Edisi Sentap! Jurulatih Garuda mohon maaf!

Oleh Kaki Wayang on

 

Jurulatih skuad Garuda, Rahmad Darmawan meminta maaf kepada seluruh rakyat Indonesia kerana pasukannya gagal meraih pingat emas acara bola sepak setelah kalah kepada Malaysia pada perlawanan akhir, kelmarin. Rahmad akur dengan kekalahan 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Utama Gelora Bung Karno walaupun pemain-pemainnya telah memberikan aksi yang terbaik.

"Kepada media semua, sampaikan permintaan maaf saya kepada seluruh rakyat Indonesia kerana gagal menjadi juara (bola sepak Sukan SEA XXVI).

"Hanya ini sahaja yang mampu saya lakukan," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan kelmarin.
Perlawanan akhir kelmarin terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti setelah kedudukan masih terikat 1-1 sehingga masa tambahan.

Rahmad mengakui kekalahan mereka kelmarin turut disebabkan gagal menandingi beberapa pemain Malaysia yang ternyata lebih berpengalaman berbanding pemain pasukannya.

"Malaysia memiliki pemain yang berpengalaman beraksi di sini (ketika perlawanan akhir Piala Suzuki AFF) terutama di bahagian pertahanan.

"Penjaga gol mereka (Khairul Fahmi Che Mat) juga cukup bersedia ketika permainan berlanjutan sehingga ke penentuan penalti.

"Dengan kekalahan ini saya mengakui gagal mencapai pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA," katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...