PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Informasi! Cara Ganti Mykad Online, Semak IC Online dan SMS!

Oleh Kaki Wayang on

Pertamanya kredit to Kak Yanmie, Denaihati dan Kujie2 atas entri yang sangat berinformasi dan berbaloi untuk dikongsikan kepada umum dan kepada kengkawan sekalian (mode: hamboih skemanyerr)..mintak maaf yer ini bukan copy tapi ingin berkongsi kepada semua yang aku ni pernah sekali menukar dan mengganti MyKad baru atas sebab-sebab kecuaian diri sendiri..hilang kat kapal terbang Malaysia Airlines..


Seb baek masa tu tak de lagi kad kredit..yang ada cuma kad debit dan sekeping duit RM50.00. dan dah tentulah IC..tak pelah aku halalkan jelah sesape yang dah terjumpa dan tak pulang-pulang kat aku..anggap jelah ianya rezeki untuk korang..seb baek RM50.00 je..so aku terus buat laporan polis dan terus kol bank-bank yang terlibat untuk block kad debit aku tu..dan block semua apa yang patut..seb baek ada sorang insan yang sangat baik hati bagi aku duit RM20.00 untuk aku beli tiket bas dan balik ke Muadzam...sampai je Muadzam terus wat report kat JPN dan terus wat IC..benda paling penting lah katakan..sesiapa yang pegi ke JPN Muadzam sangat beruntung sebab tak perlu nak beratur panjang..service pon ok..dalam 10 minit dah selesai..walaupun kekadang bila cakap MyKad hilang orang kat kaunter tu pandang semacam dan wat muka masam (Marah la tu My Kad hilang)..tapi tak tahula orang lain..aku pegi kat JPN Muadzam ok je..cepat je..tak tahula orang lain kot-kot pegi kene beratur..

Ok, berbalik kepada tajuk utama..mulai sekarang korang dah tak payah dah ke JPN untuk wat penggantian MyKad..cuma yang tak bestnyer kene ada Kad Kredit..sebab pembayaran untuk denda dan sebagainya hanya boleh dibuat dengan Kad Kredit sahaja..Namun begitu bukan sewenang-wenangnya nak tukar ikut suka hati okeh!

Hanya 3 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu:
1) Gantian cip atau kad rosak
2) Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k ke 64k)
3) Gantian disebabkan kehilangan

Waktu operasi Sistem Gantian MyKad atas talian JPN:
- Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 10.00 malam
- Sabtu : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
- Ahad : 8.00 pagi hingga 8.00 malam

Untuk pengetahuan lanjut sila ke: SISTEM GANTIAN MyKAD
Semak Status Permohonan MyKad, MyPr, MyKas: STATUS PERMOHONAN 
Semak Status Permohonan MyKad Melalui SMS:  taip JPN MyKad kirimkan sms ke 15888

P/s: Baru-baru ni kawan aku Clifford Elvin Eric (Boboy K F) wallet dia hilang atas kecuaiannya sendiri (gituh) dan dalam walletnya itu ada duit banyak, kad kredit semua bank di Malaysia dan Kad Debit serta gambar awek dia yang comel itew (Mode: Menghanjeng Cliff)..so hati-hatilah nanti yer..


Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Cara Ganti Mykad Online, Semak IC Online dan SMS!

Edisi Informasi! Dapatkan 7GB Data dan Call Percuma Dengan UMobile P70 Hero Postpaid!

Oleh Kaki Wayang on

Zaman sekarang apa gunanya smartphone kalau tak de data? Asyik-asyik duduk kat kedai mamak, kedai starbuck atau kat mana-mana tempat ada wifi baru leh berinternet. Kalau pekedai tu masih tak halau lagi sampai ke petang lah duduk kat kedai tu. Order Kopi O Kawwww. Dari pagi sampai petang tak habis lagi. Dah sejuk dah kopi tu. Agak-agak tuan punya kedai tu buat muka baru lah nak blah. Itu pun bila dah blah sambung kat kedai lain pula.

Hero Postpaid P70
Tapi dengan adanya Hero Postpaid P70, kini internet semua di hujung jari. Pegi mana-mana tempat ada data. Nak update dalam toilet pun boleh. Nak update masa makan, masa kat gunung-ganang (selagi ada coverage) tidak menjadi masalah.

Hero Postpaid P70

Bukan tu je, tapi data dah dinaiktaraf dari 4.5GB ke 7GB. Memang meletop lah handphone selepas ni. Bukan meletop sebab ada bom, tapi sebab online 24 jam. Zaman sekarang ada yang pakai prepaid tu kan. Tu pun dapat 1.5GB atau 3GB sebulan. Tup-tup esok eh data abes. Sebabnya "ter on" auto update. Hahahahaha. Baru top-up RM30 untuk beli data dah habis.

Bukan tu je, dari tawaran telco UMobile P70 Hero Postpaid ni korang akan dapat 7GB data, voice call unlimited to all networks, SMS murah yang amat bak 7 petala langit (melampau ayat) dan macam-macam lagi lah.

Dan yang paling peting HERO UMobile ni hero yang bermanfaat. Boleh call awek, isteri, suami, adik-adik, mak, ayah, keluarga dan sape-sape pun lah. Tapi kalau ngan Captain America atau Spiderman, tak pun Batman dan Chibi Maruko Chan (hero ke ni). Konfem hero-hero ni tak boleh buat apa-apa. Tak memberi sebarang manfaat pun kan.

So apa tunggu lagi, langganilah UMobile P70 Hero Postpaid sekarang!
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Dapatkan 7GB Data dan Call Percuma Dengan UMobile P70 Hero Postpaid!

Edisi Comel! Gambar Anak Kedua Ashraf Muslim Yang Comel!

Oleh Kaki Wayang on




Siapa yang tak kenal dengan selebriti Ashraf Muslim? Tahniah kepada pengacara Ashraf Muslim yang baru saja menerima kehadiran cahaya mata kedua pada 14 September 2015 yang lalu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Comel! Gambar Anak Kedua Ashraf Muslim Yang Comel!

Edisi Travel! Jom Ke Jambatan Gantung Kaca China Paling Seram Di Dunia!

Oleh Kaki Wayang on




Ada yang berminat nak pegi ke Negara Tembok Besar China tak? Terlalu banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati di sana. Salah satu tempat yang korang boleh pegi dan alami sendiri pengalaman tersebut adalah dengan melalui jambatan gantung sepanjang 300 meter.
Sila baca selanjutnyaEdisi Travel! Jom Ke Jambatan Gantung Kaca China Paling Seram Di Dunia!

Edisi Viral! Pelajar PMS Diugut, Tak Suka Undang-Undang Poli? Salah Siapa?

Oleh Kaki Wayang on

Sejak kebelakangan ini, pelbagai cerita dan khabar angin segelintir pelajar berkenaan ketidakpuasan hati terhadap undang-undang dan peraturan di Politeknik Muadzam Shah. Dari apa yang dibaca melalui "screenshot" hasil dapatan dari sumber yang tidak dipastikan kesahihannya. Pelajar terbabit menyatakan beberapa perkara yang amat serius untuk difikirkan bersama.


Apa yang penting adalah isu ini perlu ditangani segera agar ianya tidak menjadi lebih serius. Semoga yang keruh akan jernih semula. Diharapkan dengan isu-isu berbangkit seperti ini tidak akan menghalang PMS untuk kekal sebagai sebuah institusi Penjana Minda Strategik yang unggul. Chaiyokkkkkk!
Sila baca selanjutnyaEdisi Viral! Pelajar PMS Diugut, Tak Suka Undang-Undang Poli? Salah Siapa?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...