PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Sentap! Konsert Erykah Badu dibatal - Isu Tatu Nama Allah S.W.T di dada!!
Oleh Kaki Wayang on
Konsert penyanyi wanita Amerika, Erykah Badu yang dijadual
berlangsung di ibu negara malam ini dibatalkan kerana melanggar garis
panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar
Negara (Puspal).
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Tumblr
beliau berkata, persembahan itu juga dibatalkan kerana melanggar
syarat-syarat kelulusan iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa serta
nilai budaya masyarakat Malaysia.
Erykah Badu yang berasal dari Dallas, Texas pernah memenangi anugerah
Grammy dan dijadual membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur di sini malam ini. Erykah sudah pun berada di Kuala Lumpur sejak
Ahad lalu.
Rais berkata, perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di
badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan
merupakan kesalahan yang serius.
"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang
boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada
imej kerajaan," katanya.
Edisi Hangat! Mawi dikurnia cahaya mata selepas tiga tahun berumah tangga!
Oleh Kaki Wayang on
Selepas tiga tahun melayari alam rumah tangga dan dua kali mengalami
keguguran kandungan, akhirnya isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin selamat
melahirkan bayi perempuan semalam.
Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan oleh Ekin atau nama
sebenarnya Nor'ashikin Rahmat, 33, di Hospital Pakar An-Nur Hasanah di
Bangi dekat sini pada pukul 4 pagi.
Ekin dan bayinya kini dalam keadaan selamat dan sihat. Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani yang kini berusia 31 tahun nyata cukup teruja kerana dapat bergelar seorang bapa.
"Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi
perempuan yang sihat pagi tadi (semalam). Saya juga bersyukur kerana
semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya yang turut berada di sisi Ekin
sewaktu melahirkan anak sulung mereka.
Edisi Sengal! Mak Sengal: Buang Bayi Sendiri - Pura-pura buat laporan polis!!
Oleh Kaki Wayang on
GADIS yang direman pada Jumaat lalu
menunjukkan alas kaki tempat seorang bayi ditemui di Kampung Beladau,
Kepong, Kuala Terengganu.
Tanda tanya bayi siapa yang ditinggalkan atas alas kaki di depan
pintu sebuah rumah di Kampung Beladau, Kepong dekat sini pada Jumaat
lalu terungkai apabila bayi itu sebenarnya anak kepada wanita yang
membuat laporan polis mendakwa menemui bayi itu.
Edisi Sengal! Lelaki tua kemaruk seks!
Oleh Kaki Wayang on
Angkara nafsu tidak bertempat, seorang warga emas dijatuhi hukuman
penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku
bersalah atas dakwaan memperdagangkan seorang wanita Indonesia sebagai
hamba memuaskan nafsu seksnya.
Tertuduh, Yusoff Mat Rani, 61, yang bekerja sebagai pengutip kotak
dituduh memperdagangkan mangsa yang berusia 24 tahun dengan cara
melindunginya bagi maksud eksploitasi seks dalam tempoh enam bulan pada
Jun hingga Disember 2011.
Mengikut fakta kes, wanita terbabit datang ke negara ini pada Jun
2011 dan bekerja sebagai pembantu rumah di Wakaf Bharu dekat sini tetapi
melarikan diri daripada majikannya atas alasan tidak tahan bekerja.
Wanita itu kemudian dihantar oleh orang awam ke Jabatan Imigresen
kerana dia tiada pas perjalanan. Bagaimanapun, ketika sampai ke Jabatan
Imigresen, pejabat itu sudah ditutup kerana tamat waktu bekerja.
Mangsa kemudian bertemu tertuduh sebelum tertuduh mengajak wanita terbabit ke rumahnya di Kampung Limau Manis di sini.
Edisi Terkini! Isu Khalwat - Tiada rakaman Ustaz Badrulamin dipukul kumpulan samseng!
Oleh Kaki Wayang on
INILAH lobi hotel terkenal di Pantai Balok, Kuantan, tempat Dr. Badrulamin didakwa berkhalwat dengan isteri orang.
Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr.
Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20
orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai
Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu
mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut
yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu
mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki
hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.
Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.
Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.
"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.
"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya.
Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.
Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.
"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.
"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya.