Oh ada gossip baru berlegar di sebalik penceraian Hattan dan ini bukan calang calang gossip. Semua orang tertanya tanya akan punca sebenar penceraian Hattan & Farah Asyikin yang perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama 2 bulan.
Hattan sehingga ke hari ini masih tidak mengeluarkan apa apa
kenyataan kepada media namun peminat sendiri nampaknya jumpa beberapa
gossip menarik.
Seorang penggiat forum hiburan terkenal, Cari kongsikan sebuah blog
yang di’dakwa milik Farah Asyikin namun kini sudah di’godam oleh mereka
yang tidak berpuas hati terhadap beliau & suami, Hattan. Dan,
individu yang tidak dapat di’pastikan identiti ini telah mendedahkan
beberapa masalah pasangan suami isteri yang bernikah pada November 2011
lalu. Farah Asyikin di’dakwa berhutang dalam jumlah yang banyak kepada
seseorang dan penggodam itu meminta beliau untuk menggunakan suami,
Hattan untuk membayar segala hutang piutang beliau.
Bukan itu sahaja, Farah Asyikin juga di’dakwa pernah mengandung hasil
hubungan bersama seorang kekasih berbangsa asing ketika berada di
Jakarta, Indonesia dan menggugurkan kandungan tersebut.
Jika benar apa yang di’dakwa oleh penggodam blog Farah Asyikin ini,
bermakna wanita ini memang mempunyai masalah peribadi yang agak dahsyat
sebelum berkahwin dengan Hattan. Hmm.
Kredit: MyNewsHub