PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Informasi! Tarikh Terima Opsyen SBPA Dilanjutkan Ke 15 Januari!

Oleh Kaki Wayang on

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Jan depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Dr Ismail Alias. Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Dis ini.

"Kita akan meneruskan SBPA, dan sebenarnya Cuepacs tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Dis tarikh tutupnya kerana ia melibatkan banyak isu perundangan.

"Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Jan depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan Cuepacs yang diketuai oleh Presidennya Datuk Omar Osman, di ibu pejabat JPA di sini hari ini.

Rundingan itu yang berlangsung selama lebih tiga jam diadakan untuk menyelesaikan isu berbangkit berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Jan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengarahkan supaya Cuepacs dan JPA mengadakan rundingan dengan segera bagi menyelesaikan isu tersebut.

Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama. Dr Ismail berkata pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan SBPA dan lima isu termasuk 'Exit Policy' yang dibangkitkan oleh Cuepacs turut dibincangkan.

"Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang telah dikemukakan oleh Cuepacs, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu," katanya.

Beliau berkata bagi penjawat awam yang telah pun menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA telah memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan. Sementara itu, Omar pada sidang media sama berkata rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini merupakan jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya.

P/s: Seb baek dilanjutkan..aku dahlah cuti balik ke kampung..kalau tak xsempat nak sain..


Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Tarikh Terima Opsyen SBPA Dilanjutkan Ke 15 Januari!

Edisi Gempak! Yusri KRU dan Lisa Surihani umum tarikh perkahwinan sabtu ini!

Oleh Kaki Wayang on


Kalau dulu bukan main lagi nak rahsiakan..itu ini..pernah teringat satu ketika ada beerapa orang artis siap menipu (walaupun pada dia bukan menipu) yang dia takde hubungan langsung dengan si dia dan takkan kahwin pun dengan orang tu..sekali kawen pula...takpela lupakan pasal tu..ni ada satu lagi gosip hangat bakal melanda tanahair kita..

Tatkala Lisa Surihani dikaitkan dengan Yusri KRU denga hubungan cinta mereka yang begitu menarik perhatian ramai..kini tiba pula berita mengenai mereka yang bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka nanti di sebuah hotel..maka sudah pasti sidang media itu akan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat..wartawan, blogger dan macam-macam lagilah...sedikit mengenainya yang aku dapatkan dari Rotikaya adalah:

"Menariknya, sidang media itu di’namakan sebagai Pengumuman Istimewa Yusry & Lisa dan kami sudah dapat jangkakan apakah yang sedang di’rancang. 99% hati kami mengatakan yang sidang media khas ini akan mengumumkan bilakah tarikh perkahwinan pasangan selebriti sensasi Malaysia ini.

Dalam e-mail yang sama berkata yang ibu & ayah Yusry KRU, Abdul Halim dan Zarina Fenner juga ibu Lisa Surihani, Siti Amira Ahmad akan turut hadir dalam majlis pengumuman khas ini.

Majlis pengumuman khas ini akan di’adakan pada hari Sabtu di Marriott Putrajaya Resort & Spa bermula jam 10 pagi."

P/s: Bagusla tu dah nak kahwin..tak delah orang ngate sana-sini kan..sama-samalah kita doakan semoga mereka bahagia hendaknya...

Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Yusri KRU dan Lisa Surihani umum tarikh perkahwinan sabtu ini!

Edisi Kaki Wayang! Biar Mimpi Sampai Ke Bintang!

Oleh Kaki Wayang on


Edisi Kaki Wayang kali ini akan memberikan sedikit info mengeni drama mesti tonton pada kali ini yang akan ke udara pada malam ini..berikut merupakan sedikit info mengenai filem ini...

Jam 9 malam ini menerusi Astro Ria saluran 104, telemovie baru arahan Michael Ang, Biar Mimpi Sampai ke Bintang akan ke’udara buat pertama kali. Telemovie ini buat pertama kali’nya menyatukan dua nama yang tidak asing lagi kepada peminat hiburan Malaysia - Randy Pangalila & Elfira Loy.

Randy Pangalila merupakan pelakon yang banyak menghiasi sinetron Indonesia dan berusia 20 tahun, sempurna untuk watak remaja mencari cinta yang beliau bawakan di’samping Elfira Loy.

Sumber: RotiKaya.com


Sila baca selanjutnyaEdisi Kaki Wayang! Biar Mimpi Sampai Ke Bintang!

Edisi Kaki Wayang! Tony Jaa dan Aaron Aziz bergabung dalam KL Gangster 2!

Oleh Kaki Wayang on


Tony Jaa Dalam Filem KL Gangster 2?

Dari satu sumber yang boleh dipercayai..berita ini pastinya akan mengemparkan dunia lakonan tanahair apabila Tony Jaa yang begitu terkenal dalam lakonannya siri Ong Bak dikatakan akan berlakon dibawah arahan Syamsul Yusof..Nampaknya filem KL Gangster ini bakal menarik lebih ramai lagi kaki wayang untuk menonton filem ini..

Berikut merupakan sedikit mengenai kenyataan tersebut..

Menurut Berita Harian, ia bukanlah filem susulan, sebaliknya kisah yang berlaku sebelum cerita yang disaksikan penonton dalam filem pertama. Maknanya, filem prekuellah tu. Dan, ia juga lebih hebat apabila kos penerbitannya pun mencecah RM3 juta.

Ramai pelakon asal yang muncul dalam KL Gangster akan kembali menghangatkan filem kedua ini. Antaranya ialah Aaron Aziz, Adi Putra, Shoffi Jikan, Sheera Iskandar dan Zizan. Lepas tu ada terdengar khabar angin mengatakan, pelakon aksi terkemuka Thailand, Tony Jaa pun akan diundang sama memeriahkan filem itu!

Kalau benarlah, maka nilai komersial filem kedua ini tentulah bertambah lagi. Kita semua bukannya tak kenal siapa Tony Jaa.Dia kan bintang lasak cukup hebat yang menggegarkan pawagam setiap kali muncul dengan siri filem Ong Bak. 

Tak sabar rasanya nak menonton filem ini...

Sila baca selanjutnyaEdisi Kaki Wayang! Tony Jaa dan Aaron Aziz bergabung dalam KL Gangster 2!

Edisi Sentap! Kelajuan kereta yang menyentapkan minda anda?

Oleh Kaki Wayang on


Agak-agak korangla..dia ni bawak kete ke keretapi ni..even kete formula one pon tak laju macam ni..ke bawak jet pejuang kat jalan raya sampai kene saman..tak pun kat udara dah ada polis trafik atau pengesan speed trap..707KM..lebihan 627KM..maknanya kalau tak silap akulaaa limit kat jalan tu 80KM je..
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kelajuan kereta yang menyentapkan minda anda?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...