PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Al-Fatihah! Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia!

Oleh Kaki Wayang on

Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Sepsis

Ini berita terbaru yang kami baca melalui Twitter dan Facebook. Aril AF7(adik Izwan Pilus), Zahid dan Aznil Hj Nawawi melalui akaun mereka menulis yang Izwan Pilus baru sahaya menghembus nafas terakhir beliau sekitar jam 6.15 petang hari ini.

Dikatakan Izwan Pilus yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah kembali ke rahmatullah pada 6.15 petang (20 Januari 2012) akibat daripada ada jangkitan kuman dalam darah di Hospital Ampang.

Penyanyi popular Khairul Izwan Pilus atau Izwan Pilus, 33 telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi di Hospital Ampang di sini, akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius.

Bapa Allahyarham, Pilus Mohd Jani ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, jenazah akan di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.

Selain ayah Allahyarham, ibu dan adiknya Aril turut berada di hospital bagi memberikan penghormatan terakhir kepada anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu.

Sementara itu, teman rapat Allahyarham, Norhadiani Baharom yang juga wartawan Harian Metro berkata, penyanyi berkenaan telah mengalami deman teruk dan dimasukan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak hujung tahun lalu, bagaimanapun telah kembali pulih selepas mendapat rawatan.

Bagaimanapun, Allahyarham telah dimasukan ke Hospital Ampang pada tengah malam semalam apabila mendapati mata dan kulitnya berubah bewarna kuning.

Sekitar jam 3 petang tadi, Allahyarham seterusnya telah mendapat alat bantuan life support daripada pihak hospital kerana keadaannya yang semakin kritikal sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu, dilahirkan daripada program Bintang RTM pada 2004 dan juga pernah tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2006 dan menerima pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-14.

Lebih mesra dengan panggilan Izwan, Wan atau Kutek dikalangan rakan dan teman artis, Allahyarham dilahirkan pada 24 November 1979 di Hospital Universiti, Kuala Lumpur. Berbintang Sagitarius penyanyi berkenaan mendapat pendidikan di bidang Pengurusan Pelancongan berkelulusan ijazah sarjana muda daripada Universiti Utara Malaysia.

Setelah tamat Bintang RTM, Izwan yang meminati muzik berkonsepkan pop, r&b dan rock pernah hit dengan singlenya yang berjudul Kembali Senyum. Sepanjang hayatnya, Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang individu yang pemalu, bagaimanapun senang didekati, peramah,mesra, manja dan suka membantu orang lain.

 

AL-FATIHAH...
Sila baca selanjutnyaAl-Fatihah! Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia!

Edisi Hangat! Gambar Sempoi Farah Lee dan Ally Iskandar!

Oleh Kaki Wayang on




Tahniah atas perkahwinan yang gilang gemilang ini..perkahwinan mereka agak sempoi..tengoklah gambar mereka..terutama Ally Iskandar..siap sinsing baju lagi walaupun bergambar untuk tatapan media..paling best mereka tak pernah lari dari senyuman yang manis..dan senyuman Farah Lee memang manis kan..

Tahniah semoga sampai ke akhir hayat..semoga sampai ke anak cucu..amin..walau apapun tahniah sekali lagi..
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Sempoi Farah Lee dan Ally Iskandar!

Edisi Hangat! Kisah Cinta Muka Buku & Cinta Jarak Jauh Yang Sebenar. (Singapura-Sweden)!

Oleh Kaki Wayang on

Untitled 2 VIDEO & GAMBAR : Kisah Cinta Muka Buku & Cinta Jarak Jauh Yang Sebenar. (Singapura Sweden)
Ini ialah kisah cinta muka buku dan cinta jarak jauh (singaporesweden) pasangan kekasih yang berkenalan di Facebook, Maday & Camilla. Bermula dengan comment gambar di Facebook, kemudian terus menjadi rapat. Bercakap setiap hari dengan menggunakan Skype. Selepas beberapa bulan akhirnya mereka meluahkan perasaan masing-masing. Cinta jarak jauh ini tidak mendapat support dari kawan pihak lelaki dan ini langsung tidak mematahkan semangat mereka berdua untuk terus bercinta walaupun tidak pernah jumpa.


Video ini diambil semasa pertama kali mereka berjumpa. Ibu-bapa Camilla juga mengambil salah satu video ini. Harap cinta  Maday & Camilla kekal hingga ke akhir hayat.


e1 VIDEO & GAMBAR : Kisah Cinta Muka Buku & Cinta Jarak Jauh Yang Sebenar. (Singapura Sweden)
e2 VIDEO & GAMBAR : Kisah Cinta Muka Buku & Cinta Jarak Jauh Yang Sebenar. (Singapura Sweden)
e3 VIDEO & GAMBAR : Kisah Cinta Muka Buku & Cinta Jarak Jauh Yang Sebenar. (Singapura Sweden)
e4 VIDEO & GAMBAR : Kisah Cinta Muka Buku & Cinta Jarak Jauh Yang Sebenar. (Singapura Sweden)
e5 VIDEO & GAMBAR : Kisah Cinta Muka Buku & Cinta Jarak Jauh Yang Sebenar. (Singapura Sweden)
e6 VIDEO & GAMBAR : Kisah Cinta Muka Buku & Cinta Jarak Jauh Yang Sebenar. (Singapura Sweden)

KREDIT: Rojaklah.com
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Kisah Cinta Muka Buku & Cinta Jarak Jauh Yang Sebenar. (Singapura-Sweden)!

Edisi Sentap! Apa ‘Dosa’ Kanak-Kanak Ini?

Oleh Kaki Wayang on

Apa 'Dosa' Kanak-Kanak Ini?

Minggu lepas satu acara renang sempena Pertandingan Sukan Selangor (SUKSES) Terbuka diadakan di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. Teruja dengan pertandingan tersebut, ramai-kanak beragama Islam termasuk pelajar sebuah pusat tahfiz Al-Quran telah menyertainya.

Menyedari betapa pentingnya menjaga aurat, lebih 20 orang daripada mereka yang berumur di antara lapan hingga 12 tahun telah memakai pakaian renang yang mengikut hukum syariat iaitu tidak mendedahkan tubuh masing-masing.

Bukannya memakai jubah atau purdah pun!

Malangnya, hanya disebabkan memakai baju renang khas untuk orang Muslim itu, kesemua kanak-kanak ini dinafikan hak mereka untuk bertanding hingga ada di antara mereka terpaksa ditenteramkan oleh ibu bapa masing-masing kerana menangis diperlakukan begitu.

Jangan kata hendak bertanding, nak masuk dalam kolam pun tak boleh!

Alasan yang penganjur berikan cukup mudah – melanggar peraturan ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).

Penceramah bebas yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Al-Ijabah, Ustaz Muhamad Abdullah, berkata tindakan itu dianggap tidak wajar dan seolah-olah satu diskriminasi agama serta penganiayaan terhadap kanak-kanak terbabit.

” Saya sentiasa menggalakkan kanak-kanak ini menutup aurat walaupun dalam sukan seperti renang kerana bagi saya ia adalah wajar memandangkan Islam melarang kita mendedahkan aurat.

” Malangnya mereka menafikan pula hak anak-anak ini….kalau berlaku di negara bukan Islam kita fahamlah, tapi ni di Shah Alam.

” Saya ingin tanyalah soalan ini pada penganjur, sampai beginikah teruknya kita orang Islam hingga terpinggir di negara sendiri?,” kata Muhammad kepada Mynewshub.my di sini hari ini.

Bagi penulis ini adalah satu perkara yang cukup melampau apatah lagi bila ianya berlaku pada kanak-kanak yang begitu teruja untuk menyertai pertandingan seperti itu.

Apa yang dihairankan sangat dengan peraturan FINA itu, ini hanya pertandingan biasa bukannya untuk mengejar gelaran dunia atau pun Olimpik.

Tak mungkin FINA ‘gam’ sukan renang di Malaysia hanya kerana 20 orang kanak-kanak Islam memakai pakaian renang Muslim kat Shah Alam itu.

Lagipun apa maknanya Islam sebagai agama rasmi di negara ini kalau ia boleh diperlekehkan begitu saja?

Kredit: MyNewsHub

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Apa ‘Dosa’ Kanak-Kanak Ini?

Edisi Gempak! Jadikan Insiden ‘Bunyi Aneh Dari Langit Iktibar, Pengajaran!

Oleh Kaki Wayang on


Jadikan Insiden 'Suara Dari Langit' Sebagai Satu Iktibar - Harussani

‘Suara aneh dan menakutkan dari langit’ yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini.
 
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini.

“Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat Islam..mungkin ia adalah amaran kepada kita..Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman…banyak petanda yang sudah berlaku…

“Kita perlu merenung diri bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita merupakan umat paling maju dan bertamadun..namun kita lupa Tuhan, kita semakin kufur padaNya, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni..,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman, Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.


“Dah banyak petanda akhir zaman dah berlaku..hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu pun dah terjadi juga pada zaman sekarang.

“Rasulullah ada sebut dulu..ada orang yang akan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh..gempa bumi pun makin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita dengar ada gempa bumi…

“Anak-anak zina pun makin ramai, dah berpuluh-puluh ribu dah..dunia pun dah ada angin ‘sar-sar’, angin ‘sar-sar’ ni ialah angin batu, sekarang ni pun dah ada dah berlaku bencana ni..angin ‘sar-sar’ ni dulu diturunkan Allah kepada umat Nabi Luth,” ulasnya lagi.

Justeru, Mufti Perak itu menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang berlaku di Kota Samarahan tersebut heboh diperkatakan di seluruh dunia dan dilaporkan pernah berlaku di Aaborg, Denmark dan Sweden pada tahun lalu.

Ekoran kejadian tersebut, timbul pelbagai andaian dari masyarakat umum yang mengaitkannya dengan fenomena akhir zaman dan merupakan petanda besar bahawa hari kiamat sangat hampir tiba sebagai pengakhiran dunia.

Selain itu, timbul juga andaian yang menyatakan  bahawa insiden itu berpunca dari sebuah program yang dikenali sebagai “High Frequency Active Auroral Research Programme” (HAARP) yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat secara rahsia.

Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong hujah HAARP tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di merata dunia dan amat mustahil melibatkan program yang berpengkalan di Gakona, Alaska tersebut.
 
Kredit: MyNewsHub
Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Jadikan Insiden ‘Bunyi Aneh Dari Langit Iktibar, Pengajaran!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...