PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Sentap! Peminat 1Phone 4S berang!
Oleh Kaki Wayang on
Sebilangan peminat gajet Apple naik berang, selepas pelancaran 
telefon pintar iPhone 4S dibatalkan berikutan kehadiran pelanggan yang 
terlalu ramai. Sehubungan itu, orang ramai bertindak membaling telur ke arah kedai 
rangkaian Apple di sebuah pusat beli belah di daerah Sanlitun, semalam.
Beratus-ratus pelanggan termasuk antara 20 dan 30 pekerja asing yang 
diupah sanggup beratur dalam keadaan cuaca sejuk bagi menunggu 
pelancaran gajet tersebut.
Apabila kedai yang dijangka dibuka pada pukul 7 pagi waktu tempatan 
itu tidak dibuka dan pelancaran telefon 
pintar itu dibatalkan, orang 
ramai mula naik berang lalu membaling telur ke arah premis terbabit. Sehubungan itu, polis mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan premis dan menutupnya dengan meletakkan pita kuning.
Menurut jurucakap Apple, Carolyn Wu, jumlah pelanggan yang terlalu ramai menyebabkan stok telefon terbabit tidak mencukupi.
"Premis Apple di pusat beli belah Sanlitun tidak akan dibuka dan 
iPhone 4S tidak akan dijual buat sementara waktu di rangkaian kedai 
Apple di Beijing dan Shanghai berikutan jumlah pelanggan yang terlalu 
ramai, namun orang ramai boleh menempahnya secara dalam talian," 
katanya.
Edisi Hangat! Datuk Lee Chong Wei Juara Badminton Terbuka Malaysia 2012
Oleh Kaki Wayang on
Seperti yang telah diramalkan, pemain badminton perseorangan negara, 
Datuk Lee Chong Wei, 29,  hari ini muncul juara Terbuka Malaysia 
menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago di Stadium Putra Bukit Jalil.
Chong Wei yang juga juara All England, sebelum  menundukkan Tago 
21-6, 21-13 telah mengenepikan Chen Long pada peringkat separuh akhir 
malam tadi dalam pertarungan sengit selama satu jam, 15 minit sebelum 
menang dengan keputusan 21-18, 12-21, 21-13.
Dengan kemenangan ke atas Tago, Chong Wei berjaya menyamakan rekod 
yang dipegang legenda badminton negara, Wong Peng Soon yang menjadi 
juara terbanyak Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali.
Edisi Sentap! Mayat pekerja asing dalam beg di lapangan terbang!
Oleh Kaki Wayang on
Sebuah persatuan pekerja Filipina di Asia Barat semalam mendesak 
pihak berkuasa negara itu  menyiasat kematian ngeri seorang pekerja 
asing yang tiba di bandar raya ini dari Bahrain.
Nidzmar Bahjin, 20, kembali ke Filipina dari Bahrain Selasa lalu. 
Tetapi, keesokannya, mayatnya ditemui dalam beg pakaian yang 
ditinggalkan di tempat letak kereta di Terminal 2, Lapangan Terbang 
Ninoy Aquino.
Pembunuhan ngeri itu bukan saja memeranjatkan keluarga tetapi juga mencetuskan kebimbangan di kalangan pekerja asing Filipina yang tiba di negara asal mereka menerusi lapangan terbang berkenaan.
Polis di Pasay City berkata, Nidzmar, wanita Islam yang berasal dari Sulu itu, dipercayai diculik sebelum dicekik hingga mati.
Edisi Sentap! Lagu DARA - Lagu Baru Ariel Peterpen ke corong radio
Oleh Kaki Wayang on

Ariel Peterpan yang dipenjarakan atas kes salahlaku video seks 
sekitar 2 tahun lalu tidak membataskan dirinya dalam bidang penciptan 
lagu. Terkini, sebuah lagu berjudul Dara telah dimainkan di radio 
Indonesia setelah memperoleh kebenaran daripada pihak berkuasa di sana.
Difahamkan, lagu Dara ini dicipta sebagai tanda penghargaan kepada 
Luna Maya dan teman-teman yang selama ini memberikan sokongan moral 
kepada dia. Ariel telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun serta denda 
sebanyak RM850000.
Sekaligus, Dara menjadi pengubat rindu buat peminat Ariel Peterpan.
Edisi Simpati! Wardina Safiyyah Ceritakan Pengalaman ketika dirompak - FULL STORY!
Oleh Kaki Wayang on
Mereka merompak “perasaan selamat” saya
Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng 
menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas
 mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya 
dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh
 saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak 
ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek 
saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin
 nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, 
tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini 
bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan 
sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa
 akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya 
akan diapa-apakan?
Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada 
nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati 
diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi
 tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai
 ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama 
cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa 
saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu 
memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan 
nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana 
memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.
Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori 
ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk
 yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam 
ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh 
bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan 
menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. 
Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan 
kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur 
seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya 
gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur 
Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , 
membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” 
“Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.
Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? 
Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan 
kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” 
dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan 
sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika 
sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami 
tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya
 kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka
 selimut saya.
Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, 
saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah 
saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya.
 Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari
 kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya 
memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan
 letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin 
mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah 
memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik 
Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! 
Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.
“Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama 
Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan
 Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata 
Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, 
Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini 
bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. 
Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel 
sepertinya. 
“Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama
 selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami 
bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka 
disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan
 Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.
Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng 
bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak
 ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. 
Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya 
amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya 
melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. 
Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib 
orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji 
Allah itu benar, ini bukan janji manusia.
Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan perompak ini, “Saya tak
 pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih 
perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk 
Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat 
aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu. 
Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.
Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta 
saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah 
saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini 
mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak 
tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas
 meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat 
berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada 
disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun 
di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau
 muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma 
diam.
Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh 
Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq 
menyusul.
“Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan. Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
(Quran, Al-Falaq:1-5)
Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. 
Akhirnya semua ini milik Allah jua “Ya Allah yang memiliki hati manusia,
 timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa 
saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna 
ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara 
tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak 
menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya 
Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak 
kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya 
untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.
Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat 
tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu
 bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. 
Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.
Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan 
jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa 
bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi 
emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan 
Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”
Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya 
benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada 
Amna di artikel seterusnya! Ianya untuk anda fikirkan juga.
Yang masih trauma,
Wardina
Artikel asal di Wardina Saffiyah Official Page





