PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Video bukti polis tidak guna kekerasan ditayang!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMnpB0OYNmUJ0vl8T5hXz3ohBE3Vag9VX3r_E0YC2o0pClm6YkHihc_TfATiA4WLVCUr-NbIFT_2a-LNklYKyLU3ZfnjFAJZcj_LAcUntMh06U8ADl2yhoWBpteKEGRjAaRz58U8Srxac/s400/Bersih-2.01.jpg

Tiada kekerasan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika meleraikan perhimpunan haram 9 Julai lepas berdasarkan rakaman video yang ditayangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada wakil media dan awam di Bukit Aman di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, selain tiada babak-babak kekerasan yang didakwa dilakukan PDRM ketika menyuraikan perhimpunan tersebut, rakaman video itu juga membuktikan beberapa tohmahan yang dilemparkan sesetengah pihak mengenai perhimpunan itu juga tidak benar.

Rakaman video selama kira-kira satu jam yang disaksikan kira-kira 200 orang termasuk wakil media dan awam di Bukit Aman di sini, dimulakan dengan penjelasan slaid mengenai tohmahan beberapa pihak terhadap polis, seterusnya penayangan beberapa babak perhimpunan itu dan berakhir dengan sidang media.

"Terdapat enam tohmahan yang dilemparkan beberapa pihak antaranya berkisar kepada isu semburan gas pemedih mata di KLCC, sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad,” katanya.

Rakaman CCTV yang ditayangkan kepada media jelas membuktikan tiada semburan pemedih mata yang mengenai Burhanuddin ketika Allahyarham berada di dalam Avenue K.

"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekali gus menepis dakwaan itu. 

“Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan,” katanya.

Beliau berkata, dakwaan bahawa Burhanuddin telah dipukul serta cedera dengan patah tiga batang tulang rusuk dan luka di bibir juga tidak benar kerana hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuhnya dan Burhanuddin disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

"Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Burhanuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulans tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999,” katanya
 
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Video bukti polis tidak guna kekerasan ditayang!

Betol-betol Hangat! Keputusan Malaysia VS Chelsea!

Oleh Kaki Wayang on


Chelsea menewaskan Malaysia 1-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Gol kemenangan The Blues itu dijaringkan Didier Drogba pada minit ke-79.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Keputusan Malaysia VS Chelsea!

Betol-betol Hangat! BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER

Oleh Kaki Wayang on



Satu je sebab kenapa blog ni wajib di FOLLOW dan dibaca selalu...sebab blog ni:

BLOG YANG BETOL-BETOL HANGAT! 
UPDATED SOKMO!
BLOG BERINFORMASI!
BUKAN BLOG LUCAH SEMATA-MATA!
BUKAN BLOG CACI-MAKI SEMATA-MATA!

Blog yang akan sentiasa follow kengkawan yang follow blog ini! Tak percaya? cuba korang hadi follower Blog ni..tak pun tinggalkan komen..dengan pantas aku akan kunjungi anda semula..!!!

ITU JANJI BLOG BETOL-BETOL HANGAT!

Nak tahu kenapa Blog ni Betol-betol Hangat?

NAK TAHU SIAPA BLOGGER Blog ni? (AKULAAA)?
Sketsa Aku!!! 

Tapi yang dah jadi FOLLOWER?Macam mana pula?
Anda akan dijanjikan dengan komen2 dan terjahan keras dan lembut serta sopan dari Owner Blog Betol-betol Hangat!

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER

Betol-betol LOL! Hatiku berbunga-bunga!

Oleh Kaki Wayang on


Milik siapakah diri ini..wah gitew..ini bukan pasal cinta ke, sayang-menyayang, cinta dikenang ataupun yang sewaktu dengannya occay.. entri kali ini adalah entri mengenai  PV aku yang dah kembali ke landasan yang sepatutnya diharapkan oleh semua blogger..apa tidaknya..Ahad lepas aku mendapat 991 PV kot..tak ingat dah..kemudian Isnin jatuh sikit 841 PV..pastu pada hari Selasa pencapaian itu naik semula ke 1041 PV dan pada hari semalam, Rabu..PV blog Betol-betol Hangat! Ni kembali ke landasan yang ku harapkan..1246 PV..wah satu pencapaian yang terbaik setakat ni..walaupun blogger lain mungkin (bukan mungkin lagi tapi memang ada) ada yang sampai malah lebih daripada ni..

Bukan nak tunjuk-tunjuk kat orang lagipun diorang tu lagi hebat dari aku..Cuma aku rasa macam happy sangat bila PV macam ni..maknanya ramailah yang masuk dalam Blog yang tak berapa nak hangat ni kan..tu sebab hatiku berbunga-bunga pagi ni..

Terima kasih kepada semua yang dating berkunjung tau..walaupun anda dating tak baca, sekadar tengok atau langsung tak komen..dan pada yang datang, baca, komen dan tinggalkan jejak tu..konfem aku akan jejaki korang balik..tu janji aku..dan ini juga berkat join segmen-segmen korang..aku punya Alexa ranking yang dulunya 47 juta kini dah 1 juta..harap-harap ianya akan menokok setingkat lebih tinggi lagi..



Sila baca selanjutnyaBetol-betol LOL! Hatiku berbunga-bunga!

Betol-betol Hangat! Episod Akhir JUVANA Catat 4.2 juta Penonton!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYGq3mJ_icqsxpShSsdPxDpTIZHY-raWkhNsFmNmskCSuFKrq4upEJmPTgOXhQrLeLPLdOA1Mqin3tOEld_XVDb40DGmcKF4V8wXrY9Vmf2QPwG58-WsFhJuAkqUPd4uLWjdFbyCrfq7NJ/s1600/juvana.JPG 

DRAMA bersiri popular TV3, Juvana yang mencetuskan fenomena baru dalam penyiaran dunia televisyen negara sejak mula bersiaran April lalu, terus melakar sejarah apabila mencatatkan rekod kadar penonton yang tinggi, dengan episod terakhir yang disiarkan Isnin berjaya mencecah 4.2 juta penonton. Mula disiarkan sejak 25 April, drama terbitan Filmscape ini mengisahkan perjalanan seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak bersalah, tetapi dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak atas tuduhan membunuh. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSu9AfDq-ntQkk1ZszGVo7qiooN2sVZAh_kyfUUIxedqKpCXR5BuMpmXWtU9EwiDe6p1pAri_5ruQ63u-eaw0HVuvOYedYU-EeP_efKjeshkrGBMypjLJzRUBNMoQxUvGo88NUZaorWCg/s1600/juvana3.jpg

Juvana menampilkan gandingan hebat antara penerbit Kabir Bhatia, pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo. Ia membariskan pelakon handalan seperti Bront Palarae (Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2010), Zahiril Adzim (Pelakon Harapan Lelaki Terbaik FFM22), Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, serta bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Eyka Farhana, Adam Shah, Shukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmy Hakim, Fimie Don, Khairul Mohamed dan Talha Harith. Episod pertama Juvana mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 2.4 juta dan drama bersiri 13 episod itu berjaya menambat hati penonton pelbagai lapisan dan peringkat umur apabila episod seterusnya hingga ke episod 12 terus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan paling ramai ditonton dengan purata hampir 3 juta penonton setiap minggu.

Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar berkata, mereka sangat teruja dan bersyukur atas sambutan luar jangkaan yang diterima sepanjang drama itu bersiaran.

"TV3 sentiasa tampil ke hadapan dengan memperkenalkan genre drama yang baru kepada jutaan penontonnya. Misalnya, drama muzikal pertama, Hotel Mania; siri drama epik pertama, Arjuna; dan kini pula Juvana, drama bersiri yang mengupas sisi hidup pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, drama ini juga mahu mendidik penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak siri drama terbabit," katanya.

Menyusuli Juvana, slot Aksi mempersembahkan pula drama bersiri terbaru, Supermak, lakonan Nasha Aziz, Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Shawal Ruslan, Henzy Andalas, Aida Khalida, Nelly dan Haider Harris. Ia mula ditayangkan pada 25 Julai, jam 9 malam.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Episod Akhir JUVANA Catat 4.2 juta Penonton!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...