PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Sengal! Doktor ditumbuk tak beri cuti sakit!

Oleh Kaki Wayang on

Hanya kerana enggan memberi cuti sakit selama dua hari kepada seorang wanita, seorang doktor berusia 30-an cedera di hidung dan kepala selepas ditumbuk teman lelaki wanita berkenaan, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, wanita terbabit yang berusia 25 tahun datang ke klinik mangsa di Gohtong Jaya, dekat sini, dengan ditemani teman lelakinya itu dengan alasan demam.

Sumber polis berkata, wanita itu meminta doktor mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) untuknya bagi tempoh dua hari dengan alasan tidak berdaya untuk bekerja keesokan harinya. “Bagaimanapun, doktor memberitahu dia hanya boleh memberikan sijil cuti sakit untuk hari itu saja kerana berdasarkan pemeriksaannya, mangsa sudah pulih daripada demam serta layak bekerja keesokan harinya.

“Wanita itu tidak puas hati dengan penerangan doktor berkenaan dan segera keluar dari bilik rawatan untuk memaklumkan perkara itu kepada teman lelakinya,” katanya.

Menurutnya, teman lelakinya yang berang terus meluru masuk semula ke bilik rawatan dan menyerang doktor berkenaan.

“Lelaki terbabit terus masuk ke bilik rawatan dan memaki hamun doktor berkenaan kerana tidak mahu memberikan cuti sakit selama dua hari kepada teman wanitanya seperti diminta.

“Doktor itu cuba menghalang daripada terus dikasari sambil menerangkan situasi sebenar, namun namun penjelasannya tidak diendahkan,” katanya.

Sumber itu berkata, apabila melihat keadaan sudah tidak dapat dikawal doktor berkenaan memanggil pengawal keselamatan dan mengarahkan lelaki yang menyerangnya dibawa keluar dari bilik rawatan. Namun, sebelum sempat pengawal keselamatan mengheretnya keluar lelaki itu bertindak lebih ganas dengan menumbuk muka doktor berkenaan sehingga mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan di hidung dan kepalanya.

Berikutan kejadian itu, doktor membuat laporan di balai polis berhampiran dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi Yahya Afendy mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Doktor ditumbuk tak beri cuti sakit!

Betol-betol Ngeri! Hentak sampai koma kerana RM20

Oleh Kaki Wayang on

Hanya kerana RM20, seorang warga emas kini kritikal dan tidak sedarkan diri selepas dibelasah dengan kepala hos pam minyak dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Taman Maluri, Cheras, dekat sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Law Chin Hang, 70, yang berkerja sebagai penjual surat khabar sedang menunggu lori bagi mengambil surat khabar di stesen minyak berkenaan.

Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki berusia 30-an muncul dan berpura-pura mahu mengisi minyak sebelum merampas beg pinggang berisi wang tunai RM20 dan telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri.

Menurut sumber, bagaimanapun suspek berpatah semula selepas tidak berpuas hati dengan jeritan mangsa meminta pertolongan dan terus membelasah warga emas terbabit.

“Malah, kejadian terbabit berlaku terlalu pantas menyebabkan dua pekerja yang berada di kaunter stesen minyak terbabit tergamam dan cuba membantu.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Ngeri! Hentak sampai koma kerana RM20

Betol-betol Ngeri! Kereta undur dihentam treler!

Oleh Kaki Wayang on

Tindakan mengundur kereta akibat terlepas susur keluar membawa padah apabila seorang warga emas maut manakala dua lagi parah selepas dilanggar treler membawa muatan getah di Kilometer 21 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran persimpangan Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya, tengah hari semalam.

Arthur Lawrence Pharamond, 86, yang memandu kereta Perodua Kancil disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Putrajaya akibat kecederaan parah di kepalanya selepas dirempuh treler dengan muatan dua buah kontena, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari.

Dua penumpang kereta berkenaan iaitu isteri Arthur, Lodi Ah Chang, 78, dan seorang wanita, Yong Shiad Ting, 36, berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama manakala anak lelaki pasangan itu, Jeffrey Gilbert Pharamond, 46, yang juga orang kelainan upaya (OKU), cedera ringan.
Ekoran kejadian itu, treler berkenaan terbalik dan dua buah kontena dibawanya melintang di tengah lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan teruk di laluan menghala ke Shah Alam selama beberapa jam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan ketika dihubungi berkata, Arthur yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur dipercayai memandu dari arah Seremban menghala ke Putrajaya sebelum terlepas simpang susur keluar.

Katanya, mangsa dipercayai cuba mengundurkan keretanya untuk memasuki persimpangan ke Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya.

“Ketika mengundurkan keretanya sebuah kereta berjaya mengelak kereta yang dipandu mangsa, tetapi pemandu treler dari arah sama gagal mengelak dan merempuh belakang kereta mangsa sehingga menyebabkan kereta itu terseret 50 meter dari tempat kejadian, menyebabkan ia remuk.

“Rempuhan itu turut menyebabkan dua buah kontena yang dibawanya terjatuh dan melintang di tengah lebuh raya. Bagaimanapun, pemandu treler tidak cedera,” katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Ngeri! Kereta undur dihentam treler!

Betol-betol Ngeri! Biar diri dimakan piranha!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang remaja dipercayai membunuh diri selepas terjun ke dalam sungai yang penuh dengan piranha, ikan yang memakan daging. Polis berkata, nelayan tempatan berusia 18 tahun itu dimakan hidup-hidup selepas terjun dari kanunya ke dalam sungai di timur laut Bolivia, minggu lalu.

Polis tempatan, Daniel Cayaya berkata, remaja itu dipercayai mabuk ketika itu. Kejadian berlaku di Rosario del Yata, 640 kilometer ke utara La Paz, ibu negara Bolivia.

Kejadian itu hanya diketahui semalam selepas ia dilaporkan oleh sebuah stesen radio tempatan. Menurut Cayaya, pihaknya mengesyaki suspek membunuh diri kerana dia adalah nelayan di wilayah berkenaan yang tahu mengenai Sungai Yata dan hidupan di dalam sungai itu. 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Ngeri! Biar diri dimakan piranha!

Betol-betol Sengal! Di kubur pun sanggup mencuri

Oleh Kaki Wayang on

Ini gambar mengejutkan yang menunjukkan seorang wanita mencuri di kubur seorang kanak-kanak.
Keluarga kanak-kanak berusia 11 tahun itu yang mati dilanggar sebuah kereta pada 1980, memasang kamera litar tertutup di tanah perkuburan di Barking, Essex, selepas barangan yang mereka letakkan di kubur itu dicuri berulang kali.

Mereka terkejut apabila rakaman kamera berkenaan menunjukkan seorang wanita mengambil pasu bunga dari kubur kanak-kanak itu dan memasukkannya ke dalam beg tangannya. Steve Rose, sepupu si mati, memasang kamera berkenaan di atas sebatang pokok berhampiran kubur kanak-kanak itu selepas barangan perhiasan dan bunga yang diletakkan keluarga itu hilang setiap dua minggu sejak 18 bulan lalu.

Rose, 37, berkata: “Saya baru berusia enam tahun apabila dia mati. Ibu saudara saya yang mati dua tahun lalu tidak pernah melupakan kejadian itu. “Kerana itu, kami begitu kecewa dengan kejadian curi di kubur sepupu saya.” Keluarga berkenaan sebelum ini merayu pencuri menghentikan perbuatan mereka tetapi rayuan itu tidak diendahkan.

“Kami meninggalkan nota merayu mereka berhenti mencuri, tetapi mereka tidak mempedulikannya. Mereka tidak malu,” kata Rose, pemandu teksi di London.

Sementara itu, jurucakap Polis London berkata: “Pihak kami mahukan maklumat mengenai identiti wanita dalam gambar itu. ‘Dia dikehendaki untuk disoalsiasat oleh polis berhubung kecurian bunga yang ditinggalkan di kawasan kubur di Rippleside.

“Polis memahami perasaan keluarga yang berdepan dengan kecurian seumpama itu.” Menurut Rose, kakitangan tanah perkuburan itu membenarkannya memasang kamera berkenaan.

Majlis Tempatan Barking Dan Dagenham berkata, kecurian di tanah perkuburan jarang berlaku dan berikrar untuk bekerjasama dengan polis.

Bagaimanapun, jurucakapnya enggan mengulas mengenai wanita yang gambarnya dirakam dalam kamera Rose.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Di kubur pun sanggup mencuri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...