Edisi Informasi! Minyak Yu Yee Kini Di Sahkan Halal!

Oleh Kaki Wayang on


Dulu tak kenal minyak Yu Yee. Sehinggalah bila dah hidup berkeluarga, ada anak barulah mengenali minyak Yu Yee. Sebelum ini wujud keraguan berkenaan dengan status halal minyak berkenaan. Namun ianya pada ketika ini sudahpun disahkan halal.

Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan minyak Yu Yee mempunyai sijil halal susulan satu mesej viral yang tersebar melalui laman sosial mengenai status halal produk itu yang dikatakan mempunyai bahan yang berunsur babi.

Memetik laman rasmi Facebook, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) minyak tersebut telah disahkan halal.

"Ya, telah disahkan halal. Rujuk maklumat di direktori Halal Malaysia melalui laman web www.halal.gov.my," kenyataan itu dipetik.

Minyak yang biasanya digunakan untuk bayi bagi mengelakkan kembung perut dikeluarkan oleh Weng Seng Heng Medical Factory Sdn Bhd dan mempunyai sijil halal sehingga 31 Julai 2016.

Dalam pada itu, melalui laman Facebook itu juga, Jakim turut memaklumkan bahawa maklumat yang mengatakan produk Kopiko LA Coffee dan Kopiko 3 in 1 yang mengandugi gelatin dan lemak babi adalah tidak benar.

"Produk berkenaan mempunyai pengesahan halal Malaysia dan juga Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang sah," tulis kenyataan itu lagi.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...