Betol-betol Hangat! Gempar Pawagam MidValley terbakar?

Oleh Kaki Wayang on

BERASAP...orang ramai berkumpul di luar kawasan pawagam terbabit yang berasap, semalam. 

Orang ramai di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, gempar selepas satu kebakaran berlaku di lorong kecemasan dalam sebuah pawagam di pusat itu, tengah hari semalam. Kebakaran pada jam 1.20 tengah hari itu bermula dari lorong kecemasan di dalam pawagam berkenaan sebelum api merebak ke kawasan lain.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hamid Daud, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.22 tengah hari sebelum sebuah jentera dengan 11 anggota dihantar ke tempat kejadian. Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi enam minit kemudian didapati api sudah dipadam, tetapi masih berasap tebal. Menurutnya, ketika kejadian, pawagam berkenaan kosong. Setakat ini, punca kejadian masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...