PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Insaf! Antara Cinta dan Ujian!
Oleh Kaki Wayang on
Betol-betol Hangat! Nasihat Untuk Orang Bercinta!
Oleh Kaki Wayang on
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin ‘si dia’ mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik ‘si dia’.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber’dating’, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta
sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.
Betol-betol Hangat! Perihal CINTA dan KENTUT!
Oleh Kaki Wayang on
CINTA dan KENTUT tidak boleh ditahan, keduanya
boleh menjadi lega bila terlaksana.
CINTA tertahan = Sengsara, KENTUT ditahan = Menderita
CINTA tertahan = Sengsara, KENTUT ditahan = Menderita
Kalau CINTA dan KENTUT keras bersuara, tentu perasaan kita lega.
CINTA tanpa rasa, bukan CINTA namanya, KENTUT tak berbau, bukan KENTUT namanya.
CINTA itu rapuh, KENTUT itu bau.
CINTA itu halus, KENTUT itu virus.
CINTA diam-diam membuat orang mabuk kepayang,
KENTUT diam-diam membuat orang mabuk kepalang.
CINTA bagi kebanyakan orang muda, “Ahhh, CINTA monyet…!”
KENTUT didepan banyak orang, “Sialan, monyet lu…!”
CINTA dan KENTUT sama-sama sering dicari:
Kalau sudah CINTA: “Dimana engkau duhai kekasih?”
Kalo sudah KENTUT: “Siapa nih yang KENTUT? Hayoo, ngaku ar…?!!!”
CINTA berlebih membuat orang terbuai, KENTUT berlebih membuat orang terkulai.
CINTA menyatukan persepsi, KENTUT menyatukan emosi...
Kentut pon wangi time bercinta kan??
Betol-betol Sengal! Lebih rela humban bayi!
Oleh Kaki Wayang on
Ibu mana yang tak sayangkan anak? tapi IBU ini sanggup dan rela menghumban anaknya ke laut semata-mata mahu menyelamatkan diri dari JKM akibat disyaki mengemis.
Ikuti kisahnya di sini:-
Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang
pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam
bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu
pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di
pesisiran Pantai Sabindo, di sini, semalam.
Bagaimanapun, bayi itu diselamatkan penguat kuasa JKM yang
bertindak spontan terjun ke laut sebaik menyaksikan kejadian menyayat
hati itu jam 10 pagi.
Difahamkan, wanita berusia 30-an terbabit mengemis di kawasan itu
sambil membawa bayi dan dua lagi anaknya masing-masing berusia enam dan
tujuh tahun.
Bagaimanapun, kedua-dua anak pengemis terbabit melarikan diri apabila terjun dan berenang hingga ke tengah laut bagi mengelak ditahan penguat kuasa.
Bagaimanapun, kedua-dua anak pengemis terbabit melarikan diri apabila terjun dan berenang hingga ke tengah laut bagi mengelak ditahan penguat kuasa.
Penolong Pengarah JKM Tawau, Asnah Kassim, berkata operasi dua jam itu berjaya menahan 23 individu termasuk 13 kanak-kanak yang berusia enam sehingga 60 tahun.
Betol-betol Hangat! Selamat jalan Mamat!
Oleh Kaki Wayang on
SELEPAS sekian lama memendam rasa, akhirnya dua anggota kumpulan Sepah
iaitu, Jepp dan Shuib masing-masing meluahkan perasaan betapa mereka
sebenarnya sudah lama tidak tahan dengan kerenah Mamat.
Mereka juga sepakat untuk tidak sama sekali membuka peluang kepada Mamat kembali menyertai Sepah yang kini diberi nafas baru dikenali sebagai Sepah-tu atau Sepah Two.
“Sebelum ini banyak kenyataan di media mengatakan kami sudah berpisah. Ketika itu saya juga ada mengumumkan Sepah dibubarkan. Selepas itu, saya dan Shuib menubuhkan Sepahtu pula. Jadi anggota Sepahtu selepas ini hanya saya dan Shuib saja.
“Jika boleh kami tidak mahu dikaitkan dengan Mamat. Kami rasa tidak adil menggunakan nama Sepah lagi sedangkan Mamat bukan lagi anggota kumpulan ini.
“Lagipun Mamat juga mengaku nama Sepah itu adalah miliknya,” katanya yang tidak mahu lagi memanjangkan episod duka itu malah bersyukur mengambil keputusan berpisah kerana tidak lagi akan terpalit dengan mana-mana kontroversi yang dicetuskan Mamat.
Sejujurnya, Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 26, berkata sejak nekad mengambil keputusan berpisah, dia dan Shuib tidak lagi menghubungi Mamat namun tidak menafikan bagi soal kerjaya mereka masih lagi boleh disatukan.
“Kami akui mengalami masalah dalaman. Sukar untuk diberitahu kerana ibarat membuka pekung kumpulan sendiri. Saya sudah nekad berpecah daripada Raja Lawak lagi.
“Sudah lama saya bersabar dan masalah disiplin Mamat bukan sehari dua berlaku namun apa saja nasihat yang diberikan ibarat mencurah air ke daun keladi. Tiada perubahan dan dia tetap dengan sikapnya.
“Ikutkan hati mahu saja berpisah pada program Raja lawak lagi tetapi mengenangkan tidak adil kepada pengundi yang mengundi atas nama Sepah, saya bersabar sehinggalah keputusan berpisah akhirnya saya ambil,” katanya yang mula mengakui punca perpisahan kumpulan itu berlaku disebabkan masalah disiplin Mamat.
Katanya, niat untuk untuk meninggalkan Sepah dimaklumkan kepada Shuib menyebabkan rakannya itu sangat terkejut.
“Sebaik mengetahui saya ambil keputusan berpisah, Shuib sedih namun akhirnya dia faham. Mamat pula menyangka hanya saya mahu keluar dari kumpulan Sepah dan ada memberitahu di Facebook bahawa dia dan Shuib akan meneruskan Sepah, tetapi tidak lama kemudian Shuib juga mengambil tindakan sama.
“Saya tidak berniat mahu mengaibkan sesiapa. Saya kasihan dengan Mamat tetapi tahap kesabaran saya ada batasnya. Selain ada masalah disiplin, saya selalu menjadi tempat bekas teman wanitanya meluahkan perasaan. Ada yang menghubungi saya bertanyakan Mamat dan saya tidak mahu lagi semua ini berlaku dalam Sepah-tu,” katanya yang tidak suka hal peribadi lebih menguasai mereka berbanding soal kerjaya.
Sementara itu, Shuib yang mendiamkan diri saja, kemudian bersuara dengan mengatakan sebagai artis yang menjadikan bidang hiburan sebagai punca rezekinya, dia turut sepakat dengan keputusan Jepp iaitu memilih berpisah dengan Mamat kerana ada insan yang perlu disara dan demi masa depannya sebagai penghibur yang perlu dijaga.
“Saya ada isteri. Saya perlu tanggung isteri saya dan mencari rezeki. Jika saya mahu fikir hati orang saja, apa yang saya mahu beri kepada isteri dan bakal anak saya nanti.
“Lagipun saya tidak fikir bila saya susah dan tiada duit ada orang yang sudi membantu. Jadi saya perlu ambil keputusan itu,” kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad sambil menyatakan dia lebih serasi bekerjasama dengan Jepp berbanding Mamat.