PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Perlu ke update blog banyak-banyak?
Oleh Kaki Wayang on
Dari pagi sampai ke tengahari diselangi dengan sarapan dan mengangkat buku yang dah siap letak RFID..kemudian meng”update” blog..rupanya dah sampai ke entri yang ke 17 untuk sesi pagi ini..dan apa yang aku rasa kali ini adalah pertama kali aku telah Berjaya membuat dan meng”update” blog dengan entri yang agak banyak juga..
Sambil-sambil meng”update” blog aku masih sempat mengisi dan menyiapkan Buku Log Latihan 2011 dan petang ni perlu dihantar ke Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan. Khabarnya nak mintak fotostat sijil sekali. Sijil pula tinggal kat rumah. Kena siapkan petang ni jugak. Seb baek ada E-Sis sebagai panduan.
Oklah kengkawan cukup setakat entri ke-18 untuk pagi ni. Kejap lagi nak pegi solat jumaat. Jangan pula korang (lelaki) tak pegi yer. Berdosa tau. Nanti termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. So, sama-samalah kita saling mengingatkan kepada rakan-rakan samaada blogger-blogger lain ataupun masyarakat sekeliling.
Selamat balik ke rumah dan jangan lupa Solat Jumaat!
Betol-betol Informasi! Diet yo-yo?
Oleh Kaki Wayang on
Anda mudah menurunkan berat badan dan mudah juga menaikkannya kembali. Tidak dinafikan, diet ekstrem yang mampu menurunkan berat badan dengan pantas memang menarik hati. Tetapi usah lupa yang ia juga dengan mudahnya mampu menaikkan berat badan anda juga. Lebih teruk, berat yang naik itu mungkin lebih banyak daripada berat badan asal. Tania Ferrato dari Dietitians Association of Australia berkata “sindrom diet yo-yo kurang menguntungkan kerana ia mudah menaikkan risiko obesiti, penyakit jantung dan juga diebetes.
Info baik
Walaupun anda pernah atau sedang melakukan diet yo-yo tidak ada salahnya untuk anda memperbaiki cara diet anda. Yang terbaik ialah mengurangkan makanan agar berat anda turun sedikit demi sedikit. Tetapi pastikan yang anda tetap mendapat nilai gizi yang tubuh perlukan. Pengurangan berat badan sebanyak sekilogram dalam seminggu sudah cukup.

Apa yang perlu dibuat
Menurut Ferrato, buatlah ”target” dalam jangka waktu panjang. Sebagai contoh, fikirkan penampilan yang anda inginkan dalam tempoh lima atau enam bulan akan datang. Buat perubahan secara kecil bukannya secara besar-besaran dalam tempoh yang singkat.

Betol-betol Informasi! Malas bergerak?
Oleh Kaki Wayang on
Jika anda memang malas untuk melakukan aktiviti-aktiviti cergas, risiko obesiti lebih mudah menyerang. Malas bergerak akan melambatkan metabolisme. Hal ini mampu mempengaruhi proses pembakaran lemak dan peredaran darah dalam tubuh.
Info baik
Jika anda memutuskan untuk aktif bergerak hari ini juga, kesannya juga akan datang kepada anda dengan pantas. Dengan membiasakan diri berlatih tiga kali seminggu, “mood” dan pola tidur anda akan menjadi lebih baik. Beriadah secara cergas juga mampu memperbaiki emosi diri jika anda sedang tertekan. Tubuh lebih segar dan anda jarang sakit.

Pada permulaannya, anda pasti cepat penat. Biasakan diri dengan latihan tiga kali seminggu itu dan setiap sesi cukuplah setakat 40 minit. Gabungkan latihan jenis aerobik (misalnya menggunakan “treadmill”, “cross trainer’ atau berbasikal), ketahanan (latihan beban) dan regangan.

Betol-betol Informasi! Tahukah Anda! Perbezaan khasiat ikan segar, tin panggang dan beku
Oleh Kaki Wayang on
Asid lemak omega 3 dalam ikan beku akan berkurang sedikit demi sedikit. Tahap asid ini bergantung kepada kualiti ikan itu sendiri, keadaan pembekuan dan suhu penyimpanan. Namun, asid lemak pada ikan yang ditinkan akan berkurangan lebih perlahan daripada ikan yang dibekukan. Manakala untuk ikan yang ditinkan pula, ia biasanya akan kehilangan sesetengah jenis vitamin bergantung kepada jenis cecair yang merendamnya dan juga suhu pensterilannya. Ikan panggang khususnya jenis salmon tidak akan mengalami pengurangan asid lemak walaupun melalui proses pemanggangan. Namun, penyusutan akan terjadi bergantung kepada bahan mentah yang digunakan untuk memanggang, kaedah penyediaan dan penyimpanan.
Betol-betol Informasi! Tahukah Anda! Mengapa Perlu Makanan Organik
Oleh Kaki Wayang on

Tahukah anda, jika anda makan sebiji epal, anda sebenarnya sedang menelan 30 jenis racun serangga dalam masa yang sama walaupun selepas anda mencucinya. Sebenarnya kualiti makanan hari ini sudah menyusut semenjak terjadinya perang dunia kedua. Sebagai contoh, tahap kandungan Vitamin C dalam buah-buahan hari ini tidak mampu menyamai kadar Vitamin C yang ada pada ketika perang. Namun buah-buahan organik dipercayai mengandungi khasiat lebih 50%, mineral dan vitamin berbanding buah-buahan yang ditanam secara intensif.