Edisi Hangat! Bekas Pelajar Akademi Fantasia Bakal Jadi Isteri Kedua!

Oleh Kaki Wayang on

Bekas pelajar Akademi Fantasia yang kami maksudkan bukan’lah popular mana tetapi wajah & juga nama’nya masih boleh di’ingati. Sumber yang terdekat dengan si penyanyi ini memberitahu yang persiapan untuk perkahwinan bekas pelajar Akademi Fantasia ini sedang rancak berlangsung dan yang lebih menarik, beliau akan bergelar isteri nombor dua.


Bakal suami di’khabarkan seorang anak kepada pengeluar kosmetik terkemuka di Malaysia dan hubungan mereka berdua sudah pun mendapat restu pihak keluarga dan isteri pertama. Wahh, payung emas. 

Menurut sumber juga, artis Akademi Fantasia ini juga baru sahaja pulang dari bercuti dengan kapal layar peribadi milik bakal suami di Pulau Langkawi dan rasanya boleh’lah mereka anggap ini sebagai percutian bulan madu awal. Pasangan ini di’khabarkan berkahwin pada Mac 2012. Hmm. Kita tunggu.

Rotikaya

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...