Angelina Jolie kini sedang ketagihan bermain permainan video Angry Birds setelah pasangan hidup Brad Pitt itu selalu bermain permainan tersebut ketika ada masa terluang di set penggambaran filem Kung Fu Panda 2.

"Angelina benar-benar ketagihan Angry Birds," ujar sumber.

Sumber tersebut menambah, jika Angelina memiliki waktu terluang walau 10 minit sahaja, aktres berusia 35 tahun itu akan menggunakan masa tersebut untuk bermain permainan itu.

"Dia (Angelina) berteriak dan mengeluarkan suara burung. Sehinggakan para kru takut untuk menegurnya."

Aktor Jack Black yang juga berlakon di dalam filem Kung Fu Panda 2, telah mengalahkan Angelina sebanyak tiga kali dari empat perlawanan.

Bintang Wanted itu juga selalu mengajak Jack untuk mengulangi berlawan dengannya jika ada masa yang terluang.