PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Viral! Ini Yang Berlaku Kepada Audrey R Selepas Mengambil Selfie Extrim!
Oleh Kaki Wayang on
Dalam banyak-banyak situasi korang suka selfie kat mana? Dalam toilet? Dalam Kereta? Kat KFC? Pizza Hut? atau kat dalam panggung wayang? Siapa kenal Audrey R?
Seorang lelaki maut dalam cubaannya mengambil foto selfie ekstrim di tingkat 9 sebuah bangunan, minggu lepas. Laporan Dailystar mengatakan Audrey R terjatuh ketika cuba mengambil selfie yang terakhir.
Beliau kemudian dikejarkan ke hospital dan diisytiharkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Menurut rakan Audrey, beliau berulang kali melarang Audrey dari melakukan perbuatan bahaya tersebut namun tidak diendahkan.
Sebaliknya, Audrey didakwa bertambah berani dan ketagih mengambil foto selfie di lokasi-lokasi ekstrim. Audrey juga memuatnaik foto-foto tersebut ke laman instagram menggunakan akaun @drewsssik. Pihak berkuasa Rusia masih menyiasat kejadian tersebut.
Edisi Informasi! Minyak Yu Yee Kini Di Sahkan Halal!
Oleh Kaki Wayang on
Dulu tak kenal minyak Yu Yee. Sehinggalah bila dah hidup berkeluarga, ada anak barulah mengenali minyak Yu Yee. Sebelum ini wujud keraguan berkenaan dengan status halal minyak berkenaan. Namun ianya pada ketika ini sudahpun disahkan halal.
Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan minyak Yu Yee mempunyai sijil halal susulan satu mesej viral yang tersebar melalui laman sosial mengenai status halal produk itu yang dikatakan mempunyai bahan yang berunsur babi.
Memetik laman rasmi Facebook, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) minyak tersebut telah disahkan halal.
"Ya, telah disahkan halal. Rujuk maklumat di direktori Halal Malaysia melalui laman web www.halal.gov.my," kenyataan itu dipetik.
Minyak yang biasanya digunakan untuk bayi bagi mengelakkan kembung perut dikeluarkan oleh Weng Seng Heng Medical Factory Sdn Bhd dan mempunyai sijil halal sehingga 31 Julai 2016.
Dalam pada itu, melalui laman Facebook itu juga, Jakim turut memaklumkan bahawa maklumat yang mengatakan produk Kopiko LA Coffee dan Kopiko 3 in 1 yang mengandugi gelatin dan lemak babi adalah tidak benar.
"Produk berkenaan mempunyai pengesahan halal Malaysia dan juga Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang sah," tulis kenyataan itu lagi.
Edisi Viral! Suami Ditengking Abai Anak Dan Isteri Sebab Pentingkan Handphone - Amekaw!
Oleh Kaki Wayang on
Sorry Saya Tegur Sebab Saya Tak Boleh Tengok. Kisah viral minggu ini. Sesungguhnya memang betul apa yang dikongsikan. Ramai dalam kalangan kita terutamanya sang suami yang berkelakuan seperti dia je betul padahal tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa kepada isteri dan anak-anak diabaikan. Meh kita baca dan ambil iktibar dengan apa yang berlaku dalam EDISI VIRAL pada kali ini.
SEORANG wanita menjadi saksi kepada seorang lelaki yang didakwanya tidak bertimbang rasa dalam memberi layanan terhadap isterinya ketika berada di kedai makan di Kuala Lumpur, kelmarin.
Melalui perkongsian di Facebook, wanita berkenaan berkongsi bagaimana dia melihat seorang isteri sibuk menguruskan makanan untuk suami dan anak-anaknya namun kemudian dia dimarahi.
"Si isteri bahagikan makanan untuk anak-ank yang lebih kurang 6 tahun dan 4 tahun dan ada 'baby' mungkin dalam 7 bulan dalam 'stroller'," tulisnya.
Katanya, ketika wanita tersebut mahu menikmati makanan, anak kecilnya pula menangis.
"Si isteri pun ambil dan dukung sambil makan. Hubby (suami) dah selesai makan, bukan nak tolong pegang anak dan monitor anak tapi sebaliknya ambil telefon dan mengadap telefon. Isteri terkial-kial makan," tulisnya lagi.
Kesibukan wanita tersebut menyebabkan dia lambat menikmati makanannya sendiri, membuatkan lelaki tersebut marah.
"Apahal terkial-kial makan? Lembablah awak ni," kata lelaki tersebut yang bermain telefon bimbit dan tidak membantu menjaga anak kecil.
Melihat tindakan lelaki itu, wanita berkenaan kemudian bertindak menegur lelaki terbabit.
"Encik kalau you nak wife you makan cepat you tolonglah dia pegang baby tu. Tolonglah tengokkan anak-anak yang makan berterabur ni, so cepatlah dia boleh makan. Bertimbang rasalah. Sorry saya tegur sebab saya tak boleh tengok." katanya kepada lelaki tersebut.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian hampir 13,000 pelayar yang majoritinya menyokong tindakan saksi menegur pasangan terbabit.
"Adakala perlu juga teguran atau nasihat walaupun 'sentap'.... semoga masih ada rahmat untuk keluarga mereka, juga keluarga kita, amin.....," tulisnya lagi.
Edisi Terkini! Susulan Lari Dari Asrama, Dua Lagi Murid Sk. Pos Tohoi Ditemui, Seorang Maut!
Oleh Kaki Wayang on
Susulan dari kes murid SK Pos Tohoi yang lari dari asrama pada penghujung Ogos lalu kini semakin hampir pasti selesai. Dikhabarkan dua lagi kanak-kanak Orang Asli yang dilaporkan hilang sejak penghujung Ogos lalu ditemui selamat di Sungai Perias di sini, hari ini.
Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Misudiar Aluj, 11 dan rakannya, Noreen Yakob, 10, ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Dalam pertemuan itu juga, satu mayat turut ditemui bersama mereka, bagaimanapun identitinya tidak dapat dikenalpasti lagi.
Penemuan ketiga ini menjadikan lima mangsa keseluruhan ditemui daripada tujuh yang dilaporkan hilang.
Sumber: sinarharian.com.my
Edisi Pengajaran! Sebuah Cerita Cinta Paling Agung, Cerita ini tentang JODOH!
Oleh Kaki Wayang on
Ya.. cinta pada manusia biasa yang namanya lelaki kerana aku diciptakan sebagai seorang perempuan...
Umur yang semakin berinjak jauh meninggalkan alam remaja dan sekarang di dalam fasa kedewasaan memungkinkan aku berfikir tentang urusan jodoh. Seringkali persoalan itu ditanya kepadaku oleh teman-teman sekuliah dahulu.
"Tak ada buah hati ke?"
"Takkanlah tak ada yang minat dengan perempuan pandai macam kau ni?"
"Kau ni jual mahal sangat kot?"
"Bergayalah sikit, bagi cantik, mesti nanti ada yang terpikat kat kau.."
"Aku sudah, kau bila lagi?"
Aduh... mahu melayan satu-persatu pertanyaan mereka memang tidak terjawab. Paling mudah untuk kukatakan ketika itu,
"Belum jodoh lagi.."
atau aku katakan pada mereka,
"Belum bersedia lagi.. .nanti dah ada calon, akan diberitahu kelak".
Titik.
Berbicara
tentang cinta memang tidak akan pernah habis. Semasa di universiti
dahulu seringkali aku melihat pasangan yang kononnya sedang 'hangat
bercinta' bertengkar atas perkara-perkara yang kecil.
Kadang-kadang
aku ketawa sendirian apabila melihat adegan pujuk-memujuk persis
lakonan di dalam filem Hindustan yang kutonton di televisyen.
Bermacam-macam gaya yang ada apabila si lelaki cuba memujuk si wanita
atau si wanita yang cuba memujuk si lelaki. Aku menggeleng-geleng kepala
melihat gelagat mereka dalam tawa. Perkara yang padaku tidak wajar
dilakukan apatah lagi pasangan itu masih belum punyai ikatan yang sah
dan halal di sisi Islam sedangkan si wanita bertudung dan si lelaki
bersongkok.
Aku
pernah dilamar seorang lelaki pada perkiraanku dapat melengkapi
kekurangan yang ada pada diriku. Tentu sahaja aku mencari seorang lelaki
yang mudah tersenyum, tegas dalam kelembutan, lucu dan bisa membuatku
gembira, dan yang paling penting dia seorang yang sangat menjaga
solatnya dan ibadahnya. Cukup padaku itu dan aku telah bertemu
dengannya. Tapi, seperti yang kukatakan sebelum ini, cerita ini tentang
jodoh...
Arakian,
aku dilamar aku menolak dengan lembut atas alasan kerana mahu
menumpukan perhatian kepada pelajaran dan kuliah. Ini amanah yang
kupegang sejak mula aku menjejakkan kaki ke menara gading. Aku tidak
suka berpacaran kerana pada aku ianya tidak wajar.
Kukatakan
pada lelaki itu, sekiranya benar dia menginginkan aku menjadi suri
hatinya maka tunggulah sehingga aku dan dia selesai bergraduasi.
Kukatakan juga bahawa aku tidak suka keluar berdua-duaan. Sekiranya
seorang lelaki itu benar mahu memiliki hatiku maka dia perlu memahami
bahawa dia perlu lebih serius untuk mengatur masa depannya berbanding
berpeleseran tanpa hala tujuan yang jelas.
Hubungan
yang dijalin tanpa ada matlamat yang jelas bukanlah satu perhubungan
yang bersungguh-sungguh tetapi hubungan yang terang-terangan
berlandaskan nafsu semata-mata. Sekali
lagi kukatakan di sini, ianya soal jodoh. Allah punya perancangan yang
lebih menarik untukku, terserah padaku sahaja sama ada mahu mencari
hikmah yang tersembunyi atau membiarkan diriku sendiri tertanya-tanya
mengapa kesudahannya begini dan begitu...
Lelaki itu tidak sanggup menunggu lantas mengambil keputusan mencari yang lain...
Aku
sedikit kecewa namun kubisikkan pada hati agar redha dengan ketentuan
Ilahi. Dalam melayari kehidupan dan mehnah, aku belajar pelbagai
perkara. Setiap hari aku belajar dan adakalanya mengajarkan sesuatu
kepada yang lain. Benar, usia yang semakin bertambah membuatkanku berasa
gusar kerana masih tidak dipertemukan jodoh.
Hidupku
banyak dihabiskan dengan bekerja sebaik sahaja menamatkan pelajaran di
universiti. Rakan-rakan lain ramai yang berlumba-lumba mendirikan
rumahtangga dan aku masih lagi sendiri. Agak sunyi tapi kutabahkan hati
supaya aku tidak menjadi seorang yang terlalu menurut nafsunya.
Tiba
saat rezekiku dilebihkan Allah di mana aku diterima bekerja sebagai
salah seorang pegawai psikologi. Tidak perlu aku ceritakan dengan tepat
di mana aku ditempatkan. Sejak pertama kali aku menjejakkan kaki di
sini, tidak pernah terlintas di fikiranku untuk mencari pasangan hidup.
Niatku hanya mahu bekerja kerana Allah, mencari rezeki untuk keluargaku
agar kami dapat hidup dengan lebih selesa.
Sukacita
sekali lagi aku maklumkan, bahawa ini semua urusan jodoh. Jodoh yang
tertulis kemas di luh mahfuz, Salah satu rahsia agung yang tersembunyi
dari pengetahuan hamba-Nya selain urusan umur, rezeki dan maut.
Salah
seorang daripada orang bawahanku yang usianya lima tahun lebih tua
dariku dan tentunya seorang lelaki benar-benar membuatkan jiwaku
bergetar. Entah kenapa, tapi aku takut ianya melalaikan dan bisa
menghumban diriku ke lembah kehinaan. Takut untuk terjerumus di dalam
zina hati.
Lelaki
itu kerapkali mengujiku dengan pelbagai pertanyaan. Tingkahnya yang
kadang-kadang membuatku tertanya-tanya kenapa dia perlu bersikap
sedemikian denganku dan tidak dengan perempuan-perempuan yang lain di
pejabat. Aku positifkan fikiran, mungkin juga kerana aku adalah orang
atasannya dan wajar saja dia menghormatiku lebih daripada yang lain.
Mungkin.
Satu
hari, dengan izin Allah jua ianya terjadi, ketika sedang enak menjamu
selera bersama rakan-rakan sepejabat pada waktu malam, satu rahsia
tersingkap. Salah seorang rakan pejabatku bertanyakan sama ada aku sudah
punya kekasih hati atau belum. Satu soalan yang kukira agak lucu untuk
ditanya. Aku senyum dan menggeleng.
Dia
kemudian berkata, ada seseorang yang dekat denganku ingin menjalinkan
hubungan yang lebih rapat dan serius. Aku dapat mengagak tapi aku
meminta kepastian darinya. Nah! Jelas bahawa lelaki di pejabat yang sama
yang kuceritakan sebentar tadi. Tepat telahanku kali ini. Firasatku
jarang tersasar apatah lagi jika aku mohon agar Allah membimbingku agar
aku tidak menjadi orang yang berprasangka yang tidak baik kepada orang
lain.
Hatiku
menguntum senyum. Tentu saja rasa suka apabila diri disukai oleh orang
lain yang bergelar lelaki. Aku senang sahaja bekerja dengannya. Selalu
di dalam doaku di mana aku memohon agar aku dijodohkan dengan seseorang
yang baik akhlak dan agamanya, bersederhana dalam segala urusan, dan
bonus bagiku sekiranya lelaki itu seorang yang sedap mata memandang...
Lelaki
itu juga hingga sekarang masih mengujiku dengan pelbagai pertanyaan.
Aku cuma menjawab pertanyaannya sekadar yang kumampu dan hingga saat ini
tidak pula dia menyatakan sendiri kepadaku bahawa dia punya 'perasaan'
padaku. Aku juga begitu, walaupun setiap kali bertemu jiwaku rasa tenang
dan gembira.
Namun
cepat-cepat aku sedarkan diri, khuatir kerana dia bukan siapa-siapa
denganku malah bukan mahramku yang layak untuk aku fikirkan tentangnya.
Aku cuba tidak memandang tepat ke matanya kerana fitrah kewanitaan dan
keperempuanan yang malu dan masih menebal dalam diri menjadi perisai
iman yang aku takut makin terhakis.
Cuma satu yang ingin kupesan pada rakan-rakan di luar sana yang masih belum punya 'pacar'.
Usah gusar dan khuatir.
Kamu
tidak perlu merendahkan martabat diri demi untuk meraih cinta seorang
lelaki. Ketahuilah, manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu
terletak pada taqwanya, hatinya yang sentiasa tunduk malu pada
perkara-perkara yang tidak patut.
Aku
tidak menyatakan yang aku ini tidak pernah berbuat dosa tapi aku
berusaha untuk memperbaiki diri dan cuba mengelakkan diriku daripada
tergelincir ke arah itu.
Ingat,
jika ada lelaki yang menyatakan dia menyukai kamu, tanyakan kembali apa
yang dia mahukan daripadamu. Jika dia sekadar ingin bersuka-suka dan
punya pacar persis seperti teman-teman yang lain maka jauhkanlah dirimu
daripadanya.
Sekiranya
dia benar-benar serius, mahu mengikat tali perkahwinan, punya kedudukan
kewangan yang kukuh dan latar belakang keluarga yang menyamankan dan
mendamaikan dirimu maka pertimbangkanlah permintaannya untuk menjadikan
dirimu itu sebagai suri hidupnya.
Sekadar
bercerita tentang jodoh. Sungguh betul, ianya urusan rahsia antara yang
tersulit sekali di dalam keterbatasan pengetahuan manusia melainkan
dengan izin-Nya.
Harus
diingatkan, walaupun ianya urusan Allah, namun kita tidak pula
diperintahkan untuk sekadar menanti dan berpeluk tubuh. Proaktif itu
perlu. Carilah jodoh dengan cara yang diizinkan dan diredhai Islam
atasnya kerana dengan itu moga hubungan kalian nanti juga akan direhai
Allah, Insya-Allah.
Sekadar
perkongsian rasa dengan rakan-rakanku tentang urusan jodohku yang masih
lagi samar. Moga sahaja Allah membantu di dalam urusan yang berkaitan
dengannya dan menjauhkan aku daripada melakukan kemaksiatan hati mahupun
tingkah perbuatan secara sir (rahsia) mahupun secara jahr
(terang-terangan).
Jika benar lelaki itu jodoh yang dikirim Allah untukku meraih cinta yang lebih besar yakni cinta Ilahi maka aku redha.
Aku
tidak mahu mengatakan bahawa aku ikhlas menerimanya kerana perkara
ikhlas itu milik Allah yang tiada manusia berhak menyatakan bahawa dia
ikhlas. Biar Allah sendiri yang menghukumkan tentang itu.
Buat
rakan-rakanku yang mungkin sedang mencari jodoh atau telah bertemu
jodoh, aku doakan agar kalian memperoleh jodoh sepertimana yang
diinginkan olehmu.
Ketahuilah
bahawa Allah memberikan apa yang kita perlu dan bukan yang kita suka
kerana mungkin saja sesuatu yang kita suka itu akan menjadi satu
keburukan suatu hari nanti.
Pasangan
kita moga terdiri daripada si dia yang 'melengkapkan' kekurangan yang
ada pada diri masing-masing agar kita lebih mudah berjuang meraih
cinta-Nya....
Menantikan kalimah cinta daripada insan yang dicinta... moga kami meraih cinta-Nya, amin.