PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! KL Gangster Cipta Sejarah Kutip RM11Juta

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhc-kKSdixlCHEgEnAH_6hMUAKungWRKBWyLLnqfua4WY1Q1FRuWIIAulCYM7MW27euNTdVT1iZDSR44IcVGIHfxzHmHNGos9u5HFuDhDxNyiNiEMiqpvX0Z9p5nQw0PcnQS-Z2z9886ARw/s1600/KL_gangster_poster.jpg

SEPANJANG minggu ini, sudah tentu perkara utama yang menjadi bualan ramai dalam industri hiburan mengenai rekod baru yang dicipta oleh filem KL Gangster yang memecah rekod kutipan sehingga RM11 juta, iaitu satu kejayaan luar biasa yang tidak pernah dilakukan leh mana-mana filem termasuk filem era 1950-an dan dan 60-an dulu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMTvVJ3eKDiBq1o9OtE-pb9oILayQkIY7gWO8MogQB6ECw9eeL5AQK_8V8OqC6jcokxYRwN9Fou8GZqgI_7LBwVapsjNGkF-2ichb2bWmZVmOrG2om7pFFqve04wTxBZXhoJHdEQ3b-xpI/s1600/36903_1402475835057_1627177723_962247_2871053_n.jpg

KL Gangster terbitan Skop Productions dan arahan Syamsul Yusof memberi nafas baru dalam industri perfileman tanah air apabila membuktikan filem dari negara ini akhirnya berjaya melepasi kutipan RM10 juta, sesuatu yang sebelum ini tidak pernah terfikir oleh ramai peminat dan karyawan filem di negara ini. KL Gangster juga mencipta rekod baru apabila kutipan hari pertama tayangannya pada 9 Jun lalu berjaya mencapai RM1.5 juta, membenamkan pencapaian yang diperoleh filem Kongsi apabila mencipta rekod RM1.1 juta apabila ditayangkan pada bulan lalu. 

Ketika ini filem yang dibintangi Aaron Aziz, Adi Putra, Syamsul, Zizan dan Sheera Iskandar itu masih terus ditayangkan menerusi lebih 80 pawagam di seluruh negara. Kejayaan hebat KL Gangster juga membuka mata ramai pihak yang tidak menyangka genre aksi kini semakin mendapat perhatian ramai dan akan menjadi trend baru filem tempatan dalam tempoh beberapa tahun ini.

Ramai mengandaikan filem itu jika masih terus bertahan sehingga hujung bulan ini, ia mampu mencapai kutipan RM13 juta
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! KL Gangster Cipta Sejarah Kutip RM11Juta

Betol-betol Gempak! Sepah Juara Maharaja Lawak!

Oleh Kaki Wayang on

Buat pertama kalinya juara-juara Raja Lawak berentap dalam final Maharaja Lawak..yang mana Yus merupakan Juara Raja Lawak musim pertama dan Tauke merupakan peserta yang mendapat tempat keempat pada musim yang sama..Zizan dan Johan pula merupakan peserta musim pertama masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga..Nabil pula merupakan juara bagi musim kedua..dan kumpulan Sepah merupakan juara musim ketiga..kalau kengkawan semua perasan..semua yang berentap pada final Maharaja Lawak merupakan otai-otai lawak yang dah lama mewarnai dunia lawak tanahair..

Walaubagaimanapun Betol-betol Hangat! amat mengharapkan Jozan menjadi juara kerana BBH amat meminati Jozan berbanding ketiga-tiga peserta yang lain..tapi tak kisahlah sebab Sepah menang aku kira halal jelaaa..volleh gitu?..sebab ape..Sepah merupakan peserta yang sangat konsisten setiap minggu..

Walau apapun tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sepah atas kemenangan itu..anda memang layak untuk digelar juara Maharaja Lawak..Berikut mwerupakan keputusan penuh Maharaja Lawak:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGk8Dn15xClHoo9Z9NPXEUEIrCt50y1Y7abX-BhBD3kUTuq7Vsl-fdJBYUGiKH1RfS4jwicvBB2tuKQ3zopPM7ekhWfhWfhxW-_UibhsFaBCpCXbXxgyYttsA7JhXSjrJyJw1hTj7wApw/s1600/Sepah-Maharaja-Lawak.jpg
Juara: Sepah (RM350,000.00)

http://1.bp.blogspot.com/-n-reuz-kKvs/TbEL4yLE7OI/AAAAAAAAIGU/aJOiV1eeOuE/s1600/198442_134702389935805_128050303934347_218939_2056880_n.jpg
Naib Juara: Jozan (RM250,000.00)

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidsZW7pnHXFyk5V_bxXp49L9ebW_Cy3kmK_-_wIrhOxP-2Ab_hv-bxv4JEjdGmWc64S6U7YuJDYmvY47sLwMuZW4q-VzbHJvKBgg_o2v1BbKN8IFEb7FSDx6dqvCgkpeiAZ2G9FgwlnTI/s1600/nabil+maharaja+lawak.jpg
Ketiga: Nabil (RM150,000.00)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgC28rnmMyLTGLGFpcMvlIWahj2p3Cy5PFIVRPGbPV-PVPBrPHUUwrMxmpyWDk8OrONX5q7_SdQLYqSvQTuLlowB8iXWi04SBW8j0S6dnoeMrv-mkCCteH54XPGaYT_jDvmvwIIy2BME6o/s400/Jambu+Maharaja+Lawak.jpg
Keempat: Jambu (RM50,000.00)
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Sepah Juara Maharaja Lawak!

Betol-betol Hangat! Perlu ke update blog banyak-banyak?

Oleh Kaki Wayang on


Dari pagi sampai ke tengahari diselangi dengan sarapan dan mengangkat buku yang dah siap letak RFID..kemudian meng”update” blog..rupanya dah sampai ke entri yang ke 17 untuk sesi pagi ini..dan apa yang aku rasa kali ini adalah pertama kali aku telah Berjaya membuat dan meng”update” blog dengan entri yang agak banyak juga..


Sambil-sambil meng”update” blog aku masih sempat mengisi dan menyiapkan Buku Log Latihan 2011 dan petang ni perlu dihantar ke Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan. Khabarnya nak mintak fotostat sijil sekali. Sijil pula tinggal kat rumah. Kena siapkan petang ni jugak. Seb baek ada E-Sis sebagai panduan.

Oklah kengkawan cukup setakat entri ke-18 untuk pagi ni. Kejap lagi nak pegi solat jumaat. Jangan pula korang (lelaki) tak pegi yer. Berdosa tau. Nanti termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. So, sama-samalah kita saling mengingatkan kepada rakan-rakan samaada blogger-blogger lain ataupun masyarakat sekeliling.
Selamat balik ke rumah dan jangan lupa Solat Jumaat!

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Perlu ke update blog banyak-banyak?

Betol-betol Informasi! Diet yo-yo?

Oleh Kaki Wayang on


Anda mudah menurunkan berat badan dan mudah juga menaikkannya kembali. Tidak dinafikan, diet ekstrem yang mampu menurunkan berat badan dengan pantas memang menarik hati. Tetapi usah lupa yang ia juga dengan mudahnya mampu menaikkan berat badan anda juga. Lebih teruk, berat yang naik itu mungkin lebih banyak daripada berat badan asal. Tania Ferrato dari Dietitians Association of Australia berkata “sindrom diet yo-yo kurang menguntungkan kerana ia mudah menaikkan risiko obesiti, penyakit jantung dan juga diebetes.
 
Info baik

Walaupun anda pernah atau sedang melakukan diet yo-yo tidak ada salahnya untuk anda memperbaiki cara diet anda. Yang terbaik ialah mengurangkan makanan agar berat anda turun sedikit demi sedikit. Tetapi pastikan yang anda tetap mendapat nilai gizi yang tubuh perlukan. Pengurangan berat badan sebanyak sekilogram dalam seminggu sudah cukup.


Apa yang perlu dibuat

Menurut Ferrato, buatlah ”target” dalam jangka waktu panjang. Sebagai contoh, fikirkan penampilan yang anda inginkan dalam tempoh lima atau enam bulan akan datang. Buat perubahan secara kecil bukannya secara besar-besaran dalam tempoh yang singkat.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Diet yo-yo?

Betol-betol Informasi! Malas bergerak?

Oleh Kaki Wayang on

 
Jika anda memang malas untuk melakukan aktiviti-aktiviti cergas, risiko obesiti lebih mudah menyerang. Malas bergerak akan melambatkan metabolisme. Hal ini mampu mempengaruhi proses pembakaran lemak dan peredaran darah dalam tubuh.

Info baik

Jika anda memutuskan untuk aktif bergerak hari ini juga, kesannya juga akan datang kepada anda dengan pantas. Dengan membiasakan diri berlatih tiga kali seminggu, “mood” dan pola tidur anda akan menjadi lebih baik. Beriadah secara cergas juga mampu memperbaiki emosi diri jika anda sedang tertekan. Tubuh lebih segar dan anda jarang sakit.

Apa yang perlu dibuat

Pada permulaannya, anda pasti cepat penat. Biasakan diri dengan latihan tiga kali seminggu itu dan setiap sesi cukuplah setakat 40 minit. Gabungkan latihan jenis aerobik (misalnya menggunakan “treadmill”, “cross trainer’ atau berbasikal), ketahanan (latihan beban) dan regangan.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Malas bergerak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...