Gandingan bersama pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila dan
pelakon yang namanya kian naik dengan lakonan dalam drama dan filem,
Elfira Loy, 17, dalam drama ‘Biar Mimpi Sampai Ke Bintang’ pelakon ini
dihentam teruk menerusi laman sosial dan blog-blog. Kebanyakkan komen,
sesetengah pihak yang menyifatkan Elfira tidak layak menjadi heroin
kepada Randy apabila ada yang mengatakan dia tidak secantik pelakon
sinetron di Indonesia.
Ada juga berpendapat adegan romantik dalam drama itu yang menyebabkan peminat pelakon yang popular dengan siri ‘Nada Cinta‘ berang terhadap Elfira.
Elfira yang tenang saja sebaliknya telah menjangkakan ia akan berlaku. Kata Elfira, dia sedar Randy adalah pelakon popular dan mempunyai
ramai peminat sama ada di Malaysia, Singapura, Brunei mahupun di
Indonesia.
“Saya hanya ketawa apabila mengetahui ramai peminat Randid
mengutuk saya di laman sosial dan sudah mengagak perkara tersebut akan
terjadi.
“Kami hanya berlakon dalam satu drama dan tidak ada apa-apa berlaku di antara kami.
“Saya memandang positif terhadap apa-apa juga perkara negatif
yang diperkatakan mengenai saya dan tidak mahu mengambil serius mengenai
perkara itu,” ujarnya dipetik sebagai berkata.