PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Sentap! Apek sudah menduga sepakan Ferdinand!
Oleh Kaki Wayang on
Tiap kali disandarkan harapan, penjaga gol utama negara, Khairul
Fahmi Che Mat tidak pernah mengecewakan malah dia sekali lagi menjadi
watak penting kepada kejayaan skuad bola sepak negara yang meraih pingat
emas di Sukan SEA XXVI Indonesia 2011.
Selain cemerlang mengawal asakan hebat pemain-pemain Garuda Muda
sepanjang 120 minit selepas rakan sepasukan bagaikan sudah kehabisan
tenaga, Khairul yang lebih dikenali sebagai Apek dilihat menjadi faktor
penting membawa skuad negara memenangi pertarungan sepakan penalti
selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga penghujung perlawanan.
Pada sepakan penalti terakhir Indonesia yang diambil penyerang
gantian Ferdinand Sinaga, Apek berkata, melalui gerak hatinya, dia sudah
dapat membaca arah tendangan pemain berkenaan.
''Pada situasi semalam, saya sudah dapat duga arah sepakan yang akan
diambil oleh dia (Ferdinand) apabila tengok gaya dia meletakkan bola. ''Saya memberikan fokus lebih 100 peratus untuk cuba menyelamatkan
sepakan tersebut kerana sedar itu sepakan terakhir oleh mereka
(Indonesia). ''Alhamdulilah, telahan saya pada sepakan terakhir benar-benar tepat
dan apabila Baddrol (Bakhtiar) berjaya mengambil sepakan, saya cukup
gembira kerana dapat membantu negara menyumbangkan emas," katanya.
Malaysia muncul juara dengan keputusan 4-3 mengetepikan Garuda Muda
di Stadium Gelora Bung Karno melalui penentuan sepakan penalti.
Walaupun telah menyumbangkan dua kejayaan berturut-turut selepas
menjuarai Piala AFF pada tahun lalu, Apek mengakui, dia belum lagi puas
memberikan lagi kejayaan kepada pasukan negara.
''Selepas membantu memenangi emas kepada negara dan menjuarai Piala
AFF, saya rasa masih banyak lagi saya boleh berikan kepada skuad negara
terutama kita masih berada dalam saingan kelayakan Olimpik. ''Kini saya berhasrat kita mampu melakukan sesuatu pada saingan kelayakan Olimpik, saya harap kita boleh mengejutkan Syria. ''Soal penat dan jadual padat harus ketepikan dahulu, ia tidak boleh
dijadikan alasan, apa yang lebih mustahak kita mesti capai satu
keputusan yang membanggakan pada perlawanan esok (hari ini)," katanya.
Edisi Sentap! Jurulatih Garuda mohon maaf!
Oleh Kaki Wayang on
Jurulatih skuad Garuda, Rahmad Darmawan meminta maaf kepada seluruh
rakyat Indonesia kerana pasukannya gagal meraih pingat emas acara bola
sepak setelah kalah kepada Malaysia pada perlawanan akhir, kelmarin. Rahmad akur dengan kekalahan 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti
di Stadium Utama Gelora Bung Karno walaupun pemain-pemainnya telah
memberikan aksi yang terbaik.
"Kepada media semua, sampaikan permintaan maaf saya kepada seluruh
rakyat Indonesia kerana gagal menjadi juara (bola sepak Sukan SEA XXVI).
"Hanya ini sahaja yang mampu saya lakukan," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan kelmarin.
Perlawanan akhir kelmarin terpaksa diheret ke penentuan sepakan
penalti setelah kedudukan masih terikat 1-1 sehingga masa tambahan.
Rahmad mengakui kekalahan mereka kelmarin turut disebabkan gagal
menandingi beberapa pemain Malaysia yang ternyata lebih berpengalaman
berbanding pemain pasukannya.
"Malaysia memiliki pemain yang berpengalaman beraksi di sini (ketika
perlawanan akhir Piala Suzuki AFF) terutama di bahagian pertahanan.
"Penjaga gol mereka (Khairul Fahmi Che Mat) juga cukup bersedia ketika permainan berlanjutan sehingga ke penentuan penalti.
"Dengan kekalahan ini saya mengakui gagal mencapai pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA," katanya.
Edisi Sentap! Jakarta 'berkabung' gara-gara kekalahan skuad Garuda!
Oleh Kaki Wayang on
Jakarta seolah-olah 'berkabung' meratapi kekalahan skuad Garuda
kepada Harimau Muda pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI di
Stadium Utama Gelora Bung Karno, kelmarin. Suasana di sekitar bandar raya ini semalam, iaitu sehari selepas
kekalahan 3-4 Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti kepada
Malaysia, bertukar suram berbanding sebelum ini.
Jika dua minggu lalu ketika acara bola sepak Sukan SEA di peringkat
awal saingan, suasana bandar raya ini meriah dan berpesta dengan
kehadiran kumpulan penyokong Indonesia yang berbaju merah, namun semalam
segala-galanya berubah. Tiada lagi kelibat kumpulan penyokong fanatik Garuda di sekitar bandar raya ini.
Suasana di sekitaran stadium juga lengang, bukan sahaja kerana acara
bola sepak sudah berakhir, tetapi peminat seperti tidak mahu lagi
memandang gelanggang yang menghampakan harapan mereka untuk memenangi
emas Sukan SEA selepas menantinya selama 20 tahun.
Kaki-kaki bola juga seperti enggan lagi mengingatkan saat perit tewas
kepada 'musuh abadi' 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti. Seorang peminat bola sepak yang hanya mahu dikenali sebagai Yanto
berkata, dia masih merasa kecewa kerana kekalahan pasukannya kelmarin.
Menurutnya, kekalahan kelmarin bukan sahaja mengecewakan penonton
yang hadir ke perlawanan akhir tetapi turut dirasai mereka yang
menontonnya di kediaman dan luar stadium.
"Bola sepak merupakan sukan No. 1 di sini. Kami memang mengharapkan kemenangan dalam acara ini.
"Final kelmarin lebih menarik dan mendebarkan kerana kami berdepan Malaysia, tetapi akhirnya kami kalah. "Sudah tentu kekalahan itu mempengaruhi mood kami hari ini. Namun,
tiada apa yang mampu kami lakukan, mahu atau tidak kami terpaksa
menerima keputusan ini.
Edisi Sentap! Indonesia akur kekalahan bola!
Oleh Kaki Wayang on
Apalah makna menjuarai keseluruhan Sukan
SEA andainya gagal menebus kekalahan pada acara bola sepak, acara yang
disifatkan sebagai 'ibu segala acara sukan'.
Sebagai tuan rumah kejohanan sukan terbesar Asia Tenggara edisi
ke-26, Indonesia tidak ada pilihan lain selain daripada akur menerima
keputusan kekalahan mereka pada Malaysia dalam acara bola sepak.
Sudah dua dekad, Indonesia menanti peluang untuk menewaskan Malaysia
dalam acara yang sangat popular dan amat signifikan dalam gelanggang
Sukan SEA.
Kali terakhir Indonesia membawa pulang pingat emas ialah pada tahun 1991 ketika beraksi di Manila, Filipina.
Kekecewaan itu dapat dilihat menerusi laporan akhbar tempatan hari
ini yang sebilangan besarnya menyiarkan laporan mengenai kegagalan
Garuda Muda di muka depannya.
Kalau sebelum perlawanan bermula, Malaysia menjadi mangsa provokasi
dengan pelbagai label dan kritikan kurang manis dilaporkan di media
tempatan. Hari ini, kekalahan di padang sendiri biarpun pahit untuk ditelan namun ia terpaksa diterima dengan hati yang terbuka.
Akhbar Jakarta Globe pada muka depannya jelas tidak dapat
menyembunyikan kekecewaan dengan menyiarkan betapa Indonesia terpaksa
akur dengan kekalahan pada Malaysia.
Dengan tajuk laporan Heartbreak Again for Merah Putih (Merah
Putih sekali lagi patah hati), akhbar itu berkata, stadium Gelora Bung
Karno sepi sebaik penjaga gawang Garuda Muda, Kurnia Meiga gagal menahan
jaringan ketua pasukan Malaysia, Baddrol Bakhtiar pada sepakan penalti
terakhir.
"Saya fikir ia akan menjadi lebih mudah kepada Indonesia apabila kami
menjaringkan gol pertama, tetapi hal yang berbeza berlaku sebaliknya,"
komen jurulatih pasukan Indonesia, Rahmad Darmawan dalam nada kecewa
seperti dipetik akhbar itu.
Pada pada masa, Rahmad, mengakui, pasukan bola sepak Malaysia berhak
membawa pulang pingat emas untuk acara bola sepak kerana Harimau Muda
beraksi cemerlang.
"Malaysia merupakan pasukan yang cemerlang secara keseluruhannya dan
mereka layak membawa pulang pingat emas.Saya ingin memohon maaf kepada
seluruh peminat bola sepak Indonesia," katanya lagi.
Rahmad turut memberi pujian pada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi
Che Mat yang ternyata cukup tangkas dan bijak menjaga gawang.
"Kita (Indonesia) sudah bersedia dari aspek teknikal dan mental
tetapi penjaga gol Malaysia sangat bersedia menerima sepakan penalti.
"Sedangkan saya terpaksa memaksa beberapa pemain saya untuk mengambil
sepakan penalti. Saya juga jelaskan kepada mereka, walau apa sekalipun
keputusan, saya akan bertanggungjawab," jelas Rahmad sambil memberitahu
hanya tiga pemainnya yang bersedia mengambil tendangan penalti.
Rumusan akhbar The Jakarta Post edisi hari ini pada muka
depannya pula berkata, perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada
Sukan SEA itu berlangsung dalam suasana penuh emosi.
Ini kerana, perlawanan itu diadakan ketika hubungan kedua-dua negara
sering diuji dengan pelbagai isu termasuk isu perbatasan, pembantu rumah
dan dakwaan pemilikan kesenian dan kebudayaan.
Berdasarkan rekod, Malaysia dan Indonesia sudah berhadapan sebanyak 13 kali di Sukan SEA. Biarpun Indonesia tewas kepada Malaysia, namun pasukan negara itu
turut mendapat pujian daripada beberapa media lain dengan menyifatkan
Garuda Muda sudah berjuang habis-habisan.
Akhbar Kompas pada muka depannya melaporkan, pasukan tempatan telah menunjukkan semangat juang yang membanggakan Indonesia. Pertemuan Indonesia dengan Malaysia dalam acara bola sepak merupakan satu hal yang amat penting bagi pencinta sukan negara ini.
Kepada sebilangan besar rakyat Indonesia, bertemu Malaysia merupakan
'perlawanan sebenar' dan dijadikan sebagai garis ukur kehebatan pasukan
bola sepak kebangsaan.
Betol-betol Informasi! How to deactivate Facebook account?
Oleh Kaki Wayang on
To deactivate your account:
- Click the account menu at the top right of any Facebook page
- Choose Account Settings
- Select Security from the left-hand menu
- Click on "Deactivate your account"
When you deactivate your account, your profile (timeline) and all
information associated with it disappears from the Facebook service
immediately. People on Facebook will not be able to search for you or
view any of your information.
If you’d like to come back to Facebook anytime after you’ve deactivated your account, you can reactivate your account by logging in with your email and password. Your profile (timeline) will be restored in its entirety (friends, photos, interests, etc.). Remember that you will need to have access to the login email address for your account in order to reactivate it.
If you’d like to come back to Facebook anytime after you’ve deactivated your account, you can reactivate your account by logging in with your email and password. Your profile (timeline) will be restored in its entirety (friends, photos, interests, etc.). Remember that you will need to have access to the login email address for your account in order to reactivate it.