PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Sentap! Chef selebriti mengaku mencuri kat TESCO!

Oleh Kaki Wayang on

Chef selebriti, Antony Worall Thompson semalam memohon maaf kerana ‘tindakan bodoh dan tidak bertanggungjawab’ yang mengecewakan keluarganya selepas ditangkap mencuri keju dan wain dari sebuah pasar raya Tesco. Bintang rancangan Ready Steady Cook, berusia 60 tahun itu ditangkap mencuri lima kali dalam masa 16 hari di pasar raya berkenaan di Henley-on-Thames, Oxfordshire.

Worrall Thompson berkata, dia ‘kecewa’ dan akan berusaha mendapatkan rawatan yang amat diperlukannya ekoran perbuatannya itu.

Dia juga secara terbuka memohon maaf kepada Tesco dan kakitangannya di cawangan itu. Perbuatan Worrall Thompson dirakam kamera dalam pasar raya itu.

Dia gagal mengimbas kod bar beberapa barangan dan memasukkannya ke dalam beg sebelum cuba keluar dari pasar raya berkenaan. Pasukan keselamatan kemudian menahan bapa empat anak itu dan memeriksa begnya sebelum memanggil polis.

“Saya memohon maaf kerana perbuatan bodoh dan tidak bertanggungjawab saya baru-baru ini. “Saya sudah pasti kecewa kerana memalukan keluarga dan rakan. Saya akan mendapatkan rawatan yang amat saya perlukan. “Saya bukan orang pertama dan sudah pasti bukan orang yang terakhir yang melakukan perbuatan seperti itu.

“Sudah tentu saya juga memohon maaf secara ikhlas kepada Tesco dan kakitangannya di cawangan Henley. “Ramai di kalangan mereka yang saya kenal sejak beberapa tahun lalu kerana saya sudah mempunyai hubungan kerja dengan pasar raya itu sejak sekian lama. “Sekali lagi saya memohon maaf dan berharap akan mengubah tabiat buruk saya pada masa depan,” kata Worall Thompson.

Satu sumber berkata: “Dia memesan keju di kaunter, mengambil beberapa botol wain, kemudian meletakkan beberapa barang di mesin pengimbas sebelum berjalan dengan beberapa barangan lain.”

Bekas bintang siri ‘I'm A Celebrity... Get Me Out Of Here! itu ditangkap kerana disyaki mencuri dan diberi amaran.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Chef selebriti mengaku mencuri kat TESCO!

Edisi Sentap! Gara-gara tak bayar hutang..inilah jadinya!

Oleh Kaki Wayang on

LELAKI yang terdesak mengancam mengelar tebusannya.

LELAKI yang terdesak mengancam mengelar tebusannya. 

Seorang lelaki mengancam untuk membunuh tebusannya dalam dalam satu kejadian yang berkait dengan kegagalan mangsa membayar hutang. Kerana kecewa, lelaki bernama Peak itu menahan tebusan terbabit dan meletakkan parang pada lehernya di pinggir Bangkok.

Peak yang menghidap sakit buah pinggang, begitu terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar rawatan atau untuk membeli ubat apabila dia melakukan tindakan drastik itu. Polis menghabiskan masa 30 minit memujuk lelaki berkenaan yang mendakwa tebusannya tidak membayar wang yang dipinjamkannya dan dia memerlukan wang itu untuk rawatan.

Selepas berjaya mententeramkannya, polis membawa Peak ke balai polis untuk mendakwanya. Tebusan itu dibebaskan tanpa mengalami kecederaan.

P/s: Sebenarnya cara ni boleh dibuat kat orang yang tak nak bayar hutang..asyik nak meminjam je..janji akhir bulan nak bayar..bila sampai masa yang dinantikan extend sebulan lagi sampailah setahun..sengal punyer orang!!!

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gara-gara tak bayar hutang..inilah jadinya!

Edisi Sentap Mak Jemah! Jalanraya jadi tempat dulang emas!

Oleh Kaki Wayang on

GEMBIRA...Rawi Ilias menunjukkan batu untuk membaiki jalan yang mengandungi hablur emas.

GEMBIRA...Rawi Ilias menunjukkan batu untuk membaiki jalan yang mengandungi hablur emas. 

Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen.

Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.

Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin. Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai gred terbaik.

Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diselaputi emas tulen.

Idham Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas.

“Ada penduduk yang mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas dengan harga hingga RM15,000.

“Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,” katanya.

Suri rumah dari Stulang, Munawarah Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia serta suami mengumpul 40 batu bersalut hablur dipercayai emas.

“Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan. “Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu terbabit menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin.

“Sekiranya benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,” katanya.

Munawarah berkata, dia turut tahu berkaitan kesahihan yang dimaklumkan wakil kedai emas berkenaan dan berharap ia benar.

Penduduk, Mohd Diah Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit.

Menurut Diah, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu.


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap Mak Jemah! Jalanraya jadi tempat dulang emas!

Edisi Sentap! Pesan Samsung Galaxy, dapat Lesung Batu!

Oleh Kaki Wayang on

KESAL...Hazirul menunjukkan lesung batu yang diterima selepas membeli telefon bimbit secara dalam talian.

KESAL...Hazirul menunjukkan lesung batu yang diterima selepas membeli telefon bimbit secara dalam talian.
Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran. Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.
“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900. “Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.

Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50. Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli.

“Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.

“Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya.

Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.

“Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM).

Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.

“Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya.

Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit. Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.

“Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Pesan Samsung Galaxy, dapat Lesung Batu!

Edisi Hangat! Katil Tema Facebook yang menawan!

Oleh Kaki Wayang on





 

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Katil Tema Facebook yang menawan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...