Bintang sinetron “Anugerah”, Sheila Marcia mencetuskan kontroversi
sekali lagi selepas gambar panas miripnya tanpa seluar dalam disebarkan
di internet. Ibu kepada pelakon tersebut, Maria Joseph, berkata dia tidak terkejut
apabila mendapat tahu bahawa gambar panas anaknya itu tersebar di
internet, malah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri tentang
perkara tersebut.
“Saya tidak mahu komen apa-apa tentang gambar tersebut,” ujarnya seperti dipetik daripada Detikhot semalam.
Ibu kepada pelakon berusia 22 tahun percaya bahawa perbuatan itu
dilakukan oleh pihak yang tidak suka dan ingin memalukan anak
perempuannya itu.
“Kasihan kerana mereka hanya mengotorkan diri dan hati mereka sendiri.”
Gambar-gambar panas yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter
yang menggunakan nama @Neen_martha menunjukkan Sheila sedang bergambar
di atas sinki di sebuah bilik mandi tanpa memakai seluar dalam.
Sebelum ini, Sheila yang sedang hamil lima bulan pernah mencetuskan
kontroversi apabila gambar nakalnya dengan seorang jejaka disebarkan
pada April 2011.
Kredit: MyNewsHub