PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Puspa Syurgawi - Lagu Album Pertamaku (Single)

Oleh Kaki Wayang on

Lirik Penuh Lagu Puspa Syurgawi

Di mana Puspa idaman
Puteri seribu taman
Mengalah bidadari
Dia puspa syurgawi

Terasa dunia ini
Puspa sakti sukar dicari
Bermusim bunga-bungaan
Layu dalam jambangan

Bencana nanti menari
Mawar biarpun berduri
Tak akan bererti lagi
Mahligainya hilang seri

Chorus: 

Di taman yang melaut ini
Mana desir harum kenanga
Hanya tinggal Puspa kencana
Terkulai tanpa mahkota

Tangisan di dalam diri
Meruntun di kamar hati
Resahnya tak tercari
Sewangi puspa syurgawi

Sewangi puspa syurgawi..


Lirik pada rangkap terakhir tidak dinyanyikan atas sebab-sebab hakcipta terpelihara dari Kaki Wayang yerrr..Lagu ini merupakan lagu yang dimuatkan dalam album Senandung Azimat (Wirama Zirbad) album pertama (Nasyid)..maknanya lagu original tidak akan dimuat naik (takut nanti di cetak rompak)..lagu yang dimuat naik hanyalah lagu cover album supaya lagu ini (lagu original) tidak dimuat naik di mana-mana filesharing yang lain(maksudnya lagu yang diletakkan diruangan download di bawah hanyalah versi cover version sahaja, bukan versi sebenar)..sila hayati maksudnya dan terima kasih sebab sudi mendengar.. 
Download: Puspa Syurgawi (Cover Album Sahaja) - kalau nak yang original sila beli yerrr


 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Puspa Syurgawi - Lagu Album Pertamaku (Single)

Betol-betol Gempak! HAKIKAT Dulu dan Sekarang!

Oleh Kaki Wayang on



Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! HAKIKAT Dulu dan Sekarang!

Betol-betol Hangat! Perbandingan NYATA Angelina Jolie dan Megan Fox

Oleh Kaki Wayang on



Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Perbandingan NYATA Angelina Jolie dan Megan Fox

Betol-betol Sengal! Tahi tikus dalam pastri!

Oleh Kaki Wayang on

Sebuah restoran dan sebuah kedai roti di Umm Al Quwain, diarah tutup dan didenda kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan. Pasukan pemeriksa dari Majlis Perbandaran Umm Al Quwain menutup premis kedai roti terkenal di situ dan mendendanya sebanyak Dh10,000 (RM9,000) apabila mereka menemui tahi tikus dalam pastri. Pihak majlis terus menutup kedai roti itu dan meletakkan notis di pintu premis berkenaan yang mengatakan ia ditutup kerana melanggar peraturan kebersihan.

Pemilik kedai itu bagaimana menampal notis lain yang mengatakan kedai itu ditutup kerana ‘masalah bekalan elektrik.’

Pihak majlis mengarahkan pemilik kedai membuang notis yang dibuatnya sendiri tetapi dia meletakkan pula sebuah bas persendirian di hadapan pintu kedainya untuk menghalang notis majlis daripada dilihat oleh pelanggan. 

Akhirnya, pemilik kedai itu diarah menutup kedainya selama tiga hari lagi.

Dalam satu kejadian lain, sebuah restoran ditutup dan pemiliknya didenda sebanyak RM9,000 setelah pekerja di restoran tersebut mengadu kepada majlis, daging yang disimpan selama empat bulan, dimasak dan dihidang sebagai hidangan utama dan digunakan dalam sandwic shawarma.

Anggota pemeriksa mendapati aduan tersebut benar ketika mereka memeriksa restoran itu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Tahi tikus dalam pastri!

Betol-betol Hangat! Lindsay Lohan cuci tandas di rumah mayat

Oleh Kaki Wayang on

BEREHAT... Lindsay merokok sebelum menyambung tugas menyental bilik air di rumah mayat. 

Usaha Lindsay Lohan untuk mengubah imejnya dan membersihkan rumah mayat di Los Angeles, akhirnya bermula. Sumber memberitahu TMZ, bintang bermasalah yang berusia 25 tahun itu bekerja keras selama lapan jam dalam kerja komuniti semalam. Dia membasuh kain kotor, membersihkan tandas dan juga memberus lantai.

Pelakon ‘The Mean Girls’ itu seronok melakukan tugas yang diberikan dan bersosial dengan sukarelawan lain. Dia sepatutnya memulakan tugasnya jam 7 pagi tetapi terlewat dan tidak menghadiri sesi orientasi.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Lindsay Lohan cuci tandas di rumah mayat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...