
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Sentap! Gambar Sheila Marcia Tidak Berseluar Dalam Tersebar!
Oleh Kaki Wayang on
Bintang sinetron “Anugerah”, Sheila Marcia mencetuskan kontroversi
sekali lagi selepas gambar panas miripnya tanpa seluar dalam disebarkan
di internet. Ibu kepada pelakon tersebut, Maria Joseph, berkata dia tidak terkejut
apabila mendapat tahu bahawa gambar panas anaknya itu tersebar di
internet, malah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri tentang
perkara tersebut.
“Saya tidak mahu komen apa-apa tentang gambar tersebut,” ujarnya seperti dipetik daripada Detikhot semalam.
Ibu kepada pelakon berusia 22 tahun percaya bahawa perbuatan itu
dilakukan oleh pihak yang tidak suka dan ingin memalukan anak
perempuannya itu.
“Kasihan kerana mereka hanya mengotorkan diri dan hati mereka sendiri.”

Gambar-gambar panas yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter
yang menggunakan nama @Neen_martha menunjukkan Sheila sedang bergambar
di atas sinki di sebuah bilik mandi tanpa memakai seluar dalam.
Sebelum ini, Sheila yang sedang hamil lima bulan pernah mencetuskan
kontroversi apabila gambar nakalnya dengan seorang jejaka disebarkan
pada April 2011.
Kredit: MyNewsHub
Edisi Gempak! Koleksi Kad Pengenalan Perdana Menteri Malaysia!
Oleh Kaki Wayang on
Wah satu penghormatan apabila mengetahui, mendapati dan kemudiannya membuat satu artikel berkenaan dengan Koleksi Kad Pengenalan 5 Orang Perdana Menteri Malaysia.
Sila baca selanjutnya → Edisi Gempak! Koleksi Kad Pengenalan Perdana Menteri Malaysia!
Kad Pengenalan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Kad Pengenalan Tun Abdul Razak
Kad Pengenalan Tun Hussein Onn

Kad Pengenalan Tun Mahathir Mohamad

Kad Pengenalan Tun Abdullah Ahmad Badawi
Edisi Hangat! SBPA disemak semula selesai isu berbangkit - PM!
Oleh Kaki Wayang on
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula. Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang
dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan
SBPA.
"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat
kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya
dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula. Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk
melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan
dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini. Najib juga berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek
Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan
dijalankan.
"Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya.
Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, katanya.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan
tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15
Januari ini, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur
persaraan pada 60 tahun pada 30 Disember lepas.
Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember
lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal
dalam skim perkhidmatan yang lama. Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada
empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi;
Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.
Edisi Sentap! Kontroversi Lagi!
Oleh Kaki Wayang on
TAK LAYAK...Dayoub tidak melalui tempoh ‘cooling-off’ selama dua tahun yang ditetapkan FAM.
KISAH kontroversi pemain import terus mendapat perhatian apabila
pertikaian terbaru membabitkan pemain import Selangor dari Lubnan, Ramez
Dayoub dan Mohammed Ghaddar yang kini beraksi bersama Kelantan, turut
dikatakan tidak menepati piawaian ditetapkan Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM).
Isu itu kini hangat dibincangkan di kalangan peminat bola sepak
tanah air yang mula mempersoalkan status dua pemain import itu yang
didakwa melanggar peraturan pengambilan pemain import Liga Malaysia.
Dayoub yang sebelum ini mewakili kelab Myanmar, Magway pada 2011, sepatutnya tidak layak bermain di negara ini kerana tidak melalui tempoh ‘cooling-off’ selama dua tahun yang ditetapkan FAM untuk pemain beraksi dalam mana-mana liga di negara Asean.
Perkara 17 peraturan FAM memaklumkan pemain import yang bermain
atau pernah bermain dalam mana-mana liga Asia Tenggara perlu melalui
tempoh ‘cooling-off’ dengan kontrak terakhir mereka perlu tamat sebelum
atau pada 7 Disember 2009 sebelum dibenarkan beraksi untuk pasukan
Liga-M 2012.
Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Hamidin Mohd Amin yang ditanya perkara itu berkata, walaupun Dayoub beraksi dalam liga Asean, pemain itu dibenarkan bermain untuk Selangor kerana dia mewakili skuad kebangsaan negara asalnya yang mempunyai ranking lebih tinggi berbanding Malaysia.
“Dalam peraturan ada klausa yang seseorang pemain itu dibenarkan beraksi jika pasukan negara asalnya mempunyai ranking lebih tinggi berbanding Malaysia. Dalam hal ini, Lubnan menduduki ranking lebih tinggi berbanding Malaysia.
“Ranking ini kita ambil kira ranking tahun lalu, tapi yang pasti
ranking Lubnan lebih tinggi daripada Malaysia,” katanya yang juga
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Bagaimanapun apa yang mengelirukan, perkara 5.3 FAM pula menyatakan hanya pemain kebangsaan dari negara yang menduduki ranking lebih tinggi berbanding Malaysia setakat 24 Ogos 2011 dibenarkan beraksi dalam Liga-M 2012.
Sedangkan rekod ranking Fifa pada Ogos 2011 menunjukkan Lubnan
menduduki tangga ke-160 manakala Malaysia ke-146. Lubnan hanya
memperbaiki ranking dengan berada di tangga ke-146, satu tangga lebih
baik berbanding Malaysia, pada September 2011.
Jika perkara 5.3 itu turut dikenakan kepada semua pemain import, sudah pasti ia turut membabitkan rakan senegaranya, Ghaddar yang beraksi dengan Kelantan walaupun dia beraksi dalam liga divisyen satu Asia sebelum ini, bersama kelab Al-Jaish dari Syria.
Ternyata isu terbaru ini juga perlu diberikan penjelasan oleh JKPT yang akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat khas hari ini memandangkan masih ada perkara berbangkit dalam pengambilan pemain import bagi mengelakkan sebarang salah faham.
Edisi Pelik! Janda Serumah Dengan Kuda!
Oleh Kaki Wayang on
LADY GREY TOO yang berusia tiga tahun, diberi minuman oleh Stephanie di ruang tamu rumah wanita itu di Back, Scotland.
Seorang wanita bertegas enggan berpindah atau mengubah cara hidupnya
walaupun tindakannya hidup bersama seekor kuda kecil dibantah jiran. Di sebuah rumah separa berkembar sederhana di kawasan terpencil di
Back, Pulau Lewis, Scotland, Stephanie Noble memilih untuk menjaga kuda
itu sebagai teman hidupnya.
Janda penggemar haiwan itu berkata, kuda berkenaan - dinamakannya Grey Lady Too terpaksa menginap di ruang tamu rumah selepas jiran mengadu haiwan berkenaan memakan tanamannya. Stephanie, 60-an, menyediakan ‘tilam’ diperbuat daripada jerami untuk Grey Lady Too, selain menggunakan kerusinya menjadi tempat meletak makanan untuk haiwan berkenaan.
Stephanie juga menyediakan 60 kilogram pasir dan empat guni tahan lasak untuk membolehkan kuda berkenaan membuang najis. Disebabkan cara hidupnya yang luar biasa itu, Stephanie berdepan dengan pelbagai rungutan daripada penduduk berhampiran.
Dia juga beberapa kali menerima lawatan pihak berkuasa tempatan serta pertubuhan kebajikan haiwan Scotland. Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan berkata, mereka tidak boleh bertindak kerana Grey Lady Too tinggal di rumah Stephanie.
Stephanie pula berkata, dia berhak melakukan apa saja di rumahnya.
“Ini harta saya. Jika saya mahu menyimpan gajah di sini pun, tiada siapa boleh melarang,” katanya.
Menurut Stephanie, dia tidak melihat perbuatannya memudaratkan kudanya.
“Sebenarnya, tidak normal untuk seseorang memelihara burung dalam sangkar, kerana burung sepatutnya terbang bebas.
“Mengapa tiada sesiapa merungut mengenai itu?” katanya.
Janda penggemar haiwan itu berkata, kuda berkenaan - dinamakannya Grey Lady Too terpaksa menginap di ruang tamu rumah selepas jiran mengadu haiwan berkenaan memakan tanamannya. Stephanie, 60-an, menyediakan ‘tilam’ diperbuat daripada jerami untuk Grey Lady Too, selain menggunakan kerusinya menjadi tempat meletak makanan untuk haiwan berkenaan.
Stephanie juga menyediakan 60 kilogram pasir dan empat guni tahan lasak untuk membolehkan kuda berkenaan membuang najis. Disebabkan cara hidupnya yang luar biasa itu, Stephanie berdepan dengan pelbagai rungutan daripada penduduk berhampiran.
Dia juga beberapa kali menerima lawatan pihak berkuasa tempatan serta pertubuhan kebajikan haiwan Scotland. Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan berkata, mereka tidak boleh bertindak kerana Grey Lady Too tinggal di rumah Stephanie.
Stephanie pula berkata, dia berhak melakukan apa saja di rumahnya.
“Ini harta saya. Jika saya mahu menyimpan gajah di sini pun, tiada siapa boleh melarang,” katanya.
Menurut Stephanie, dia tidak melihat perbuatannya memudaratkan kudanya.
“Sebenarnya, tidak normal untuk seseorang memelihara burung dalam sangkar, kerana burung sepatutnya terbang bebas.
“Mengapa tiada sesiapa merungut mengenai itu?” katanya.








