PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Agama! Syarat untuk bebas dari belenggu dosa!
Oleh Kaki Wayang on
ALLAH SWT menyebut bahawa Dia
yang memiliki tangga dan darjat yang tinggi serta nikmat-nikmat yang melimpah
ruah yang dikurniakan kepada sekalian hamba-Nya yang terpilih. Kemudian Allah SWT menambah lagi
dengan menyebut syarat untuk sampai kepada martabat yang tinggi itu dengan
menjauhkan daripada kegelapan yang dapat memasukkan jiwa ke dalam neraka yang
menyala-nyala sehingga dapat mengelupaskan kulit kepala.
Seterusnya, Allah SWT
menjelaskan 10 syarat yang mampu membebaskan manusia daripada belenggu yang
mengikat nafsu syahwat, antaranya:
*Sembahyang.
*Sentiasa mengerjakan sembahyang
secara istiqamah pada waktu yang ditetapkan.
*Mendirikan sembahyang dengan
cara yang paling sempurna dengan menghadirkan hati, khusyuk kepada Allah SWT di
samping menjaga sunah-sunah serta peraturan sembahyang.
*Membenarkan kedatangan hari
kiamat dengan melahirkan di dalam dirinya sama ada dalam bentuk iktikad atau
amal perbuatan.
*Mengeluarkan sedekah dengan
harta benda mereka kepada golongan fakir dan orang yang memerlukan.
*Menepati janji.
*Menunaikan amanah kepada orang
yang berhak menerimanya.
*Memelihara faraj (kemaluan)
mereka daripada melakukan perbuatan yang haram.
*Menyempurnakan kesaksian dengan
menepati syarat-syaratnya.
*Takut terhadap azab Allah SWT.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya
manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa
kesusahan ia berkeluh kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir.
(al-Maarij: 19-21).
Muqatil berkata: Ayat ini
ditujukan kepada Umayyah bin Khalaf al-Jumahi. Adapun perkataan halu' terdapat
tujuh pandangan:
*Seperti yang disifatkan dalam
ayat-ayat selepas ini. Inilah riwayat Atiyah daripada Ibn Abbas dan pendapat
Abu Ubaidah dan al-Zajjaj.
*Orang yang loba dan tamak
dengan harta yang tidak halal baginya seperti riwayat Abu Soleh daripada Ibn
Abbas.
*Orang yang bakhil. Inilah
pendapat al-Hasan dan al-Dahak.
*Orang yang amat kedekut. Inilah
pendapat Ibn Jubair.
*Orang yang jahat. Inilah pendapat
Mujahid.
*Orang yang kasar lagi ganas.
Inilah pendapat Ikrimah, Qatadah, Muqatil dan al-Farra'.
*Mereka yang keras lagi samseng.
Inilah pendapat Ibn Qutaibah.
Syed Qutub berkata: Tiga ayat
yang pendek ini memberi gambaran yang jelas bahawa manusia amat gelisah dan
cemas apabila ditimpa kesusahan seolah-olah ia adalah untuk selamanya. Ia menggambarkan manusia yang
kedekut dan bakhil apabila mendapat kekayaan dan kesenangan. Dia menganggap
hasil usahanya sendiri dan mengabaikan orang sekeliling tanpa berbakti kepada
Allah dengan kekayaan yang dianugerahkan.
Apabila kekayaannya ditarik dan
dirampas, maka mereka kegelisahan dan cemas tanpa pedoman. Itulah gambaran
manusia yang sungguh malang dan menderita apabila hatinya kosong dari iman. Firman Allah SWT: Kecuali
orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya.
(al-Maarij: 21-22)
Ibn Kathir berkata: Manusia
disifatkan dengan sifat yang keji kecuali Allah memeliharanya memberi taufik
dan hidayah ke arah kebaikan. Begitu juga mereka menjaga waktu solat dan segala
yang wajib. Inilah juga pendapat Ibn Mas'ud, Masruq dan Ibrahim al-Nakaie.
Al-Maghari berkata: Manusia yang
memiliki sifat yang tercela layak menerima kemurkaan Allah kecuali orang yang
dipelihara dan ditunjukkan Allah SWT mengerjakan amalan kebaikan dengan
dipermudahkan kepada mereka bagaimana melakukan sebab kebaikan itu.
Mereka itu terdiri daripada
orang yang memelihara sembahyang pada waktunya serta tidak disibukkan dengan
urusan lain. Ayat di atas menjadi bukti utama agar sentiasa mengerjakan amal
ibadah kepada-Nya.
Firman Allah SWT: Dan
orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu. Bagi orang (miskin)
yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta).
(al-Maarij: 24-25)
Ibn Kathir berkata: Sebahagian
harta mereka diperuntukkan untuk mereka yang memerlukannya. Syed Qutub berkata: Yang
dimaksudkan dengan peruntukan itu secara khususnya adalah zakat dan sedekah
yang tertentu kadarnya. Peruntukan ini merupakan suatu hak dan kewajipan dalam
harta kekayaan orang mukmin.
Mungkin tujuannya lebih luas dan
besar iaitu mereka memperuntukkan sebahagian tertentu dari harta kekayaan
mereka dengan kesedaran sebagai hak orang yang meminta bantuan dan orang yang
susah. Dengan ini mereka dapat
membebaskan diri mereka dari sifat kikir dan tamak di samping membuat orang
yang kaya membantu orang yang miskin tanpa bersoal jawab dan sebagainya.
Edisi Agama! Bertabarruk dengan peninggalan Nabi Muhammad SAW!
Oleh Kaki Wayang on
KITA menyambung perbincangan
kita tentang bertabarruk atau mengambil berkat dengan bekas-bekas peninggalan
Nabi SAW. Alhamdulillah, minggu lepas Yayasan Sofa dalam lawatan kerja ke Mesir
berkesempatan melihat dan menyentuh beberapa bekas peninggalan Nabi SAW yang
disimpan di Masjid Saidina Hussein r.a.
Wujud dan tersimpan baiknya
bekas-bekas peninggalan nabi SAW itu hingga ke hari ini bukanlah sesuatu yang
aneh jika kita melihat pelbagai laporan mengenai sikap generasi sahabat dan
tabi'en dalam menghargai dan memelihara bekas-bekas peninggalan ini.
Melalui perbuatan mereka ini
kita bukan sahaja mendapat pedoman bahawa bertabarruk ini dibolehkan tetapi
juga mendapat gambaran tentang sikap kasih dan hormat yang begitu hebat
terhadap nabi SAW yang sepatutnya tersemai di hati kita.
Imam Ahmad RH dan lain-lainnya
meriwayatkan daripada Anas r.a: Nabi SAW pernah datang ke rumah Ummu Sulaim. Di
dalam rumahnya terdapat qirbah (bekas air daripada kulit) yang tergantung.
Lalu Rasulullah SAW minum di bahagian bibir qirbah itu sambil berdiri.
Anas r.a berkata, "Maka Ummu Sulaim memotong bibir qirbah
itu dan ia ada pada kami". Maksudnya, Ummu Sulaim memotong mulut
qirbah yang pernah menjadi tempat minum Rasulullah SAW. Dia menyimpan dan
menjaga barang itu di rumahnya untuk bertabarruk dengan bekas atau kesan Nabi
SAW.
Diriwayatkan daripada Yahya ibn
al Harith al Zimari, katanya: Aku pernah bertemu dengan Wathilah ibn al Asqa',
Aku berkata kepadanya, "Dengan
tanganmu ini, engkau membaiah Rasulullah SAW"? Dia berkata: "Ya". Kataku, "Hulurkan tanganmu. Aku akan
mengucupnya". Dia pun menghulurkan tangannya kepadaku, lalu aku
mengucupnya. (riwayat At-Tabrani)
Menurut riwayat Abu Nu'aim di
dalam Al-Hilyah, daripada Yunus ibn Maisarah, disebutkan bahawa beliau berkata:
"Kami pernah menziarahi Yazid ibn
al-Aswad”. Lalu datang Wathilah ibn al-Asqa' r.a. Ketika Yazid melihatnya,
Wathilah r.a menghulurkan tangannya. Yazid pun memegang tangan Wathilah r.a,
lalu disapu ke muka dan dadanya; kerana Wathilah r.a pernah membaiah Rasulullah
SAW.
Wathilah berkata kepadanya: "Wahai Yazid! Bagaimana prasangkamu
terhadap Tuhanmu"? Dia menjawab: "Baik".
Dia berkata: "Maka bergembiralah
kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya
Allah SWT berfirman: "Aku mengikut prasangka hambaKu terhadapKu. Jika
sangkaannya baik, maka Aku menilainya baik. Jika sangkaannya buruk, maka Aku
menilainya buruk". (Al-Hilyah,
9: 306)
Imam al-Bukhari meriwayatkan di
dalam Al-Adab al-Mufrad, daripada Abdul Rahman ibn Razin, katanya: Ketika
kami melalui daerah Rabzah, ada yang berkata kepada kami, "Di sinilah
tempat Salamah ibn al Akwa' r.a berada". Kami pun menemuinya dan
mengucapkan salam kepadanya. Lalu dia mengeluarkan kedua-dua belah tangannya
seraya berkata: "Aku pernah membaiah Nabi Allah SAW dengan kedua-dua
tangan ini".
Kemudian, dia mengeluarkan
telapak tangannya yang gemuk dan kasar seperti telapak kaki unta. Maka kami pun
berdiri mendekatinya dan mengucupnya. (ms. 144)
Ibnu Saad juga meriwayatkan
hadis seperti itu daripada Abdul Rahman ibn Zaid al 'Iraqi. (Tabaqat Ibn Saad,
4: 39)
Demikian juga Imam Bukhari di
dalam Al-Adab al-Mufrad meriwayatkan daripada Ibnu Jad'aan: Thabit
berkata kepada Anas r.a: "Apakah engkau pernah menyentuh Nabi SAW
dengan tanganmu"? Dia menjawab: "Ya, pernah". Lalu Thabit
mengucup tangan Anas. (ms. 144)
Imam al-Bukhari juga
meriwayatkan dalam kitab yang sama daripada Suhaib, katanya: "Aku
pernah melihat Saidina Ali r.a mengucup tangan al-Abbas r.a dan kedua-dua belah
kakinya". (ms. 144)
Diriwayatkan daripada Thabit, katanya: “Dahulu, jika aku datang kepada Anas r.a,
dia akan diberitahu mengenai kedudukanku. Lalu, aku masuk kepadanya dan
memegang kedua-dua belah tangannya serta mengucupnya”. Aku berkata: "Demi ayahku! Kedua-dua belah tangan
ini pernah menyentuh Nabi SAW". Aku juga mengucup kedua-dua belah
matanya, dan aku berkata: "Demi
ayahku! Kedua-dua mata ini pernah melihat Rasulullah SAW". (Disebutkan
oleh al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam al-Matolib al-'Aliyyah (4: 111).
Edisi Sentap! Jawapan Ibu Nur Amalina mengenai kontroversi anaknya!
Oleh Kaki Wayang on
“Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun
akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar
genius, Nur Amalina Che Bakri.
Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.
Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.
“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.
“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.
Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.
“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.
“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Edisi Hangat! JPN Keluarkan MyKad Baharu Berteknologi Tinggi!
Oleh Kaki Wayang on

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari
ini mengeluarkan MyKad baharu yang mempunyai reka bentuk dan ciri-ciri
keselamatan terkini. Antara ciri terpenting MyKad ini ialah ia diperbuat daripada bahan
polikarbonat dan menggunakan cip baru yang lebih berdaya tahan, selain
mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada
permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan.
Ketua Pengarah Datuk Jariah Mohd Said yang meninjau operasi di JPN
Putrajaya berkata, setakat pukul 10 pagi tadi, 370 permohonan telah
diproses dan 700 nombor giliran dikeluarkan kepada orang ramai.
Jariah berkata sebagai permulaan orang ramai boleh membuat MyKad
baharu di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, manakala di negeri lain akan
dimulakan secara berperingkat mulai 15 Februari depan pada harga RM10.
“MyKad baharu mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi
turisan laser pada permukaan kad selain dilengkapi dengan perlindungan
anti salin bagi mengelakkan pemalsuan berlaku,” katanya ketika ditemui
pemberita di sini.
Beliau berkata pengeluaran MyKad baharu yang mengikuti piawaian
antarabangsa, tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan
kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering
dibangkitkan akhir-akhir ini.
Selain itu, beliau yakin MyKad yang mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi itu juga dapat mengekang aktiviti pemalsuan.
Menurutnya, orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baharu itu tetapi ia bukan wajib. Sementara itu Wong Kye Sang, 76, dari Labis Johor tidak menyangka menjadi orang pertama mendapat MyKad baharu hari ini.
“Tidak sia-sia saya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 4 pagi untuk
memohon menukar MyKad baharu. Saya bertolak dari Labis, Johor seorang
diri menaiki bas dan turun di Stesen BTS sebelum mendapatkan teksi untuk
datang ke JPN Putrajaya.
BERNAMA
BERNAMA
Edisi Sentap! Serangan Balas Nur Amalina atas Isu Kontroversinya!
Oleh Kaki Wayang on
Ini jawapan Nur Amalina Che Bakri atas apa yang telah berlaku semalam..Isu kontroversinya begitu hangat diperkatakan semalam..dan inilah apa yang telah dijawab oleh beliau..
"I dont care what people say about me as i wear my pain everyday"