PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Cover Lagu “Adele – Rolling In The Deep”!
Oleh Kaki Wayang on
Berasal dari Mexico, trio Vazquez Sounds yang dianggotai oleh Angie, 10, (vocals), Abelardo, 15, dan Gustavo Vazquez, 13 telah berjaya menghasilkan muzik video berkualiti tinggi dan mereka juga mampu bermain kesemua alat-alat muzik.
Suara Angie yang baru berumur 10 tahun juga benar-benar menarik perhatian dan mampu mengawal suara dengan baik. Apa yang pasti, video ini sudah disaksikan oleh 3juta orang. Admin sendiri sudah menyaksikan persembahan mereka. Memang terbaik!!!
Betol-betol Sengal! Kau ingat kau Artis! Puihhhhh..
Oleh Kaki Wayang on
Gambar SENTAP yang tiada kena-mengena dengan entri!
Korang pernah tak alami sesuatu seperti ini..berkawan dengan manusia biasa yang berlagak seperti artis? Artis pun manusia biasa juga tapi bila manusia biasa yang bukan artis berlagak artis lain maksud dan lagaknya kan..ada juga artis yang berlagak nak mampus..ada juga orang yang bukan artis tapi lagi berlagak dari artis..
Biasalah kan..bila dipuji makin sombong dan angkuh..pantang dipuji diri rasa macam artis sangat..macam dalam dunia ni dialah artis paling hebat..pantang aku bila ada manusia “bodo sombong” macam tu..
Korang semua pernah ke terkena atau kenal dengan manusia yang tergolong dalam golongan ini? Tentu ada kan? So, kalau ada orang macam ni korang jumpa..sila elakkan yerrr..terutama kat laman-laman social..meluat pula…
Betol-betol Cool! Iklan Paling Cool+Seram: Phones4u!
Oleh Kaki Wayang on
Baru terbaca akan cerita ini melalui Akhbar Harian Metro hari ini..dan terlihat mengenainya di sebuah blog dan kini aku juga ingin membuat satu entri mengenainya..kenapa seram eh? ilan je pun..bukannya trailer filem seram..semua itu akan terjawab bila anda menonton sedutan iklan yang mengambil masa 0.30saat ini..
Betol-betol Sengal! Seterika muka isteri!
Oleh Kaki Wayang on
Sukar digambarkan azab yang dilalui seorang suri rumah apabila
mukanya ditekap dengan seterika panas, dipukul lebih 15 minit, lehernya
dijerut dengan selendang sebelum digantung di kipas oleh suaminya. Kejadian berlaku jam 3 pagi kelmarin di rumah pasangan terbabit di
Taman Miharja, Cheras di sini, apabila wanita berusia lewat 30 tahun
itu mempersoalkan tindakan suami mahu menceraikannya. Bagaimanapun,
mangsa bernasib baik apabila selendang yang digunakan untuk menjerut
leher dan menggantungnya di kipas siling terputus, membolehkan dia
menyelamatkan diri.
Menurut sumber, sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan mangsa bertanya mengapa mahu berbuat demikian.
“Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang
lalu mengambil seterika panas dan menekap muka mangsa. Terkejut dengan
tindakan suaminya, mangsa menangis dan meminta dikasihani.
“Namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kakinya,” katanya.
Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang mangsa dan menjerut leher isterinya.
“Lebih kejam, suspek mengangkat mangsa dan menggantungnya di kipas
siling di ruang tamu sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan
isterinya terpakai-kapai meminta bantuan.
“Suspek meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher mangsa terputus.
“Sebaik terselamat, mangsa berlari keluar dari rumahnya dan
mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat
laporan polis,” katanya.
Sumber berkata, mangsa dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk rawatan berikutan mukanya yang melecur selain beberapa kecederaan lain di badan akibat dipukul.
Betol-betol Simpati! Mati ketika tonton Malaysia vs Indonesia!
Oleh Kaki Wayang on
Ahmad Fauzi (belakang) yang meninggal dunia ketika menyaksikan bola sepak bersama ahli keluarganya.
“Arwah ada mengadu sakit dada dan lemah, tetapi dia tidak mahu ke
hospital,” kata Nafishah Jusoh, 46, kakak ipar kepada Ahmad Fauzi
Ismail, 42, yang meninggal dunia akibat diserang sakit jantung ketika
menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia dan
Indonesia di sebuah kedai makan di pekan Guar Chempedak, di sini, malam
kelmarin. Dalam kejadian pada jam 10.50 malam, mangsa dikatakan pengsan di
kedai makan itu sebelum dikejarkan ke Hospital Yan kira-kira 10 minit
kemudian.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan. Difahamkan, ketika kejadian, Ahmad Fauzi bersama beberapa pelanggan lain sedang menonton perlawanan berkenaan yang ketika masuk masa tambahan.
Nafishah berkata, arwah ada memaklumkan kepadanya dia berasa tidak sihat dan mahu ke hospital bagi membuat pemeriksaan lanjut.
“Petang semalam (kelmarin) dia kata tidak sihat dan saya ajak dia pergi hospital tetapi dia kata mahu pergi selepas perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia tamat. “Tetapi malangnya arwah tidak sempat ke hospital apabila dia diserang penyakit jantung ketika menonton perlawanan itu,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Kolam, Guar Chempedak, di sini, semalam.
Beliau berkata, arwah anak bongsu daripada empat beradik tidak mengalami masalah jantung sebelum ini dan hanya menghidap kencing manis. “Arwah belum berkahwin dan tinggal bersendirian di rumah selepas ibu bapa kami meninggal dunia. Dia bekerja sebagai juruelektrik sambilan sekiranya penduduk kampung memerlukan khidmat arwah untuk membaiki pendawaian elektrik.
“Sejak beberapa hari lalu, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, malah dia kelihatan seperti biasa. Cuma dia tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Seorang pembantu kedai makan, Hasli Ishak, 29, berkata, Ahmad Fauzi adalah pelanggan tetap kedai itu dan dia kerap makan di situ.
“Ketika kejadian itu, dia sedang menikmati nasi goreng sambil menonton perlawanan bola sepak. “Sebelum dia pengsan, saya nampak dia lemah dan sempat menyuap makanan dengan perlahan sebelum dia pengsan di atas kerusinya,” katanya.
Hasli berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Yan untuk mendapatkan rawatan kecemasan. “Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sejurus sampai di hospital berkenaan,” katanya.