PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Sentap! Jakarta 'berkabung' gara-gara kekalahan skuad Garuda!
Oleh Kaki Wayang on
Jakarta seolah-olah 'berkabung' meratapi kekalahan skuad Garuda
kepada Harimau Muda pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI di
Stadium Utama Gelora Bung Karno, kelmarin. Suasana di sekitar bandar raya ini semalam, iaitu sehari selepas
kekalahan 3-4 Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti kepada
Malaysia, bertukar suram berbanding sebelum ini.
Jika dua minggu lalu ketika acara bola sepak Sukan SEA di peringkat
awal saingan, suasana bandar raya ini meriah dan berpesta dengan
kehadiran kumpulan penyokong Indonesia yang berbaju merah, namun semalam
segala-galanya berubah. Tiada lagi kelibat kumpulan penyokong fanatik Garuda di sekitar bandar raya ini.
Suasana di sekitaran stadium juga lengang, bukan sahaja kerana acara
bola sepak sudah berakhir, tetapi peminat seperti tidak mahu lagi
memandang gelanggang yang menghampakan harapan mereka untuk memenangi
emas Sukan SEA selepas menantinya selama 20 tahun.
Kaki-kaki bola juga seperti enggan lagi mengingatkan saat perit tewas
kepada 'musuh abadi' 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti. Seorang peminat bola sepak yang hanya mahu dikenali sebagai Yanto
berkata, dia masih merasa kecewa kerana kekalahan pasukannya kelmarin.
Menurutnya, kekalahan kelmarin bukan sahaja mengecewakan penonton
yang hadir ke perlawanan akhir tetapi turut dirasai mereka yang
menontonnya di kediaman dan luar stadium.
"Bola sepak merupakan sukan No. 1 di sini. Kami memang mengharapkan kemenangan dalam acara ini.
"Final kelmarin lebih menarik dan mendebarkan kerana kami berdepan Malaysia, tetapi akhirnya kami kalah. "Sudah tentu kekalahan itu mempengaruhi mood kami hari ini. Namun,
tiada apa yang mampu kami lakukan, mahu atau tidak kami terpaksa
menerima keputusan ini.
Edisi Sentap! Indonesia akur kekalahan bola!
Oleh Kaki Wayang on
Apalah makna menjuarai keseluruhan Sukan
SEA andainya gagal menebus kekalahan pada acara bola sepak, acara yang
disifatkan sebagai 'ibu segala acara sukan'.
Sebagai tuan rumah kejohanan sukan terbesar Asia Tenggara edisi
ke-26, Indonesia tidak ada pilihan lain selain daripada akur menerima
keputusan kekalahan mereka pada Malaysia dalam acara bola sepak.
Sudah dua dekad, Indonesia menanti peluang untuk menewaskan Malaysia
dalam acara yang sangat popular dan amat signifikan dalam gelanggang
Sukan SEA.
Kali terakhir Indonesia membawa pulang pingat emas ialah pada tahun 1991 ketika beraksi di Manila, Filipina.
Kekecewaan itu dapat dilihat menerusi laporan akhbar tempatan hari
ini yang sebilangan besarnya menyiarkan laporan mengenai kegagalan
Garuda Muda di muka depannya.
Kalau sebelum perlawanan bermula, Malaysia menjadi mangsa provokasi
dengan pelbagai label dan kritikan kurang manis dilaporkan di media
tempatan. Hari ini, kekalahan di padang sendiri biarpun pahit untuk ditelan namun ia terpaksa diterima dengan hati yang terbuka.
Akhbar Jakarta Globe pada muka depannya jelas tidak dapat
menyembunyikan kekecewaan dengan menyiarkan betapa Indonesia terpaksa
akur dengan kekalahan pada Malaysia.
Dengan tajuk laporan Heartbreak Again for Merah Putih (Merah
Putih sekali lagi patah hati), akhbar itu berkata, stadium Gelora Bung
Karno sepi sebaik penjaga gawang Garuda Muda, Kurnia Meiga gagal menahan
jaringan ketua pasukan Malaysia, Baddrol Bakhtiar pada sepakan penalti
terakhir.
"Saya fikir ia akan menjadi lebih mudah kepada Indonesia apabila kami
menjaringkan gol pertama, tetapi hal yang berbeza berlaku sebaliknya,"
komen jurulatih pasukan Indonesia, Rahmad Darmawan dalam nada kecewa
seperti dipetik akhbar itu.
Pada pada masa, Rahmad, mengakui, pasukan bola sepak Malaysia berhak
membawa pulang pingat emas untuk acara bola sepak kerana Harimau Muda
beraksi cemerlang.
"Malaysia merupakan pasukan yang cemerlang secara keseluruhannya dan
mereka layak membawa pulang pingat emas.Saya ingin memohon maaf kepada
seluruh peminat bola sepak Indonesia," katanya lagi.
Rahmad turut memberi pujian pada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi
Che Mat yang ternyata cukup tangkas dan bijak menjaga gawang.
"Kita (Indonesia) sudah bersedia dari aspek teknikal dan mental
tetapi penjaga gol Malaysia sangat bersedia menerima sepakan penalti.
"Sedangkan saya terpaksa memaksa beberapa pemain saya untuk mengambil
sepakan penalti. Saya juga jelaskan kepada mereka, walau apa sekalipun
keputusan, saya akan bertanggungjawab," jelas Rahmad sambil memberitahu
hanya tiga pemainnya yang bersedia mengambil tendangan penalti.
Rumusan akhbar The Jakarta Post edisi hari ini pada muka
depannya pula berkata, perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada
Sukan SEA itu berlangsung dalam suasana penuh emosi.
Ini kerana, perlawanan itu diadakan ketika hubungan kedua-dua negara
sering diuji dengan pelbagai isu termasuk isu perbatasan, pembantu rumah
dan dakwaan pemilikan kesenian dan kebudayaan.
Berdasarkan rekod, Malaysia dan Indonesia sudah berhadapan sebanyak 13 kali di Sukan SEA. Biarpun Indonesia tewas kepada Malaysia, namun pasukan negara itu
turut mendapat pujian daripada beberapa media lain dengan menyifatkan
Garuda Muda sudah berjuang habis-habisan.
Akhbar Kompas pada muka depannya melaporkan, pasukan tempatan telah menunjukkan semangat juang yang membanggakan Indonesia. Pertemuan Indonesia dengan Malaysia dalam acara bola sepak merupakan satu hal yang amat penting bagi pencinta sukan negara ini.
Kepada sebilangan besar rakyat Indonesia, bertemu Malaysia merupakan
'perlawanan sebenar' dan dijadikan sebagai garis ukur kehebatan pasukan
bola sepak kebangsaan.
Betol-betol Informasi! How to deactivate Facebook account?
Oleh Kaki Wayang on
To deactivate your account:
- Click the account menu
at the top right of any Facebook page
- Choose Account Settings
- Select Security from the left-hand menu
- Click on "Deactivate your account"
When you deactivate your account, your profile (timeline) and all
information associated with it disappears from the Facebook service
immediately. People on Facebook will not be able to search for you or
view any of your information.
If you’d like to come back to Facebook anytime after you’ve deactivated your account, you can reactivate your account by logging in with your email and password. Your profile (timeline) will be restored in its entirety (friends, photos, interests, etc.). Remember that you will need to have access to the login email address for your account in order to reactivate it.
If you’d like to come back to Facebook anytime after you’ve deactivated your account, you can reactivate your account by logging in with your email and password. Your profile (timeline) will be restored in its entirety (friends, photos, interests, etc.). Remember that you will need to have access to the login email address for your account in order to reactivate it.
Edisi Khas! Harimau Malaya membaham EGO Sang Garuda!
Oleh Kaki Wayang on
Layanan teruk, Isyarat lucah,
lagu Negaraku diejek, tidak dihormati oleh rakyat Indonesia antara layanan yang
diberikan oleh seluruh warga Indonesia kepada Pasukan Malaysia sepanjang Pasukan
Malaysia berada di bumi Indonesia ketika menyertai Sukan Sea 2011 Jakarta dan
Palembang..sampai disuatu ketika pasukan Malaysia terpaksa menaiki “Barracuda”
bagi mengelak daripada perkara yang tidak diingini berlaku.
Berbekalkan semangat juang tinggi
merupakan satu-satunya senjata yang digunakan oleh Pasukan Harimau Malaya
apabila berhadapan dengan lebih 180,000 penyokong Indonesia dalam perlawanan
Akhir Bolasepak Sukan Sea 2011 bagi menentukan pingat emas bolasepak iaitu ibu
sukan dan ibu pingat di Sukan Sea.
Terdahulu Myanmar merupakan
pasukan yang berjaya menggondol pingat gangsa apabila mengalahkan Vietnam 4-1.
Berbalik kepada episode ngeri Indonesia dan episode suka Malaysia..Malaysia
sebenarnya pasukan pilihan bagi pertandingan kali ini setelah berjaya
menggondol pingat emas pada temasya yang sama yang pada ketika itu diadakan di
Laos pada tahun 2009..dan pada kali ini Harimau Muda (Malaya) sekali lagi dapat
mempertahankan Pingat Emas yang dimenangi sebelum ini apabila menewaskan
Indonesia 4-3 melalui sepakan penalty setelah terikat 1-1 selepas tamat
perlawanan..
Sepanjang 120 minit perlawanan
pelbagai rasa, luahan dan kelakuan kurang waras dapat dilihat dan dirasakan
oleh seluruh warga Malaysia..antaranya..ada yang lemah jantung, takut nak
tengok bilamana pemain Malaysia mengambil sepakan penalty, gembira tatkala
pemain Indonesia gagal menjaringkan gol, mengutuk dan mencemuh dan macam-macam
lagi..siap ada yang berlari masuk ke bilik dek tidak mampu untuk melihat
sekiranya pasukan Malaysia kalah..
Namun semua perasaan itu kembali
hilang dan ceria apabila Badrol Bahtiar menjadi wira Malaysia pada perlawanan
itu..walaupun sepakan beliau dapat ditmpan oleh penjaga gol Indonesia namun
ianya tidak mampu menghalang bola sepakan Badrol Bahtiar dari bergolek masuk ke
pintu gol Indonesia..seriau dibuatnya..tangisan gembira, syukur dan macam-macam
lagi mengiringi kejayaan Malaysia..
Diketika lagu Negaraku
dikumandangkan kita masih mampu melihat penyokong Indonesia yang tidak berdiri
dan tidak menghormati apabila lagu kebangsaan dikumandangkan..Apapun tahniah
Malaysia kerana mampu melenyapkan Ego Sang Garuda..amekawwwwwwwww!!!!
Malaysia vs Syria Kelayakan Olimpik London 2012
Oleh Kaki Wayang on
Alhamdulillah..tahniah dan syukur atas kemenangan yang dijelmakan oleh Skuad Harimau Muda Malaysia yang berjaya mengungguli saingan Akhir Bolasepak Sukan Sea apabila menewaskan Indonesia melalui sepakan penalti (4-3) selepas hanya mampu seri 1-1 selepas tamat perlawanan. Ini bermakna Pasukan Malaysia mempertahankan kejuaraan yang dimilikinya 2 tahun lalu di Laos. Apapun tahniah Pasukan Harimau Muda yang membaham Sang Garuda.

Selang 4-5 jam selepas kemenangan itu, Pasukan Malaysia bergegas ke Lapangan Terbang Indonesia dan seterusnya pulang ke tanahair bagi menghadapi satu lagi tugas getir apabila dijadualkan bertemu Syria pada Rabu ini (23 Nov. 2011) bagi saingan Kelayakan Sukan Olimpik 2012. Apa yang kita harapkan Malaysia mampu untuk bersaing dengan salah sebuah pasukan gergasi timur tengah itu nanti. Kami sebagai rakyat Malaysia faham akan keletihan dan keperitan seluruh pemain pasukan Malaysia namun kami masih mengharapkan agar Pasukan Malaysia mampu untuk bersaing dengan pasukan Syria nanti..
Apa yang saya harapkan, janganlah ada diantara kita mengutuk seandainya Pasukan Malaysia tidak mampu untuk bermain sebaik mungkin nanti tetapi berilah sokongan tidak terhingga kepada mereka.
Keputusan Malaysia - Syria: 0 - 0
Jadual Perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik 2012
Jadual Perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik 2012
- Malaysia vs Syria, 23 November 2011 di Stadium
National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.
- Malaysia vs Bahrain, 27 November 2011 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.
- Bahrain vs Malaysia, 5 Februari 2012.
- Malaysia vs Japan, 22 Februari 2012 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.
- Syria vs Malaysia, 14 March 2012.
- Malaysia vs Bahrain, 27 November 2011 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.
- Bahrain vs Malaysia, 5 Februari 2012.
- Malaysia vs Japan, 22 Februari 2012 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.
- Syria vs Malaysia, 14 March 2012.