Edisi Sentap! Guru campak anak dari jambatan!

Oleh Kaki Wayang on

JAMBATAN Story yang merintasi Sungai Brisbane menjadi tempat Lees mencampak anaknya sebelum dia sendiri membunuh diri, semalam.
JAMBATAN Story yang merintasi Sungai Brisbane menjadi tempat Lees mencampak anaknya sebelum dia sendiri membunuh diri, semalam.

Seorang pengadil ragbi antarabangsa yang mengajar di sebuah sekolah eksklusif, mencampak bayi lelakinya dari sebatang jambatan sebelum melompat membunuh diri, semalam. Jason Lees, 40, mencampak anak lelakinya yang baru berusia dua tahun dari ketinggian 74 meter di Jambatan Story sebelum dia melompat dan terdampar di pinggir tebing Sungai Brisbane. Ketika hidup, Lees mengajar di Sekolah Menengah Gereja Anglican di bandar raya Brisbane, selain menjadi pengadil Kesatuan Ragbi Antarabangsa.

Pengetua sekolah itu, Jonathan Hensman, berkata Lees seorang guru dihormati dan disayangi. 

“Kehilangan Lees sangat dirasai di kalangan penduduk setempat serta semula pelajar yang pernah mendapat bimbingannya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis Queensland berkata, Lees menunggang basikal dan memasuki laluan pejalan kaki di sisi jambatan berkenaan pada awal pagi. Lees kemudian mencampak anaknya melepasi palang keselamatan jambatan.

“Dia kemudian memanjat palang itu sebelum melompat,” katanya.

Kejadian itu sama dengan insiden pada 2009 apabila Arthur Freeman, 37, mencampak anak perempuannya - berusia empat tahun - dari Jambatan Westgate di Melbourne. Bagaimanapun, Freeman tidak membunuh diri, sebaliknya menyerah diri kepada polis sebelum dihukum penjara seumur hidup. Saksi berkata, Lees membunuh diri kira-kira jam 3.30 pagi. Katanya, orang awam menghubungi polis dan pasukan keselamatan berkejar ke tempat kejadian.

“Tetapi tiada apa yang dapat dilakukan terhadap Lees atau anaknya,” katanya.

Difahamkan, Lees berasal dari Kanada. Polis yakin bayi malang itu tidak terbabit dalam pertikaian hak penjagaan kerana siasatan mendapati, keluarga Lees hidup bahagia sebelum ini. Ia berbeza seperti insiden membabitkan Freeman. Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif kejadian.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...