PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Gempak! Adele dirompak!

Oleh Kaki Wayang on

 
SEDARI awal lagi, nama penyanyi yang berasal dari Tottenham, England ini disebut-sebut dan berpotensi besar untuk mendominasi senarai pencalonan akhir Anugerah Grammy Ke-54. Apatah lagi dengan kejayaan album keduanya, 21 yang merupakan album terlaris dengan penjualan melebihi empat juta salinan di Amerika Syarikat.

Ternyata ramalan itu benar belaka apabila Adele menerima enam pencalonan termasuk tiga kategori utama iaitu Rakaman, Lagu dan Album Terbaik sewaktu pengumuman pada 30 November lalu. Dengan tercalon dalam tiga kategori utama dalam Anugerah Grammy itu, Adele sememangnya kini merupakan calon utama untuk menang besar pada malam itu nanti.

Menerusi lagu popularnya, Rolling In The Deep, Adele dicalonkan untuk Rakaman dan Lagu Terbaik sementara album 21 pula bakal bersaing hebat dengan empat calon lain bagi merebut gelaran Album Terbaik.

Namun, persoalan yang timbul apabila ada pihak yang seolah-olah merasakan Adele bagaikan ‘dirompak’ apabila hanya menerima enam pencalonan walhal sebenarnya dia mampu meraih lebih banyak pencalonan. Ini berbeza dengan penyanyi rap, Kanye West yang mengungguli senarai pencalonan kali ini apabila menerima tujuh pencalonan tetapi tidak untuk kategori Album dan Rakaman Terbaik.

Ada yang merasakan lagu-lagu di dalam album 21 tidak dipromosikan sebaiknya dan hanya menumpukan kepada Rolling In The Deep sebagai satu-satunya umpan untuk pencalonan Grammy kali ini. “Jika diperhatikan, genre yang diketengahkan oleh Adele menerusi 21 hanyalah pop semata-mata. Ini amat berbeza dengan penyanyi yang mempertaruhkan genre hip hop atau R&B di mana mereka boleh bermain dengan pelbagai warna agar ia dapat dicalonkan dalam kategori lain.

“Dalam konteks ini, Justin Timberlake adalah contoh terbaik. Dia menghasilkan sebuah album pop tetapi dia menampilkan variasi menerusi setiap lagu di dalamnya seperti rock dan muzik dance misalnya. “Jadi untuk Adele menerima enam pencalonan sudah dikira cukup baik dan satu pencapaian yang seharusnya dibanggakan,” jelas wartawan muzik berpengalaman, Phil Gallo kepada E! Online, baru-baru ini.

Selain tiga kategori utama, Adele turut dicalonkan dalam tiga kategori lain termasuk Persembahan Solo Pop Terbaik bagi lagu Someone Like You, Album Vokal Pop Terbaik (21) dan Muzik Video Pendek Terbaik (Rolling In The Deep).

Adele sebenarnya bukanlah nama asing dalam anugerah berprestij itu apabila dia pernah diiktiraf dengan dua trofi Grammy untuk Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik bagi lagu Chasing Pavements, dua tahun lalu.

Mengekori rapat Adele juga dengan enam pencalonan ialah Bruno Mars dan Foo Fighters manakala penyanyi rap, Lil Wayne dan Skrillex masing-masing menerima lima pencalonan. Penyanyi wanita seksi, Rihanna juga tidak kurang hebatnya apabila menerima empat pencalonan termasuk Album Terbaik bagi albumnya, Loud selain Lady Gaga untuk tiga kategori juga termasuk Album Terbaik untuk Born This Way.

Juara American Idol musim keempat, Carrie Underwood masih lagi menjadi pilihan juri apabila tersenarai dalam kategori Persembahan Solo Country Terbaik dan bakal berdepan dengan saingan hebat daripada Jason Aldean, Martina McBride, Blake Shelton dan Taylor Swift. 

Satu yang pasti dan realiti yang harus dihadapi apabila Grammy dilihat semakin mencabar ekoran perubahan syarat yang dilakukan oleh pihak akademi rakaman Amerika Syarikat. Perubahan terbesar yang dilakukan bermula tahun ini apabila penstrukturan kategori yang dipertandingkan hanyalah sebanyak 78 kategori sahaja berbanding 109 tahun lalu.

Untuk setiap genre, tiada lagi pembahagian kategori seperti lazimnya di mana untuk persembahan solo misalnya, penyanyi lelaki dan wanita disatukan dalam satu kategori. Sama juga dengan kolaborasi vokal dan persembahan vokal duo atau berkumpulan disekalikan menjadi Persembahan Duo/Berkumpulan Terbaik.

Begitu juga dengan empat cabang muzik lain yang turut mengalami perubahan dari segi pengkategorian iaitu teater muzikal kini menjadi persembahan muzikal selain filem, televisyen atau visual media lain ditukar kepada muzik untuk visual media). Dua yang lain termasuklah gospel yang kini berubah kepada gospel atau muzik Kristian kontemporari dan kategori dance yang dahulunya berdiri sendiri kini digabungkan bersama muzik elektronika lalu menjadi kategori dance atau elektronika.

Terdapat juga beberapa kategori yang dimansuhkan dan kemudiannya disekalikan dalam genre yang sama. Dalam konteks ini, kategori Album R&B Terbaik misalnya, akan disatukan dengan genre kontemporari R&B. Ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini apabila Album Kontemporari R&B mempunyai kategori tersendiri. Perubahan ini juga melibatkan muzik sejagat (world music), kanak-kanak, folk dan latin.

Anugerah Grammy Ke-54 akan berlangsung di Staples Centre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 12 Februari depan.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Adele dirompak!

Betol-betol Sengal! Amuk dalam Wad HKL!

Oleh Kaki Wayang on

Di sinilah tempat seorang suspek pengedar dadah warga Nigeria ditembak mati selepas mengamuk di HKL, Kuala Lumpur, malam kelmarin
 
Tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila seorang tahanan yang dipercayai pengedar dadah mengamuk dalam wad hospital, sehingga membahayakan nyawa kakitangan dan pesakit lain yang sedang dirawat.
 
Detik-detik cemas itu bermula apabila pengedar dadah warga Nigeria mula bertindak agresif setelah beberapa ketulan dadah yang ditelan dipercayai pecah dalam perutnya.

Akibatnya, lelaki bertubuh besar dan sasa itu mampu merentap gari di tangannya sehingga terputus lalu terpelanting dan terkena lampu wad sehingga pecah.

Lebih mencemaskan, lelaki berusia 31 tahun itu bertindak memecahkan tingkap wad untuk melarikan diri ketika dirawat di sebuah wad awam Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dipenuhi pesakit.

Berikutan kejadian di Wad 18 HKL, pukul 9.45 malam tadi itu, polis terpaksa menembak mati lelaki warga Afrika terbabit selepas dia cuba menyerang anggota polis dan kakitangan hospital.

Suspek yang baru tiba di negara ini Khamis lalu, ditahan di sebuah hotel di Bukit Bintang sehari kemudian, kira-kira pukul 11.13 pagi kerana menimbulkan kekecohan selain dipercayai terlibat dalam kes dadah.

Selepas ditahan dan dibawa ke balai polis untuk soal siasat, polis berjaya mengarahkan lelaki itu mengeluarkan sembilan ketulan dadah jenis syabu yang ditelan sebelum memasuki negara ini.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, suspek kemudian dibawa ke HKL untuk menjalani ujian imbasan dan pihak hospital mengesan terdapat beberapa ketulan dadah dalam ususnya.

"Di HKL, suspek mengeluarkan empat ketulan dadah dari tubuhnya dan kita percaya ada lima lagi ketulan dalam tubuh lelaki itu dan ada di antaranya telah pecah.

"Ketika dirawat di HKL, suspek bertindak agresif dan cuba menyerang polis serta kakitangan wad. Situasi bahaya yang dicetuskan oleh suspek itu kita percaya disebabkan ada ketulan dadah yang telah pecah dalam tubuhnya," katanya kepada pemberita sewaktu menghadiri Karnival Jom Heboh di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

Mohmad berkata, 13 ketulan dadah jenis syabu yang berjaya dikeluarkan itu dianggarkan seberat 240 gram dan bernilai RM50,000. Hasil bedah siasat yang dijalankan petang ini pula mendapati, sebanyak 21 ketulan dadah telah dikeluarkan dari perut suspek. Selain itu, polis turut menemui 12 ketulan dadah di dalam hotel didiaminya dan kesemua 46 ketulan dadah seberat 831 gram itu bernilai RM130,000.

Beliau berkata, suspek terpaksa ditembak oleh anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang mengiringinya ketika dirawat setelah dia dilihat tidak dapat mengawal diri selain bertindak ganas. Katanya, ketika diserang oleh suspek, polis terpaksa melepaskan satu das tembakan yang mengenai bahunya.

Suspek bagaimanapun semakin agresif apabila cuba memukul polis dan kakitangan wad dengan besi katil, menyebabkan polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arahnya menyebabkan dia mati. Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Wad 18 HKL hari ini mendapati, katil yang diduduki oleh suspek sudah dibersihkan oleh kakitangan hospital.

Seorang wanita yang menemani suaminya yang dirawat di sebelah katil itu berkata, ketika kejadian malam tadi, dia terkejut apabila lelaki Afrika itu tiba-tiba merentap gari di tangan sehingga tercampak mengenai lampu wad dan pecah. 

"Tidak lama kemudian, lelaki itu cuba memecahkan tingkap wad untuk lari. Keadaan kelam kabut ketika itu menyebabkan polis terpaksa menembaknya," kata wanita berusia lingkungan 30-an itu yang enggan namanya didedahkan.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Amuk dalam Wad HKL!

Edisi Kaki Wayang! Jom tonton Ombak Rindu!

Oleh Kaki Wayang on


Jika anda gemarkan novel, maka filem terbaru arahan Osman Ali, Ombak Rindu, yang diadaptasi dari novel wajar menjadi pilihan. Novel karangan Fauziah Ashari ini, memang terkenal dengan jalan cerita yang mengusik jiwa. Bahkan walaupun diadaptasi ke filem, Ombak Rindu masih mampu mengundang deraian air mata penonton.


Kekuatan Ombak Rindu terletak pada kolaborasi pelakon-pelakonnya, iaitu Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae.

Biarpun pemilihan Maya sebagai Izzah pada mulanya, mendapat respons kurang baik dari kalangan penggemar novel tersebut, Maya akhirnya membuktikan dia mampu menampilkan watak Izzah, Seorang gadis kampung yang terpaksa melalui liku kehidupan yang tidak menjamin masa depannya. Untuk menyaksikan sejauh manakah kehebatan Maya,  saksikan filem ini di pawagam hari ini!

Sila baca selanjutnyaEdisi Kaki Wayang! Jom tonton Ombak Rindu!

Betol-betol Sengal! Fitnah itu Memalukan keluarga!

Oleh Kaki Wayang on

Memalukan dan mengecewakan! Itulah digambarkan pelakon tersohor, Datuk Jalaluddin Hassan, apabila tersebarnya berita perkahwinan penyanyi, Syella Kamaruddin yang dikaitkan dengan abangnya, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Jalaluddin memberitahu, berita yang tersebar di laman maya itu, membuatkan dia dan keluarga terkejut besar. Malah orang tuanya sendiri tidak mengetahui perkara ini. 
 
“Baru semalam (Jumaat) saya hubungi abang saya. Bila saya bertanyakan perkara ini, abang dan kakak ipar saya tergelak besar.
 
“Orang paling terkesan dengan khabar ini ialah orang tua kami. Takkanlah abang saya sekejam itu sehingga menyembunyikan hal ini dari pengetahuan mereka,” katanya kepada Zass.
 
Jalaluddin turut kesal dan marah apabila berita itu turut mengaitkan bapanya.
 
“Saya ada terbaca artikel berkenaan isu itu. Kenapa menulis sedemikian? Mengaitkan pula ayah saya dalam hal ini.
 
“Cukuplah mereka membuat cerita tidak benar tentang abang saya. Kini mereka mahu melibatkan ayah saya pula. Orang yang menyebarkan berita ini memang tidak berbudi bahasa,” katanya dalam nada geram.

Gesa Musa ambil tindakan
 
Berikutan fitnah yang disebarkan, Jalaluddin menggesa abangnya mengambil tindakan ke atas mereka yang menyebarkan fitnah tersebut.
 
“Bagi saya, mereka yang menyebarkan fitnah ini merupakan orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Main sedap mulut sahaja berkata-kata.
 
“Kalau tidak tahu, buat cara tidak tahu. Sebelum sebarkan, siasat dahulu berita itu benar atau tidak,” katanya.
 
Membangkitkan mengenai perkahwinan yang dikatakan menelan belanja RM15 juta itu, Jalaluddin memberitahu, adalah sesuatu yang mustahil jika abangnya mempunyai wang sebanyak itu kerana menurutnya, Musa merupakan seorang yang sederhana dalam segala hal.
 
“Abang saya memakai selipar apabila keluar. Dia juga pergi ke kedai mamak untuk makan. Kalau abang saya mampu mengadakan majlis perkahwinan yang berjumlah RM15 juta, pasti bapa saya kini hidup lebih senang,” katanya.

Minta suami Syella tampil
 
Selain akan mengambil tindakan ke atas mereka yang menyebarkan fitnah ini, Jalaluddin juga turut meminta agar suami Syella tampil membuat kenyataan.
 
“Perkara ini melibatkan maruah kami sekeluarga. Jika suami Syella seorang yang gentleman, sila tampil dan betulkan keadaan,” katanya.
 
Jalaluddin juga meminta agar Syella tidak terus menyembunyikan suaminya itu.
 
“Sekiranya suami Syella rasa bertanggungjawab terhadap isu ini, dia harus datang ke depan dan tonjolkan dirinya.
 
“Dia harus sedar, kami semua terluka dengan tohmahan yang dibuat oleh masyarakat, terutama terhadap orang tua saya. Tambahan pula, perkara ini tidak semena-mena melibatkan orang yang tidak bersalah,” kata Jalaluddin.
 
Sebelum ini, perkahwinan Syella, mengejutkan orang ramai apabila majlis persandingan dan hantaran yang diterima mencecah RM15 juta.
 
Bertambah kecoh, apabila Syella, dikatakan berkahwin dengan orang kenamaan yang pernah memegang jawatan penting dalam negara.

Gambar mereka turut tersebar dan nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, tiba-tiba menjadi sebutan. Musa, bagaimanapun, dalam satu kenyataan, menafikan khabar itu dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu itu. Sementara itu, Syella gagal dihubungi bagi menjelaskan perkara sebenar.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Fitnah itu Memalukan keluarga!

Betol-betol Hangat! Celcom lancar iPhone 4S 16 Disember!

Oleh Kaki Wayang on

 
 Para peminat iPhone keluaran Apple Inc. boleh mendapatkan model terbaru telefon pintar itu, iPhone 4S tidak lama lagi apabila ia dilancarkan oleh Celcom Axiata Berhad (Celcom) pada 16 Disember ini.
 
Jurucakap syarikat telekomunikasi terkenal itu ketika dihubungi mengesahkan mengenai tarikh pelancaran telefon pintar kegemaran ramai itu tetapi tidak dapat memberikan maklumat lanjut sehingga hari pelancarannya.
Menurut sumber, telefon yang mempunyai tiga versi iaitu dengan storan 16 Gegabait (GB), 32GB dan 64GB itu akan ditawarkan dengan pakej kontrak yang menarik untuk para pelanggan.

iPhone merupakan telefon yang telah mencetuskan fenomena dalam dunia telefon pintar kerana mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Celcom lancar iPhone 4S 16 Disember!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...