PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Jenayah! Kepala manusia ditemui di bawah papan tanda Hollywood!

Oleh Kaki Wayang on

Satu kepala manusia ditemui di laluan pendaki menuju ke papan tanda Hollywood yang menjadi simbol ikon berjuta-juta pelancong setiap tahun, kata polis semalam.

Setakat ini polis masih cuba mengesan identiti kepala berkenaan yang ditemui dua wanita dalam satu beg lewat kelmarin.

Menurut sumber, wanita terbabit membawa anjing mereka bersiar-siar ketika terjumpa kepala berkenaan.
Katanya, wanita itu melihat anjing mereka bermain-main dengan satu objek yang mencurigakan.

“Apabila diperiksa, mereka mendapati objek itu adalah kepala manusia,” katanya.

Stesen televisyen ABC7 melaporkan, kepala itu “agak baru.” Sementara itu, akhbar LA Times melaporkan, kepala berkenaan adalah milik seorang lelaki Amerika keturunan Armenia berusia 40-an.

Polis mengawal ketat kawasan berkenaan dan akan meneruskan usaha mencari anggota tubuh lain. Kawasan pinggir gunung di sekitar papan tanda Hollywood berselirat dengan laluan pendaki, penunggang kuda dan pelancong yang cuba menjejaki simbol Tinsel Town berkenaan.

Ia boleh dilihat beberapa kilometer dari utara Los Angeles.
Sila baca selanjutnyaEdisi Jenayah! Kepala manusia ditemui di bawah papan tanda Hollywood!

Edisi Sentap! Gadis menyamar lelaki demi cinta sejenis!

Oleh Kaki Wayang on

Seperti remaja normal, Gemma Barker kelihatan meminati kumpulan penyanyi lelaki, gemar siri televisyen dan mengimpikan hidup sebagai pelakon. Namun, di sebalik penampilan sopan itu, remaja berusia 19 tahun berkenaan menjalani hidup songsang yang mendorongnya menyamar sebagai lelaki semata-mata untuk bercinta dengan dua teman wanita yang memberahikannya.

Melalui helahnya itu, Gemma tampil sebagai remaja lelaki supaya dapat berasmara dengan dua mangsanya - masing-masing berusia 15 dan 16 tahun. Gemma memiliki tiga identiti palsu, iaitu Aaron Lampard, Connor McCormack dan Luke Jones. Menurut sumber, Gemma memperdaya mangsanya dengan bercakap dan berkelakuan seperti budak lelaki.

Dia juga sering memakai pakaian longgar dan bertopi bagi melindungi bentuk fizikal sebenarnya. “Gemma membuka akaun Facebook menggunakan identiti Lampard, McCormack dan Jones dengan setiap satu menampakkan personaliti tersendiri,” katanya.

Sumber melaporkan, Gemma mengelirukan semua rakan dan keluarganya dengan menampilkan diri sebagai tiga remaja lelaki berbeza. “Mangsa digoda walaupun kedua-dua mereka belajar di sekolah sama,” katanya.

Akhirnya penyamaran Gemma terbongkar apabila mangsa itu mengesyaki mereka berkongsi ‘teman lelaki.’ “Seorang daripada mereka membuka topi Gemma ketika dia tidur dalam bilik dan menyedari ‘lelaki’ terbabit adalah orang yang sama dikenali sebagai Lampard dan bercinta dengan rakan mangsa,” katanya.

Polis kemudian menahan Gemma kerana disyaki melakukan serangan seksual.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gadis menyamar lelaki demi cinta sejenis!

Edisi Sentap! Pengakuan Sumpah "Kami Berdamai" - Azwan Ali

Oleh Kaki Wayang on



Ekoran mesej berbaur ugutan menerusi laman Twitter, Azwan, yang terkenal sebagai selebriti yang sering mewujudkan kontroversi telah disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar Ummi Hafilda.

Difahamkan Azwan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

Sebelum ini, Ummi Hafilda berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri. Dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Dalam pada itu, akuan bersumpah yang dibaca Azwan di hadapan media antara lainnya menyebut, beliau tidak akan lagi menghina, mengeji dan mengaibkan peribadi yang mungkin membawa fitnah dasyat kepada Ummi.

"Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak... sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.

"Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan," katanya.

Dalam pada itu, Ummi sekali lagi merayu kepada abangnya Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR supaya kembali ke pangkuan keluarga yang beliau tinggalkan semata-mata untuk berjuang demi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut merayu kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar mengembalikan abangnya yang lama tidak pulang ke rumah ibu mereka, hampir lima bulan.

"Kalau Anwar dah hitam hatinya untuk balik ke pangkal jalan, jadi saya menyeru pada kak Wan, jangan kerana suami dia, banyak keluarga berpecah-belah, adik-beradik bergaduh kerana seorang manusia.

"Sebagai seorang isteri dan ibu Kak Wan tentu faham perasaan ibu kami. Apa kak Wan rasa bila anak tak balik rumah lima bulan kerana orang lain. Siapa Anwar? Dia bukan adik beradik kami. Jadi saya merayu, please Kak Wan. Tolonglah perbetulkan keadaan," katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Pengakuan Sumpah "Kami Berdamai" - Azwan Ali

Edisi Sentap! Aksi Baling Kerusi Ketika Penyerahan Dana BR1M!

Oleh Kaki Wayang on

Penyerahan wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia Parlimen Petaling Jaya Utara di SMK Perempuan Sri Aman dekat sini kecoh selepas 150 pemohon yang layak tidak dapat menuntut wang masing-masing kerana ketiadaan surat pengesahan.

Beberapa insiden baling kerusi dilaporkan berlaku menyebabkan polis terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.

Rata-rata pemohon kesal dengan pihak penyelaras parlimen kerana gagal menyerahkan surat pengesahan kepada 150 pemohon menyebabkan mereka terpaksa menunggu lama.

Keadaan kecoh mula reda selepas pihak Bank Simpanan Nasional membenarkan pemohon menggunakan kad pengenalan untuk menuntut wang masing-masing.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Penyelaras Dun Kampung Tunku Kelvin Chong memberitahu dia tidak mempunyai kuasa untuk menyerahkan surat terbabitkan melainkan ianya diuruskan oleh penyelaras parlimen.
“Kami faham penduduk marah tentang hal ini, jadi saya bagi pihak parlimen turut memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku,”katanya

Menurutnya lagi, mereka yang menghadapi kesulitan boleh menghubungi pejabatnya selepas ini.

Difahamkan seramai 2948 pemohon BR1M Fasa 1 Dewan Undangan Negeri (Dun) Kampung Tunku layak menerima bantuan melalui permohonan yang dibuat dari 10 Disember hingga 20 Disember tahun lalu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Aksi Baling Kerusi Ketika Penyerahan Dana BR1M!

Edisi Kaki Wayang! Elfira Loy DiKutuk Peminat Randy Pangalila!

Oleh Kaki Wayang on

Gandingan bersama pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila dan pelakon yang namanya kian naik dengan lakonan dalam drama dan filem, Elfira Loy, 17, dalam drama ‘Biar Mimpi Sampai Ke Bintang’ pelakon ini dihentam teruk menerusi laman sosial dan blog-blog. Kebanyakkan komen, sesetengah pihak yang menyifatkan Elfira tidak layak menjadi heroin kepada Randy apabila ada yang mengatakan dia tidak secantik pelakon sinetron di Indonesia.

Ada juga berpendapat adegan romantik dalam drama itu yang menyebabkan peminat pelakon yang popular dengan siri ‘Nada Cinta‘ berang terhadap Elfira.


Elfira yang tenang saja sebaliknya telah menjangkakan ia akan berlaku. Kata Elfira, dia sedar Randy adalah pelakon popular dan mempunyai ramai peminat sama ada di Malaysia, Singapura, Brunei mahupun di Indonesia.

“Saya hanya ketawa apabila mengetahui ramai peminat Randid mengutuk saya di laman sosial dan sudah mengagak perkara tersebut akan terjadi.

“Kami hanya berlakon dalam satu drama dan tidak ada apa-apa berlaku di antara kami.

“Saya memandang positif terhadap apa-apa juga perkara negatif yang diperkatakan mengenai saya dan tidak mahu mengambil serius mengenai perkara itu,” ujarnya dipetik sebagai berkata.
Sila baca selanjutnyaEdisi Kaki Wayang! Elfira Loy DiKutuk Peminat Randy Pangalila!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...