
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Insaf! Hukum menangis dalam SOLAT!
Oleh Kaki Wayang on

SEMASA Ramadan lalu, saya ada mengikuti solat tarawih yang disiarkan
secara langsung di televisyen. Dalam keadaan tertentu saya dapati
imamnya akan menangis semasa membaca ayat-ayat al-Quran yang berkaitan
azab Allah. Keadaan yang sama juga kadang kala berlaku di negara kita. Persoalannya, adakah perbuatan menangis itu membatalkan solat dan jika tidak, setakat mana kita dibolehkan menangis dalam solat.
JAWAPAN:
Diharuskan menangis dalam solat kerana takutkan Allah SWT, takut akan
seksanya serta takut amalan tidak diterima oleh-Nya. Ia merupakan sifat
ahli takwa, yang sentiasa mendambakan keredaan dah kasih sayang-Nya
yang Maha Agung.
Tidak semua kita yang mampu mengalirkan air mata dalam solat. Malahan
hanya sedikit yang menangis dalam solat. Tangisan dalam solat sangat
bermakna di hadapan Allah SWT.
Menangis dalam solat adalah antara ciri orang yang beriman kepada Allah swt, firman-Nya yang bermaksud: ...apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. (Maryam: 58)
Abdullah bin Syirkhir berkata yang bermaksud: "Aku melihat Rasulullah
SAW mendirikan solat mendirikan solat sambil baginda teresak-esak
bagaikan dadanya terdapat air yang sedang mendidih di dalam cerek".
(riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaie, dan al-Tirmidzi). Begitulah apa yang digambarkan oleh para sahabat nabi SAW dalam
memperakui sikap baginda dalam solat. Pernah juga diriwayatkan dalam
beberapa athar bahawa tempat sujud baginda akan basah dek
tangisan baginda dalam sujud. Baginda berpesan agar pembaca al-Quran itu
menangis, kalau tidak boleh menangis buat-buatlah menangis.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Bacalah al-Quran serta menangis ketika membacanya, jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam banyak keadaan para sahabat menangis bersama Rasulullah SAW
sama ada dalam solat, membaca al-Quran mahupun dalam keadaan umat Islam
terhimpit dalam kesusahan. Ringkasnya, air mata, Rasulullah SAW dan para
sahabat tidak dapat dipisahkan daripada al-Quran.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Allah telah menurunkan
sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi
kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan
indahnya), Yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara);
Yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang
yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan
mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran
dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah
memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa Yang
dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah)
sesiapa Yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka
tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada-Nya. (al-Zumar: 23)
Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa di antara sifat-sifat al-abrar
adalah mereka yang memiliki sifat-sifat yang dimiliki oleh para sahabat
antaranya; apabila dibacakan ayat-ayat Allah (al-Quran) kulit badan
mereka bergementar, kemudian menjadi luluh bersama kalbunya untuk
berzikir kepada Allah SWT.
Mereka tidaklah berteriak seperti kena hasutan dan menangis yang
dibuat-buat, akan tetapi mereka memiliki ketegaran, keteguhan dan
kesopanan dan rasa takut yang tidak akan ada menyamai sifat seperti itu. Oleh sebab itulah mereka beroleh kepujian yang sangat tinggi di sisi Allah SWT. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld: 4, hlm: 51)
Tidak semudah yang disangka bagi air mata mengalir di dalam mengenang nasibnya di hadapan Rabbul Jalil.
Seseorang yang menangis di dalam solat kerana Allah SWT maka solatnya
tidak batal selagi mana tangisannya tidak mengeluarkan suara yang kuat,
seperti meraung sehingga mengganggu orang lain atau didengari oleh orang
lain.
Sebab itu dalam banyak keadaan kita akan dapati imam-imam di Masjid
Haram mahupun masjid-masjid yang lain apabila mereka mula menangis
mereka akan cuba mengawal suara supaya tidak terkeluar suara tangisan
yang kuat.
Bagi mengelakkan suara mereka tidak terkawal biasanya mereka akan
berhenti bagi menenangkan perasaan sebelum menyambung bacaan ayat-ayat
suci al-Quran. Maksudnya tangisan dalam solat harus dikawal supaya tidak
melampuai keharusan.
Kadang-kadang saya hairan melihat jemaah yang solat bersama imam-imam
di masjid al-Haram, bila imam menangis mereka pun turut menangis, kalau
yang menangis itu jemaah dari kalangan orang arab mungkin kerana mereka
turut faham sebab itulah mereka menangis, tapi kalau jemaah yang bukan
berbangsa arab, yang tidak mempelajari bahasa arab juga turut menangis,
kenapa?
Jawapannya ialah mukjizat al-Quran, nur al-Quran, ayat-ayat yang menembusi telinga manusia dan singgah di sanubari yang memang secocok dan rindukan al-Quran.
Itulah antara sebab kenapa yang tidak faham al-Quran juga turut
menangis. Mata yang menangis di dalam solat dan ketika membaca al-Quran
hanya kerana takutkan Allah SWT akan menjadi hujah di hadapan Allah SWT.
Betol-betol Hangat! Cukai talian prabayar 6 peratus!
Oleh Kaki Wayang on

Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM
bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan
sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini. Menurut
kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Kuala
Lumpur semalam, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak
perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap
oleh syarikat telekomunikasi.
Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah
alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan
ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.
“Dengan kadar panggilan prabayar berkurangan sejak beberapa tahun ini,
ia kini ditawarkan pada kadar yang amat berdaya saing,” kata kenyataan
itu.
Kenyataan itu menambah, dengan cukai perkhidmatan enam
peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah
nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai
perkhidmatan.
“Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu,” katanya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat baru itu, pelanggan prabayar boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan. Syarikat telekomunikasi itu berkata, cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan seperti termaktub dalam perundangan cukai perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih. Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel. Sementara itu, BERNAMA melaporkan Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) membantah tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.
Presidennya, Mohd Ali Ibrahim, berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna, terutama golongan berpendapatan rendah.
“Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prabayar adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil, ia akan memberi kesan,” katanya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat baru itu, pelanggan prabayar boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan. Syarikat telekomunikasi itu berkata, cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan seperti termaktub dalam perundangan cukai perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih. Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel. Sementara itu, BERNAMA melaporkan Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) membantah tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.
Presidennya, Mohd Ali Ibrahim, berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna, terutama golongan berpendapatan rendah.
“Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prabayar adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil, ia akan memberi kesan,” katanya.
Betol-betol Sengal! ‘Aku nak tengok penjahat’
Oleh Kaki Wayang on
Seorang mangsa rompakan yang ditetak di kepala sempat melihat mayat
penyerangnya yang maut akibat kemalangan selepas melakukan rompakan
sebelum dia sendiri meninggal dunia beberapa jam kemudian.
“Berhenti...saya mahu tengok muka penjahat itu,” kata S
Vijayaratnam, 47, yang kebetulan melalui lokasi kemalangan membabitkan
dua penjenayah yang menetak dia dan isterinya, G Vijayalakshmi, 45, di
rumah mereka di Jalan Tasek 24, Masai di sini, jam 7.30 malam kelmarin.
Rakan mangsa, G Jayaseelan, 38, berkata ketika itu, Vijayaratnam
dalam perjalanan ke Hospital Pakar Regency, dekat sini, apabila
terserempak kemalangan jalan raya kira-kira 700 meter dari rumahnya
membabitkan dua penjenayah yang sebelum itu melarikan diri selepas
menyamun dan menetak dia dan isterinya.
“Kami tidak memberhentikan kereta kerana ketika itu kedua-dua mereka cedera parah akibat ditetak dengan parang, namun melalui tingkap kereta, Vijayaratnam sempat menjenguk mayat seorang daripada penjenayah yang terbunuh.
“Kami tidak memberhentikan kereta kerana ketika itu kedua-dua mereka cedera parah akibat ditetak dengan parang, namun melalui tingkap kereta, Vijayaratnam sempat menjenguk mayat seorang daripada penjenayah yang terbunuh.
“Mayat penjenayah itu terbaring di sisi Proton Perdana milik Vijayaratnam yang mereka curi,” katanya.
Betol-betol Sengal! Cekup isteri berkhalwat!
Oleh Kaki Wayang on
Bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh sejak
tiga bulan lalu hingga terlanjur ke bilik tidur, seorang wanita dicekup
suaminya di rumahnya di Tanjung Kling, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, wanita berusia 29 tahun itu
dicekup bersama teman lelakinya berusia 28 tahun di rumah keluarganya
yang ketika itu hanya dia dan dua anaknya berada di situ.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata ketika pegawai syarak yang ditemani suami wanita terbabit tiba di rumah berkenaan, pintunya berkunci dan selepas memberi salam serta mengetuk pintu, ia dibuka wanita itu. Katanya, lelaki terbabit cuba melarikan diri menerusi pintu belakang, namun dicekup sekumpulan penduduk yang menyertai operasi berkenaan.
“Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tanjung Kling bagi laporan tangkapan sebelum diserahkan kepada Jaim untuk siasatan lanjut,” katanya, di sini, semalam.
Rahimin berkata, siasatan mendapati wanita itu berkenalan di kantin kilang tempat lelaki terbabit berkerja dan mereka menjalin hubungan sejak tiga bulan lalu. Katanya, pasangan terbabit mengakui beberapa kali terlanjur dan lelaki itu mendakwa sudah dua kali ke rumah wanita terbabit dengan memaklumkan tujuannya datang pada malam kelmarin untuk berbual.
“Wanita yang mempunyai dua anak berusia tujuh dan lapan tahun itu memberitahu dia tidak lagi tinggal bersama suaminya sejak dua tahun lalu berikutan lelaki terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.
Betol-betol Sengal! Manusia seperti kelawar!
Oleh Kaki Wayang on
Ia dipanggil gantungan kelawar (Batmanning). Dan ia mungkin
menggantikan tabiat berbaring secara meniarap (Planking), tetapi
nampaknya keseronokannya mengatasi aksi bahaya itu. Melakukan gantungan kelawar bermakna individu itu bergantung secara
terbalik dan hanya bertahan sebelah kaki di pintu, besi, pagar, belebas
tingkap atau apa saja. Mudah? Tidak juga. Aksi Planking menjadi
tajuk utama akhbar selepas seorang individu maut setelah melakukan
aksi itu di balkoni di Brisbane, Australia. Versi terbaru ini turut
dikecam kerana ia lebih berbahaya.
Pencarian Batmanning di YouTube menunjukkan ia lebih banyak mendorong kepada kegagalan berbanding kejayaan. Memang wajar kerana ia memerlukan kekuatan kaki dan otot buku lali untuk dapat bergantung. Dalam satu video, beberapa remaja perempuan mengangkat teman mereka dan membiarkan gadis itu tergantung di pintu almari pakaian. Mereka menonton aksi teman mereka sambil berjenaka dan kemudian...BOOM! Gadis itu jatuh dan kepalanya terhentak.
Sesetengahnya pula lebih bersedia. Terdapat satu video menunjukkan seorang pelaku Batmanning memakai topi keledar ketika bergayut pada pintu dengan kaki di atas dan kepala dibawah, olah-olah tahu dia akan jatuh. Di satu tahap helmetnya terjatuh dan dia meminta rakannya memakaikan kembali kerana dia sibuk melakukan Batmanning. Beberapa saat kemudian dia jatuh. Mujur dia memakai topi keledar. .
Sekumpulan pelajar Universiti Purdue menggelar diri mereka ‘Batman Boilers’ dan menegaskan mereka berjaya merakam video Batmanning yang pertama - berjaya dari segi kemahiran Batmanning dan memuat turunnya di Internet.
“Ketika kami cuba melakukan Batmanning dan berjaya melakukannya,
kami dapati tiada siapa berjaya melakukannya sebelum ini,” kata seorang
anggotanya, Chris Ganz.