1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH. 
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat
 bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia 
lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah
 bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk 
meningkatkan kekuatan dirinya.
 2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya
 atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah 
yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah 
perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita 
memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada 
masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian
 rupa.
 .
3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan
 saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap 
sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu 
menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan 
pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup
 segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap 
bantuan Allah tidak pernah surut.
 
4) TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap
 yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah 
penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya
 semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia 
akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang 
mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai 
untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah
 mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
 
5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan
 mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita 
lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga
 hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita 
yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah 
melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah
 yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.
 .
6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana
 bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya 
kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang
 membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan 
kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari 
dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
 
7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia
 hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti 
lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan 
orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri 
sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka 
sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap 
doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.