Edisi Sentap! Letih punca skuad Olimpik Malaysia tewas

Oleh Kaki Wayang on


FAKTOR keletihan antara penyebab utama pasukan Harimau Muda tumbang 2-0 kepada Syria pada aksi Kelayakan Sukan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. Anak buah Ong Kim Swee yang baru tiba ke tanah air awal pagi Isnin lalu bermain baik pada awal babak pertama namun ketumpulan penyudah diketuai Ahmad Fakri Saarani dan A Tamil Arasu gagal menghasilkan sebarang gol di hadapan 20,000 penyokong sendiri.

Pasukan Syria terlebih dahulu menguji gawang gol dikemudi Khairul Fahmi Che Mat menerusi sepakan M Zakaria Al Omari, namun sempat ditolak keluar. Malaysia tidak ketinggalan dengan melancarkan sera­ngan berbahaya dan minit 20, Wan Zack Haikal melepaskan sepakan meliar ke arah penjuru gawang pelawat.

 Fakri dilayangkan kad kuning akibat melakukan kekasaran terhadap Mohammed Farres. Selang beberapa minit, Fakri pula membuat percubaan menarik namun sudah dapat dibaca penjaga gawang, Ibrahim Alma. Anak buah Immad Eddin Khankan hampir mendahului perlawanan, tetapi sepakan Solaiman Solaiman sekali lagi diselamatkan Apex.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan tanpa jaringan. Bersambung babak kedua, Syria bertambah agresif dan mengatur permainan dengan lebih tersusun. Hasilnya, Solaiman memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-52 dengan menanduk masuk gol menewaskan Apex yang sudah tertewas.

Syria terus mendominasi permainan selepas itu dan gawang negara bocor buat kali kedua minit ke-88 menerusi jaringan pemain gantian, Nasouh Nakkdahli. Babak kedua ditamatkan oleh pengadil dari Korea Selatan, Lee Min Hu yang berakhir dengan keputusan berpihak kepada Syria mengatasi Malaysia 2-0. Pujian juga harus diberikan kepada penyokong tegar Malaysia, ‘Ultras Malaya’ yang tidak berganjak keluar dari stadium biarpun perlawanan sudah berakhir.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...