
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Kaki Wayang! Winter Sonata ke pentas teater!
Oleh Kaki Wayang on

CHOI JI WOO
TIDAK dapat dinafikan drama bersiri popular Winter Sonata merupakan
perintis terhadap kegilaan peminat drama terhadap drama Korea.
Sehingga ke hari ini, drama cinta lakonan Choi Ji Woo dan Bae Yong
Joon itu masih kekal di carta pertama drama Korea yang harus ditonton
meskipun selepas 10 tahun drama itu ditayangkan.
Pada 14 Januari lalu, aktres Choi Ji Woo yang memegang watak wanita
utama sebagai Jeong Yoo Jin telah meraikan ulang tahun ke-10 drama
tersebut sambil memberi semangat kepada barisan pelakon untuk teater
muzikal Winter Sonata yang diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Yoon
Suk Ho.
“Sebagai aktres yang membawakan watak utama dalam Winter Sonata satu
memori yang tidak dapat dilupakan. Malah, sehingga ke hari ini saya
masih ingat beberapa dialog yang dilontar dalam drama Winter Sonata.
“Apabila melihat drama yang sama dipentaskan ke pentas teater dan ia
sebuah teater yang berjaya, saya rasa sungguh bangga kerana saya juga
sebahagian daripada Winter Sonata,” ucapnya.
Pementasan muzikal Winter Sonata mendapat sambutan yang hangat
meskipun setiap watak dalam pementasan itu dilakonkan oleh pelakon yang
lain.
Edisi Kaki Wayang! Kung Fu Komedi Melayu: Petaling Street Warrior
Oleh Kaki Wayang on
Filem Mandarin, Petaling Street Warriors yang diterbitkan pada
penghujung Disember lalu, adalah filem bergenre kungfu komedi terbitan
Juita Entertainment yang berjaya menjuarai carta Chinese Box Office pada
minggu pertama tayangannya mengatasi kehebatan filem Hong Kong yang
berjudul Magic To Win.
Filem ini mengambil acuan daripada filem kungfu yang banyak
diterbitkan di Hong Kong lalu diserap masuk dalam Petaling Street
Warriors iaitu filem Malaysia yang menggunakan bahasa Cina sepenuhnya.
Mulai 12 Januari lalu, filem itu ditayangkan di Astro First selama
sebulan dan khusus untuk penonton yang melanggan saluran itu, Petaling
Street Warrior dialih suara ke bahasa Melayu menggunakan suara pengalih
suara tempatan yang berpengalaman.
Filem arahan James Lee itu memilih Seputeh, Perak sebagai lokasi utama filem ini. Penggambaran yang memakan masa selama sebulan setengah dengan bajet RM3 juta, meletakkan Petaling Street Warrior sebagai filem Cina tempatan termahal pernah diterbitkan di Malaysia.
Filem arahan James Lee itu memilih Seputeh, Perak sebagai lokasi utama filem ini. Penggambaran yang memakan masa selama sebulan setengah dengan bajet RM3 juta, meletakkan Petaling Street Warrior sebagai filem Cina tempatan termahal pernah diterbitkan di Malaysia.
Bagi menjanjikan yang terbaik kepada peminat filem, penerbit, Sampson Yuan, menggunakan khidmat koreografer aksi lasak terkenal dari Hong Kong, Ma Yuk Sing. Antara babak aksi lasak yang dihasilkannya boleh ditonton menerusi filem Storm Riders 2 dan A Chinese Ghost Story.
Berlatarkan situasi di Jalan Petaling (Petaling Street) sekitar 1908, filem ini mengisahkan Shi Duyao (lakonan Mark Lee), seorang penjual mi Hokkien di sebuah warung di Jalan Petaling. Dia tidak tahu yang dia sebenarnya adalah pewaris Kerajaan Jianwen dari Dinasti Ming yang sudah melarikan diri ke Asia Tenggara beratus tahun dulu.
Isterinya, Zhung Li Chun (Yeo Yann Yann), secara rahsia cuba melindungi Shi Duyao dengan bantuan sepupunya Liu Kun (Namewee). Sering diganggu oleh penjahat yang mencari peta harta karun, Shi Duyao harus memahirkan diri dengan seni mempertahankan diri, Kungfu Dara (Virgin Kungfu Skills) secepat yang mungkin bagi menentang penjahat itu.
Edisi Sentap! Britney Miliki Selera Seksual yang Besar dan Tanpa Batas!
Oleh Kaki Wayang on
Britney Spears berdepan dengan dakwaan panas sebuah buku yang
menjanjikan pendedahan sensasi mengenai kehidupan seks liar penyanyi
terbabit. Bekas pengawal Britney, Fernando Flores, berkata dia sedia
menceritakan aksi seks liar penyanyi berkenaan ketika konsert jelajah
Toxic dua tahun lalu.
Mendakwa menerima kontrak berjuta-juta ringgit dengan sebuah penerbit buku, Flores, 31, berkata buku berkenaan akan dilancarkan sempena perkahwinan Britney dengan Jason Trawick, 40. Ia adalah perkahwinan ketiga Britney setakat ini.
Menurut bekas polis itu, Britney memiliki selera seksual besar dan tanpa batas.
“Saya pernah mendengar cerita mengenai aksi seksnya bersama dua yang lain secara serentak serta pelbagai pengalaman yang boleh menyebabkan bulu roma anda terpacak. “Dia memiliki ramai penari muda dan kelihatan menarik sepanjang siri konsertnya dan keadaan boleh menjadi tidak terkawal.
“Di sana mereka mengadakan pesta arak, dadah dan sesi berahi serta pelbagai aktiviti lain,” katanya.
Flores menceritakan kepada kawannya bagaimana Britney berfoya-foya dengan sekumpulan wanita.
“Saya ada dalam bilik mandi Britney ketika ternampak gambarnya bersama beberapa wanita dalam keadaan berahi. “Kata Britney, gambar itu dirakam ketika dia mengadakan siri konsert dan keadaan menjadi tidak terkawal,” katanya.
Flores bekerja untuk Britney, 30, pada 2010 dan kini menyaman penyanyi terbabit atas tuduhan serangan seksual. Kata Flores, Britney secara berulang kali berbogel di depannya dan cuba mengajaknya ke ranjang. Flores memulakan saman itu pada 2010 dan dijadual didengar di mahkamah tahun ini.
Edisi Gosip! Dengarnya...Neelofa temani Hans Isaac!
Oleh Kaki Wayang on
Hans dan Neelofa.
TAHNIAH buat Awie dan Ella yang memberikan kenangan manis kepada
penonton konsert mereka berdua di Istana Budaya (IB), tempoh hari.
Sepanjang empat hari Cik Normah dengar tempat duduk hampir penuh.
Sudah tentu selain orang kuat IB, Datuk Juhari Shaarani, Hans Isaac selaku pencetus dan penggerak persembahan mega menggabungkan dua ikon popular ini tersenyum lebar. Mana taknya, penat lelah sepanjang empat bulan berbaloi.
Sudah tentu selain orang kuat IB, Datuk Juhari Shaarani, Hans Isaac selaku pencetus dan penggerak persembahan mega menggabungkan dua ikon popular ini tersenyum lebar. Mana taknya, penat lelah sepanjang empat bulan berbaloi.
Dalam rasa terkilan kerana berasakan ada pihak cuba mensabotaj beberapa
siri produksi terbitannya seperti diluah pada sidang media pada malam
pembukaan, ada sesuatu yang pastinya membuatkan perasaan Hans reda
sedikit.
Bukan apa, ada mata-mata yang sudah ternampak kelibat bintang Azura
2011, Neelofa, pada malam pembukaan hadir memberi sokongan moral kepada
teman tapi mesra yang pernah digosipkan dengannya itu.
Memang kalau setakat mengikuti konsert, tiadalah orang berbisik-bisik kerana ramai lagi selebriti lain yang menjejakkan kaki ke konsert terbabit sepanjang empat malam persembahan. Tetapi dalam kes Neelofa, situasinya agak pelik sedikit.
Iyalah, buat apa dia mahu menyorok di tempat kru makan sebaik konsert berakhir? Bukan satu dua mata yang ternampak kelibatnya berada di lokasi tersorok yang juga di belakang tempat sidang media berlangsung.
Walau dalam sebuah akhbar si genit itu menyatakan antara mereka tiada hubungan intim, ramai sudah dapat mengagak dalam hati mereka ada taman yang mekar. Lagi pun, masing-masing masih solo, apa nak takut? Patutlah Hans meminta diri awal, mungkin mahu menemani si dia makan di tempat lain. Iyalah, di situ ramai orang.
Memang kalau setakat mengikuti konsert, tiadalah orang berbisik-bisik kerana ramai lagi selebriti lain yang menjejakkan kaki ke konsert terbabit sepanjang empat malam persembahan. Tetapi dalam kes Neelofa, situasinya agak pelik sedikit.
Iyalah, buat apa dia mahu menyorok di tempat kru makan sebaik konsert berakhir? Bukan satu dua mata yang ternampak kelibatnya berada di lokasi tersorok yang juga di belakang tempat sidang media berlangsung.
Walau dalam sebuah akhbar si genit itu menyatakan antara mereka tiada hubungan intim, ramai sudah dapat mengagak dalam hati mereka ada taman yang mekar. Lagi pun, masing-masing masih solo, apa nak takut? Patutlah Hans meminta diri awal, mungkin mahu menemani si dia makan di tempat lain. Iyalah, di situ ramai orang.
Edisi Jenayah! Kepala manusia ditemui di bawah papan tanda Hollywood!
Oleh Kaki Wayang on
Satu kepala manusia ditemui di laluan pendaki menuju ke papan tanda
Hollywood yang menjadi simbol ikon berjuta-juta pelancong setiap tahun,
kata polis semalam.
Setakat ini polis masih cuba mengesan identiti kepala berkenaan yang ditemui dua wanita dalam satu beg lewat kelmarin.
Menurut sumber, wanita terbabit membawa anjing mereka bersiar-siar ketika terjumpa kepala berkenaan.
Katanya, wanita itu melihat anjing mereka bermain-main dengan satu objek yang mencurigakan.
“Apabila diperiksa, mereka mendapati objek itu adalah kepala manusia,” katanya.
Stesen televisyen ABC7 melaporkan, kepala itu “agak baru.” Sementara itu, akhbar LA Times melaporkan, kepala berkenaan adalah milik seorang lelaki Amerika keturunan Armenia berusia 40-an.
Polis mengawal ketat kawasan berkenaan dan akan meneruskan usaha
mencari anggota tubuh lain. Kawasan pinggir gunung di sekitar papan
tanda Hollywood berselirat dengan laluan pendaki, penunggang kuda dan
pelancong yang cuba menjejaki simbol Tinsel Town berkenaan.
Ia boleh dilihat beberapa kilometer dari utara Los Angeles.






