PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Sentap! Diana Amir Kesal Dengan Aksi Berkemban!

Oleh Kaki Wayang on

Filem keramat akan ditayangkan tidak lama lagu, dalam filem tersebut Diana Amir melakukan aksi berkemba. Sewaktu rakaman tersebut, Diana Amir tidak bertudung lagi. Diana menyatakan bahawa yang beliau masih kesal melakonkan aksi tersebut. Xpela, yang lepas tu lepas je la, kita mulakan baru okay ?
Filem Keramat menjalankan penggambaran lebih kurang dua tahun lepas iaitu akhir tahun 2010. Manakala keputusan saya berhijrah baru sahaja iaitu pada pertengah bulan September tahun lalu.adi dalam masa dua tahun semua orang boleh berubah. Bukan sahaja dari segi penampilan, malah ideologi dan tindakan kita juga boleh berubah. Begitu jugalah saya.Apa yang berlaku ini adalah pengajaran buat diri saya dan saya ambilnya sebagai iktibar dalam hidup saya.
Tiada apa yang boleh saya lakukan selain meyakinkan peminat dan orang ramai bahawa apa yang mereka lihat itu adalah diri saya sebelum ini yang kurang keteguhan dan pendirian agama.Filem ini juga sudah menjadi hak milik MIG. Saya hanya akur dan redha walaupun pengarahnya, Azahari Zain telah datang kepada saya dan melahirkan rasa serba salah terhadap saya.Apa yang berlaku bukan salah sesiapa, tetapi semua adalah tanggungan saya. Kini saya hanya berserah kepada Tuhan kerana Dia yang maha mengetahui segalanya. Apa yang penting, saya mahu minta Tuhan ampunkan segala dosa saya yang lalu kerana saya benar-benar kesal. Namun saya redha.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Diana Amir Kesal Dengan Aksi Berkemban!

Betol-betol Hangat! Boleh "Liwat" Isteri? Hudud siapa?

Oleh Kaki Wayang on

http://wowberita.org/wp-content/uploads/2011/09/hukum-hudud.jpg

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi hangat apabila seorang wakil Bebas mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan PAS semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri. Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian. Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa anggota pembangkang 'panas telinga' dan menimbulkan kekecohan.

"Paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuknya, ini bukan datang dari syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah (dalam)Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.

"Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki...kita faham lah itu... atau di antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

"Yang saya terperanjat dia (hukum hudud) kata 'selain daripada isterinya'. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri itu (bermakna)tidak liwat dalam hudud PAS ini," kata Zulkifli.

Zulkifli juga mendedahkan di dalam enakmen itu berhubung pelantikan hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik menjadi hakim bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina di mana sekiranya salah seorang saksi menarik diri maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Katanya, pendedahan itu menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh PAS sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah sebaliknya ia adalah hukum yang direka oleh parti itu sendiri.

"Bila saya periksa balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud PAS. Ada percanggahan jelas, isteri diboleh diliwat dan lain-lain lagi," katanya.

Menurut Zulkifli, keputusan Dr Mahathir menolak pelaksanaan hudud telah diputar-belit oleh pihak tertentu pada ketika itu.

Pendedahan Zulkifli mengenai liwat itu menyebabkan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mencelah dan mendakwa kenyataan Zulkifli sebagai satu tuduhan lalu meminta supaya beliau dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan)yang menyokong kenyataan Zulkifli itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Bung Moktar sebelum itu bangun dan bertanya: "Bolehkah liwat isteri sendiri?", dan Zulkifli menjawab: "Boleh mengikut hudud PAS."

Salahuddin yang mula berang bangun mencelah dan berkata: "Dia (Zulkifli)tidak boleh tuduh macam itu. Tak ada (suami dibenar meliwat isteri) dalam hudud PAS. Saya nak minta Peraturan Mesyuarat merujuk Kulim-Bandar Baharu dan Kinabatangan kerana mereka mengatakan meliwat isteri itu hudud PAS."

Bagaimanapun, usul itu ditolak Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee yang memutuskan tiada pelanggaran terhadap kenyataan Zulkifli itu.

Suasana Dewan Rakyat terus kecoh apabila Salahuddin dan beberapa lagi anggota Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan Timbalan Speaker sehingga menyebabkan Zulkifli tidak dapat menjelaskan kenyataan berhubung enakmen itu.

Zulkifli juga tidak dapat meneruskan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 kerana masa yang diperuntukkan kepada seorang anggota Parlimen untuk berbahas selama 20 minit telah tamat. 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Boleh "Liwat" Isteri? Hudud siapa?

Betol-betol LOL! Nok "PITIH" dok? Meh baca ni...!

Oleh Kaki Wayang on



Sila baca selanjutnyaBetol-betol LOL! Nok "PITIH" dok? Meh baca ni...!

Betol-betol Sengal! Berzina walaupun ada suami!

Oleh Kaki Wayang on

SAHABAT saya dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga tanpa kerelaannya. Lelaki berkenaan jugalah yang merogol dia satu ketika dulu tetapi enggan bertanggungjawab dan meninggalkan sahabat saya itu begitu saja untuk mencari perempuan lain.

Apabila lelaki berkenaan ditinggalkan kekasihnya, dia kembali kepada sahabat saya kononnya mengaku bertanggungjawab. Keluarga sahabat saya seperti terharu dengan tindakan lelaki terbabit yang mahu bertanggungjawab dan segera memaafkan perbuatan lamanya.

Malangnya, lelaki itu sangatlah lemah apabila di atas ranjang dan tidak pernah memberi nafkah sejak setahun perkahwinan dilangsungkan. Sahabat saya mengalami tekanan perasaan yang amat sangat apabila bersama dengan lelaki itu. Dalam keadaan itu, sahabat saya kembali kepada kekasihnya yang disayangi. 

Mereka bersama sehingga sahabat saya mengandung lima bulan. Rahsia itu kemudian terbongkar dan ibunya enggan mengaku itu adalah anaknya yang sebenar memandangkan ibu sendiri seorang ustazah. Keluarganya melarang sahabat saya daripada keluar rumah dan segala tindak-tanduknya diperhatikan setiap hari. Gaji bulanan diambil dan dia diperlakukan seperti sampah setiap hari oleh ahli keluarganya hingga sahabat saya bimbang keselamatan bayi di dalam kandungannya.

Bolehkah sahabat saya mengambil tindakan menuntut cerai daripada suaminya yang nyata sekali dayus seperti itu? Bolehkah dia meneruskan kandungannya walaupun benih itu bukan daripada suaminya yang sah? 

Jawapan:

BANYAK kepincangan berlaku dalam masalah ini termasuk jenayah rogol, kahwin paksa, suami tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.

Hubungan terlarang hingga berlaku zina, kehamilan anak zina, tiada sokongan atau pengabaian keluarga sendiri terhadap nasib anak perempuan yang terumbang-ambing akibat sikap keluarga yang gagal menjalankan tanggungjawab sebenar.

Jenayah rogol umpamanya perlu dilaporkan kepada pihak polis. Mangsa perlu dibela sebaik mungkin. Kahwin paksa sepatutnya tidak berlaku kerana ia membawa mudarat kepada pasangan. Sementara suami pula perlu menjalankan tanggungjawab seperti ditetapkan Islam termasuk memberi nafkah zahir dan batin.

Apabila suami gagal menunaikan tanggungjawabnya, isteri boleh melaporkan kepada mahkamah syariah bagi menyelesaikan masalah supaya suami kembali bertanggungjawab atau perceraian secara baik dapat diusahakan. Islam melarang hubungan antara lelaki dan perempuan hingga berlaku zina dan kehamilan. Larangan itu adalah muktamad dan tiada pengecualian termasuk alasan ‘suami lemah.’

Setiap orang Islam mesti menjaga maruah diri supaya tidak terjerumus dengan dosa zina. Keluarga pula perlu menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin termasuk penentuan jodoh anak dan membantu mereka apabila ditimpa musibah. Sewajarnya keluarga sama ada lelaki atau perempuan bekerjasama membantu untuk menjadikan perkahwinan anak bahagia. Mereka sepatutnya tidak lepas tangan apabila anak sudah berkahwin.

Mengenai tindakan menuntut cerai daripada suami sahabat anda itu, ia dibenarkan Islam apabila ada alasan yang dibenarkan syarak. Dia mempunyai alasan yang wajar mengikut syarak dan boleh diteruskan. Anak dalam kandungan perlu diteruskan hingga melahirkan. Tindakan menggugurkan kandungan adalah haram tanpa sebab yang sah mengikut syarak.

Sahabat anda itu boleh terus memelihara anak berkenaan atau menyerahkan kepada keluarga angkat jika tidak mampu menjaganya. Sebagai kawan baik, anda seharusnya berusaha menasihati dia sebaik mungkin. Dekatkan dirinya dengan agama dan nasihat supaya tidak mengulangi kesalahan lalu dengan bertaubat sesungguhnya kepada Allah.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Berzina walaupun ada suami!

Betol-betol Bangang! ‘Adik beradik’ khalwat dicekup

Oleh Kaki Wayang on

http://4.bp.blogspot.com/-04NbgF0TtZg/TqTd2zqiIRI/AAAAAAAACh8/0yIBqetlcfE/s400/sh-pasangan%2Bkhalwat.jpg

Lakonan drama sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun yang menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat.

Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam. Pasangan itu mengambil kesempatan mengaku sebagai adik-beradik selepas pemeriksaan pada MyKad mendapati kedua-duanya mempunyai nama bapa yang sama namun berbeza alamat tempat tinggalnya.

:Pihak masjid yakin sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan itu memberi alasan tidur di situ kerana berpindah rumah, malah ketika pintu bilik dibuka si perempuan masih berselimut di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam selain mengakui sering melakukan hubungan seks di situ.

Dalam serbuan di hotel yang sama juga, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan bersama kekasihnya merayu meminta dilepaskan atas alasan ibunya mengenali imam yang terlibat dalam operasi.

Operasi selama tiga jam itu turut menahan seorang guru wanita menyembunyikan diri di dalam bilik air dengan hanya berkemban selepas menyedari rumahnya diserbu. Ketika ditahan guru terbabit berusia 29 tahun berdua-duaan dengan seorang lelaki berstatus duda berusia 33 tahun di rumah sewa lelaki terbabit.

Manakala seorang lagi penjawat awam berusia 25 tahun dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang janda berusia 35 tahun, anak tiga di rumah.

Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi besar-besaran tersebut akan diteruskan bagi membanteras kegiatan maksiat di kawasan Taman Medan.

“Operasi ini adalah susulan daripada aduan dan maklumat daripada penduduk setempat yang merasakan tempat disyaki seperti hotel bajet dan rumah persendirian perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lokasi mudah melakukan perbuatan sumbang,” katanya kepada Sinar Harian.

Kesemua pasangan dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya. 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bangang! ‘Adik beradik’ khalwat dicekup
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...