Selepas beberapa keping gambar intim penjaga gol bola sepak Malaysia
Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek bersama seorang
wanita bernama Shida Harmi tersebar di Internet, pelbagai tohmahan telah
dilontarkan kepada mereka berdua dan oleh kerana itu, Shida tampil
memberikan penjelasan sebenar.
Dipetik daripada akhbar Harian Metro, pemilik nama Nor Hashidah Harmi
mengakui telah diganggu dan dihamburkan kata-kata kesat serta
penghinaan. Malah ibu bapanya turut dikaitkan dengan kontroversi itu.
Shida yang hadir bersama ibunya memberitahu paparan mesej BlackBerry Messenger (BBM) yang disebar itu adalah fitnah.
"Jika diperhatikan, BBM akan tertera huruf R atau D iaitu singkatan bagi read atau delivered. Jika benar itu adalah mesej antara saya dan Apek, di mana gambar profil kami?," jelas gadis berusia 23 tahun ini.
Shida yang hanya mengetahui perkara tersebut selepas diberitahu oleh
Apek mengakui gambar tersebut telah diambil pada Mac lalu sebelum mereka
bertunang dengan pasangan masing-masing. Malah mereka bukan
berdua-duaan, sebaliknya ditemani beberapa rakan yang lain.
Sebelum ini Shida yang pernah dikaikan sebagai punca perpisahan antara
Apek dan bekas tunangnya, Aimie Harmelia Mohd Hashumi turut memberitahu
gambar tersebut telah mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya dan
keluarga. Tambahan pula dia bakal mendirikan rumah tangga kurang
daripada dua minggu lagi bersama jejaka pilihan, Mohd Danial Adnan.
Sila baca selanjutnya → Betol-betol Hangat! Shida Harmi beri penjelasan mengenai mesej dengan Apek!