Edisi Kaki Wayang! Winter Sonata ke pentas teater!

Oleh Kaki Wayang on

CHOI JI WOO 

TIDAK dapat dinafikan drama bersiri popular Winter Sonata merupakan perintis terhadap kegilaan peminat drama terhadap drama Korea.

Sehingga ke hari ini, drama cinta lakonan Choi Ji Woo dan Bae Yong Joon itu masih kekal di carta pertama drama Korea yang harus ditonton meskipun selepas 10 tahun drama itu ditayangkan.

Pada 14 Januari lalu, aktres Choi Ji Woo yang memegang watak wanita utama sebagai Jeong Yoo Jin telah meraikan ulang tahun ke-10 drama tersebut sambil memberi semangat kepada barisan pelakon untuk teater muzikal Winter Sonata yang diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Yoon Suk Ho.

“Sebagai aktres yang membawakan watak utama dalam Winter Sonata satu memori yang tidak dapat dilupakan. Malah, sehingga ke hari ini saya masih ingat beberapa dialog yang dilontar dalam drama Winter Sonata.

“Apabila melihat drama yang sama dipentaskan ke pentas teater dan ia sebuah teater yang berjaya, saya rasa sungguh bangga kerana saya juga sebahagian daripada Winter Sonata,” ucapnya.

Pementasan muzikal Winter Sonata mendapat sambutan yang hangat meskipun setiap watak dalam pementasan itu dilakonkan oleh pelakon yang lain.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...