
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Tandatangan Mamat buat saya jatuh hati!
Oleh Kaki Wayang on

"Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.
Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.
Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."
"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.
Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.
"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut.
Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida.
Segmen Khas Aidilfitri! Jom Join Ucapan Khas Aidilfitri Untuk Blogger!
Oleh Kaki Wayang on
Kepada pembaca-pembaca Blog Betol-betol Hangat! Meh join segmen BBH yang pertama ini..sempena dengan bulan baik dan bulan kemenangan yang bakal kita temui dalam 2 minggu lagi maka BBH wujudkan segmen ini khas untuk anda semua..
Syarat-syaratnya:-
1. Buatkan satu Entri dan Letakkan HEADER Blog Betol-betol Hangat! dalam entri tersebut.
2. Tajuk: UCAPAN KHAS AIDILFITRI UNTUK BLOGGER!
3. Linkkan ke entri ini SAHAJA.
4. Ajaklah kengkawan ramai-ramai.
5. Sila tinggalkan link entri anda DI RUANGAN KOMEN!
6. Tarikh TUTUP? Sehingga diberitahu kelak..
5. Sila tinggalkan link entri anda DI RUANGAN KOMEN!
6. Tarikh TUTUP? Sehingga diberitahu kelak..
Objektif:
Sempena bulan baik ini..anda sangat digalakkan untuk merapatkan silaturahim..So, ini merupakan salah satu caranya..dah selesai buat entri..sila ke blog kengkawan lain dan sampaikan ucapan aidilfitri anda..dan blog yang dikunjungi perlu membalas semula ucapan tersebut dengan berkunjung semula ke blog kengkawan lain..selain itu, anda akan dapat traffic dari pembaca dan peserta lain..boleh juga tambah follower kan..so, apa lagi..jom join SEGMEN KHAS ini..
Betol-betol Hangat! Pemuda serang Asyraf didakwa
Oleh Kaki Wayang on

Seorang pemuda yang ditahan berhubung kejadian pelajar Malaysia diserang dan disamun di Barking ketika rusuhan di London, baru-baru ini telah didakwa atas tuduhan merompak pelajar tersebut. Jurucakap Polis Metropolitan berkata, Reece Donovan berumur awal 20-an dari Romford, timur London telah didakwa merompak Muhammad Asyraf Haziq Rossli.
''Donovan dibawa ke mahkamah lewat hari ini untuk didakwa,'' katanya.
Donovan ditahan kelmarin selepas orang ramai mengutuk serangan ke atas Muhammad Asyraf oleh sekumpulan pemuda dan kanak-kanak. Video mengenai serangan ke atas pelajar jurusan akaun itu telah dirakam dan disiarkan di laman YouTube menunjukkan sekumpulan lelaki berlakon membantu Muhammad Asyraf, sebaliknya bertindak menyerang dan menyamunnya.
Rakaman video itu telah tersebar luas dengan ditonton hampir tiga juta kali di YouTube.
Kejadian itu turut disifatkan oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron sebagai tindakan menjijikkan dan menandakan nilai moral masyarakat Britain semakin teruk.
Betol-betol Kreatif! Rekaan Helmet yang paling HANGAT!
Oleh Kaki Wayang on
Amacam hangat tak design helmet terbaru ni?hahahaha..macam tak hangat je..cuma kreatif jugakla..dan yang paling penting ianya selamat dipakai..
Betol-betol Hangat! Wigan mahu uji Baddrol
Oleh Kaki Wayang on

KELAB Liga Perdana England, Wigan Athletic dikhabarkan mahu menawarkan ujian percubaan kepada pemain skuad bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar.
Berita mengejutkan itu telah dipaparkan di sebuah laman web bola sepak United Kingdom, www.eyefootball.com kelmarin dengan tajuk Baddrol Bakhtiar to join Wigan?.
Baddrol yang baru berusia 23 tahun merupakan pemain skuad Liga Super Kedah dan boleh beraksi di posisi sayap mahupun sebagai penyerang. Berdasarkan laporan berita tersebut, usaha Wigan untuk mendapatkan Baddrol adalah sebagai salah satu langkah kelab itu meluaskan peluang perniagaan barangan cenderamata mereka ke Malaysia.
Namun sejauh mana kebenaran berita tersebut masih belum dapat dipastikan apabila Baddrol sendiri mendakwa dia belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada pihak Wigan.
“Saya tak tahu apa-apa tentang perkara ini. Mungkin khabar angin saja. Saya tak pasti. Saya sendiri pun tak tengok lagi laman web terbabit,” kata Baddrol ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ditanya andai laporan itu benar dan tawaran rasmi daripada Wigan bakal menyusul selepas ini, Baddrol berkata: “Kalau betul memang ada tawaran, insyaallah saya akan pergi dan cuba.”
Baddrol sebelum ini pada 2008 ketika usianya baru mencecah 20 tahun bersama-sama Bunyamin Umar pernah dihantar berlatih selama dua minggu ke sebuah lagi kelab Liga Perdana England, Chelsea.
Wigan di bawah bimbingan pengurus, Roberto Martinez memulakan kempen saingan liga musim ini dengan mencatat keputusan seri 1-1 dengan pendatang baharu, Norwich City malam kelmarin.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad turut terkejut dengan berita tersebut, tetapi menganggap ia sesuatu perkembangan yang positif andai benar-benar berlaku.
“Saya pun tak tahu tentang berita ini. Tapi jika benar, pada saya ia satu perkembangan positif dan baik untuk bola sepak negara,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! kerana kini berada di luar negara.