan tuduhan itu selepas penulis blog terbabit menamakannya.
Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia telah menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol oleh majikannya.
Nak baca kisah lanjut: SILA KE SINI!!!
P/s: Kepada blogger-blogger yang baru dan lama tak pun semua blogger kat Malaysia ni..hati-hati tau bila menulis artikel..jangan sampai nanti masuk mahkamah..kang tak pasal-pasal kena saman pula nanti..takowt laaaaa..
Betol-betol Hangat! Blogger lama? Jadikan Panduan!
Oleh Kaki Wayang on
Pentingnya Penulisan Kreatif
Sedihnya bila tengok statistic semalam..bukan apa..tiga hari lepas trafik yang begitu memberansangkan dicapai dengan jayanya..walaupun pada masa tu hari cuti hujung minggu..setakat ni tak pernah lagi kot dapat trafik sebanyak itu terutama pada hujung minggu..walaupun bagi orang lain tak memberansangkan langsung angka itu..tapi pada aku..wohoohohoho sangat memberansangkat..rasa macam nak lompat-lompat..yelaaa ada juga orang yang datang membaca blog yang sangat tak seberapa ini..daripada 891PV sehari..kemudian pada Isnin yang baru lalu..naik ke 1041PV..tapi pada hari Selasa iaitu semalam..pageviews dah kurang dah..dapat dalam 841PV jew..alahai sedihnya..harap-harap hari ni dapat PV lagi banyak..dengan harapan UV pown dapat banyak juga..
Kenapa PV turun eh? Citer aku dalam blog ni tak best ke? Kenapa orang macam tak baca je entri aku ni? Begitulah persoalan-persoalan yang timbul bila kita tengok statistic kat Nuffnang atau kat mana-mana statistic widget blog kita PV/UV blog kita turun..
Apa yang kita perlu buat eh? Nak buat entri yang panas ke baru orang nak datang ke blog aku ni? Macam-macam persoalan yang timbul kan?..
Biasalah tu PV dan UV turun naik.. trafik blog ni naik ni pun atas sebab-sebab join segmen blogger-blogger lain..terutamanya segmen Abg Ben..walaupun sedih tapi aku akan jadikannya sebagai pembakar semangat untuk aku terus “berkarya”..perghhh macam artis pula sampai nak berkarya..lagipun aku kan nak jadikan blog ni blog yang Betol-betol Hangat! yang akan diikuti oleh ramai pembaca setiap hari..
Sebagai blogger baru sudah tentulah amat memerlukan sokongan blogger-blogger lain kan..segala ilmu akan dipelajari dari mereka agar blog yang kita usahakan ni bukan sekadar omongan kosong atau sekadar nak citer hal peribadi sahaja..
P/s: Ngah berblogwalking sambil mengintai ada tak idea-idea nak dibuat sebagai entri pada hari ni..jangan tunggu sampai esok katenyer..yelaaa kadang-kadang kita biasanya menunggu berita muka depan akhbar esok baru nak buat entri..tak ok lah kan..kenalah kreatif dalam penulisan..kita Cuma tak tahu bila idea itu akan muncul dan bagaimana nak publishkan dalam bentuk penulisan..
Betol-betol Sengal! Bila Lelaki nak jadi Wanita!
Oleh Kaki Wayang on
Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW:
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء
Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.
Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW:
عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل
Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)
Sumber: E-FATWA
Semalam, hampir kesemua muka depan akhbar melaporkan mengenai permohonan Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu..macam inilah akibatnya kalau manusia kurang didikan agama..macam-macam hal nak dilanggarnya..aku ni bukanlah baik sangat dan alim serta warak sangat dalam bidang agama ni..tapi Allah SWT mengurniakan aku otak untuk berfikir..benda yang Allah bagi (otak) yang tidak ada bandingannya..tu sebab aku mampu berfikir mana baik dan buruknya..
Tak nak salahkan sesiapa..aku tak de hak nak salahkan sesiapa..tapi bila manusia buat salah..apa yang perlu dibuat?perbetulkan..betol tak?cuba untuk menerima hakikat bila kalau dilahirkan lelaki..just terima seadanya..bersyukur..ada jantina merupakan satu nikmat yang tiada taranya yang Allah SWT bagi..cuba korang fikir kalau Allah SWT tak bagi jantina..mampu tak nak keluarkan "gas-gas" yang tak diperlukan dari dalam badan? tak mampu bukan? janganlah kita cuba nak melawan takdir Allah SWT..kita ni kerdil sangat..
P/s: Semoga kita sentiasa tergolong dalam orang-orang yang beriman dan berguna..sesungguhnya ada hikmah disebaliknya..selamat hari Rabu! Peace..
Betol-betol Hangat! Kayuh basikal atas air?
Oleh Kaki Wayang on
A British teenager raised awareness for flood victims in London's Lake District by riding his bicycle on a lake 75-feet deep. Matt Whitehurst, 16, insists the pictures are real but won't reveal how he managed to perch his bicycle atop the waters of England's Lake Buttermere. He performed the stunt to promote an upcoming cycling event that will raise money to build bridges destroyed in 2009 flooding.
"I can't and won't say how I did it, but plenty of people saw me and they'll confirm it wasn't a camera trick," he said. "The photos are real."
I'm sure the photos are very much real. So is the platform in the water on which Whitehurt's bike is likely standing.





