PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Informasi! Rahsia disebalik DEMAM!

Oleh Kaki Wayang on

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxhqGssLbwEngdmjB0USNw4EAbAY8vkYkYP5GNXlHQ9SjmphLEO7buXdCWftzTPDfcQVm3tAjayMv8BXQ2Q0J4rbjQgG9E1bWdsAh_jKBJctlpRNO9NXavZHu7yzH0YkpALnpHOhkkqnzE/s1600/demam.gif

Hakikat Demam

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :
“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :
“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka.

Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud “mendinginkannya dengan air” itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.

Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Tafsirnya : “Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”. (Surah Al-Anbiya¡|: 83)

Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut “aku disentuh” dan tidak menyebut perkataan “aku ditimpa”. Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga “atas kehendakMu”, kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: “Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani”.

Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.

Mencaci-maki Demam

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:
“Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?
Dia menjawab: “Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya”.
Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.

Demam Penebus Dosa

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

Jadi, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Bagaimanakah dengan kita apabila ditimpa demam? Adakah kita akan merungut-rungut? Atau kita tetap redha dengan ketentuan ALLAH pada kita? Fikir-fikirkan.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Rahsia disebalik DEMAM!

Betol-betol Informasi! Tips Membuat ‘Presentation’ Yang Hebat

Oleh Kaki Wayang on

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai tips bagaimana untuk membuat presentation yang hebat! Tips ini sebenarnya bukannya ditulis oleh saya. Tapi disebabkan saya rasakan tips ni memang bagus dan amat berguna kepada mereka yang selalu kena buat presentation, maka saya kongsikanlah dengan anda.

Bacalah tips bagaimana membuat presentation yang hebat yang ditulis oleh Dr Irfan Khairi ini. Dalam perniagaan, ada kalanya kita perlu melakukan presentation. Tak kira, presentation proposal, atau melakukan sedikit “talk” atau ceramah, mendapatkan sponsor, atau apa sahaja. Skil presentation adalah penting dalam perniagaan.

Lihat sahaja Donald Trump, Bill Gates, Anita Roddick, Steve Jobs, Oprah Winfrey… semua ikon perniagaan yang turut hebat dalam skill komunikasi & presentation… mungkin juga sebaliknya, mereka hebat dalam skil presentation dan akibatnya perniagaan menjadi hebat.

Skil komunikasi/presentation adalah penting dalam mengembangkan lagi perniagaan kita. Berikut adalah beberapa tips:

***Start with a BANG!

Mula dengan sesuatu yang mengejutkan… atau membuat pendengar anda teruja. tak semestinya mula dengan lawak. Sekiranya anda bukan jenis yang suka melawak, tak perlu pun takpe. Tetapi, mulakan sesuatu yang boleh menarik perhatian pendengar anda. Sekiranya anda membuat presentation untuk mendapatkan derma bagi mereka yang kurang bernasib baik, apa kata mulakan dengan slides gambar-gambar orang2 yang kurang bernasib baik dalam keadaan yang menyedihkan. Kemudian tanya… “Bayangkan ibu bapa dan adik beradik anda dalam keadaan ini…”. Pastinya dapat menangkap perhatian audience pada minit yang pertama.

***Keep it short

Ini kesilapan yang selalu saya lihat bagi mereka yang masih lagi baru dalam bidang membuat presentation. Terlalu banyak yang ingin disampaikan. Contoh, masa yang diberikan 10 minit, dalam masa itu, 20 point ingin disampaikan. Ataupun, sering kali juga, membuat presentation dan memakan masa yang lama. Saya pasti anda sendiri pernah mengalami ini, duduk di dewan dan mendengar presentation yang lama (dan agak membosankan) kerana speaker tersebut hendak menyampaikan seluruh mesej!

Keep it short. Bagi anda yang pernah melihat saya melakukan talk pendek atau jadi tetamu jemputan membuat talk, pastinya perasan sering kali saya hanya cakap untuk 10-15 minit sahaja. Ada kalanya saya bercakap 5 minit sahaja dan hanya menyampaikan 2-3 point penting. Make your audience want more dari pada mengharapkan anda cepat habis bercakap! Keeping it short bererti anda tidak menyampaikan terlalu banyak point serta tidak memakan masa yang lama.

***Relate with them

Manusia mempunyai tarikan emosi. Manusia akan tertarik dengan manusia yang “lebih kurang” sepertinya. Tentukan audience anda dan cuba dapatkan sesuatu yang boleh anda kaitkan dengan audien. Contoh, sekiranya anda bercakap dihadapan golongan koporat, pastikan pakaian anda juga seperti koprat dan beri contoh pengalaman berkaitan dengan industri koprat. Sekiranya anda bercakap dengan golongan suri rumah, masukkan elemen-elemen menjaga anak dan mengendalikan rumah dalam talk anda.

Dengan mempunyai persamaan dengan mereka yang anda bercakap, hubungan antara anda dan audience menjadi semakin rapat dan mereka dapat menerima anda dengan lebih mudah. Survey ada mengatakan, public speaking adalah #1 perkara paling menakutkan untuk orang ramai. 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Tips Membuat ‘Presentation’ Yang Hebat

Betol-betol Hangat! Panduan Mandi yang betul!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIUZKKhCTrVGWZ9iTJMSjG5d0GTrmiCz6ECLsSejyTCzQjm6xG0wYhhhmu5Ru8pJEkvob_E1jWlGo21NbH8YJ9XNUz7tIcfpfab_Vpze7l86K1c0g6Ovtv2bmd4lEZa1FOK7G2D_LlMfGP/s1600/baby+mandi.jpg

Dalam sehari, berapa kali anda mandi? 3 kali? 2 kali? Atau 1 kali saja? Saya kalau hari bekerja, akan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Iaitu lepas bangun tidur sekali, dan selepas balik dari kerja sekali.

Tapi kalau hujung minggu atau hari cuti, saya akan mandi lebih kerap. Paling tidak 3 kali iaitu pagi, tengahari dan sebelum maghrib.

Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada anda. Bagaimanakah cara anda mandi setiap hari? anda basahkan dari bahagian atas (kepala) dulu atau dari bahagian bawah (kaki) dulu? Atau anda jirus dari bahagian tengah (badan) dulu? Saya ada bertanya kepada kawan-kawan saya bagaimana mereka mandi? Adakah mandi mula dengan basahkan kaki dulu atau kepala dulu? Kebanyakan mereka cakap, mereka mandi mula dari kepala dulu.

Saya katakan kepada mereka, cara itu kurang baik. Sebab saya pernah terbaca satu artikel yang menceritakan tentang cara mandi yang lebih baik dan patut diamalkan oleh semua orang.

Apakah cara tersebut? Caranya ialah mandi dengan cara membasahkan bahagian bawah dulu (kaki) dan kemudian baru basahkan bahagian badan dan seterusnya bahagian kepala. Cara mandi ini disebut ‘mandi songsang’.

Menurut artikel yang saya baca, cara mandi sebegini adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.

Kebiasaannya, ramai diantara kita mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala dulu. Sebenarnya cara ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Ia boleh menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Ini adalah disebabkan, seluruh sistem hormon dan aliran bendalir dalam badan adalah diatur dan disetkan di dalam kepala. Jadi, cara mandi bermula dari kepala akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Cara yan bagus dan lebih dianjurkan ialah, mandi songsang iaitu dengan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala.

Berikut ini dicatatkan beberapa kebaikan dan kelebihan mandi songsang atau mandi yang bermula dari bahagian bawah.
  1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
  2. Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
  3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
  4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
  5. Melancarkan perjalanan darah.
  6. Menjadikan pengamal semakin pintar.
  7. Meninggikan daya ingatan.
  8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
  9. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
  10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
  11. Memiliki daya ketahanan mental.
  12. Menambahkan semangat berani.
  13. Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan. 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Panduan Mandi yang betul!

Betol-betol Hangat! Tips Menggembirakan Hati Duka Lara

Oleh Kaki Wayang on

http://us.images.detik.com/content/2009/12/30/766/WANITA-SEDIH-LUAR.jpg

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental anda, emosi anda, kesabaran anda.

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Tips Menggembirakan Hati Duka Lara

Betol-betol Informasi! Bagaimana mengulangkaji secara EFEKTIF?

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4pAWLndYigy7Xucwb_NW462Z0HfvOhG3O6Dcza9_JFyDwhjDtXClKFbuTk5GQPuujWSXePcy081Rak25H9Da0X-UeGnlIafelxutp_-uJvGnCJnazylzNug1UNeHKpcJBEROh4yYztOY/s1600/belajar1.jpg

MENGULANG kaji sama ada membuat pembacaan atau membuat latihan hendaklah dilakukan dalam keadaan yang tenang dan suasana yang sesuai. Buat persiapan yang rapi sebelum memulakan ulang kaji supaya ia boleh berlaku secara berkesan tanpa banyak gangguan. Sila ikuti panduan yang berikut untuk membantu keberkesanan ulang kaji anda.

1. Pastikan mata anda sentiasa segar dan ceria

Anda perlu memastikan bahawa ada dibekalkan dengan cahaya yang mencukupi sewaktu membaca.

Pembacaan yang dilakukan dalam keadaan yang agak kelam atau pun terlalu terang boleh memberikan keadaan tidak selesa kepada mata anda. Mata juga akan menjadi cepat letih.

Untuk meningkatkan dan mengekalkan kesegaran mata, anda harus memastikan bahasa anda mendapat bekalan Vitamin A yang mencukupi. Vitamin A sangat berguna untuk mata anda.

Sumber-sumber vitamin A yang asas termasuklah sayur-sayuran seperti lobak merah, perahan air buah, ubi kentang, jagung, telur dan sebagainya.

Baik juga jika anda dapat mengamalkan senaman mata yang ringkas namun berguna kepada mata anda. Antara senaman ringkas yang boleh anda gunakan ialah:

i. Memanaskan mata (yang terpejam) dengan cahaya matahari atau di bawah sinaran cahaya dalam suhu yang sesuai.

Cara ini amatlah mudah. Apabila berada di luar rumah atau bangunan, anda pejam mata anda dan kemudian halakan wajah ke arah matahari. Pejamkan mata. Alih-alihkan pandangan anda ke kiri dan ke kanan supaya cahaya matahari mengenai mata secara tidak langsung.

ii. Panaskan mata dengan telapak tangan anda.

Selepas membaca buat beberapa jam, gosokkan kedua-dua telapak tangan anda antara satu sama lain. Selang beberapa lama, setelah anda berasa tapak tangan anda agak panas, tekupkan kedua-dua telapak tangan anda pada kedua-dua mata anda. Mata anda akan kembali segar dan bersedia untuk terus membaca dengan berkesan.

Selepas anda berusaha mengulangkaji, dan menguasai teknik-teknik menghafal serta membaca, tibalah masanya untuk anda menghadapi hari penentuan, atau hari peperiksaan.

Peperiksaan selalunya dikaitkan dengan pelbagai perkara. Antara lain, ia bertujuan untuk:

1. Menguji setakat mana maklumat dapat diterima oleh anda sebagai pelajar yang mempunyai pendidikan formal.

2. Memberi peluang untuk anda menunjukkan kemahiran dalam pelbagai perkara yang telah dipelajari dalam proses pembelajaran sepanjang hidup anda.

3. Mengukur keupayaan pembelajaran.

4. Menentukan kelayakan mengenai keupayaan kognitif atau mental anda sebagai pelajar.

5. Menentukan kecenderungan dan tanggapan anda terhadap apa yang anda pelajari dalam proses pembelajaran formal anda di tempat belajar.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Bagaimana mengulangkaji secara EFEKTIF?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...