PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label 10 Senarai Fobia pelik. Show all posts
Showing posts with label 10 Senarai Fobia pelik. Show all posts

Edisi Pelik! Api Misteri Kembali Mengganas - Serius Pelik!

Oleh Kaki Wayang on

Zainab menunjukkan api misteri (dalam bulatan) yang membakar kain tudungnya di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu semalam.

Selepas lebih setahun tenang tanpa serangan api misteri, keluarga Zainab Sulaiman, 75, atau lebih dikenali sebagai Mok Nab kembali resah apabila serangan tersebut kembali berulang di kediamannya di sini kelmarin.

Terbaru, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang, Jumaat lalu di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, dekat sini, apabila api misteri tersebut muncul secara tiba-tiba dan membakar sebuah almari yang sarat dengan pakaian.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Api Misteri Kembali Mengganas - Serius Pelik!

Edisi Pelik! Treler angkut batu gergasi!

Oleh Kaki Wayang on


SEBUAH bongkah batu gergasi (dalam bulatan) seberat 340 tan berada di atas sebuah treler di Lembah Jurupa, California kelmarin. 
Selepas persediaan selama beberapa bulan, sebuah bongkah batu gergasi memulakan perjalanan sejauh 169 kilometer menuju ke Muzium Seni Daerah Los Angeles di sini.

Batu granit seberat 340 tan itu yang dipilih oleh pengukir terkenal AS, Michael Heizer sebagai bahan pamerannya, meninggalkan sebuah kuari di Riverside dekat sini lewat kelmarin. Batu berkenaan yang setinggi bangunan dua tingkat dan berbentuk seperti titisan air mata, diangkut di atas sebuah treler sepanjang sebuah padang bola sepak.

Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Treler angkut batu gergasi!

Edisi Pelik! Walaupun Koma Tapi Masih Boleh Melontar Bola - Serius Pelik!

Oleh Kaki Wayang on

MAGGIE mampu melontar bola walaupun masih dalam koma. Gambar kecil, Maggie kembali ke sekolah selepas empat tahun dirawat.
MAGGIE mampu melontar bola walaupun masih dalam koma. Gambar kecil, Maggie kembali ke sekolah selepas empat tahun dirawat.

Seorang pelajar sekolah tinggi yang terlalu minat kepada sukan bola keranjang menunjukkan aksi luar biasa ketika koma akibat jangkitan kuman di otaknya. Media semalam melaporkan, Maggie Meier jatuh sakit pada 2008 dan dimasukkan ke hospital akibat tidak sedarkan diri.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Walaupun Koma Tapi Masih Boleh Melontar Bola - Serius Pelik!

Edisi Pelik! Berlian merah jambu ditemui!

Oleh Kaki Wayang on





Gergasi perlombongan Rio Tinto semalam menyatakan pihaknya menemui batu berlian merah jambu 12.76 karat di Australia. Ia merupakan berlian merah jambu terbesar pernah ditemui di negara berkenaan.Dinamakan Argyle Pink Jubilee, batu berlian besar itu ditemui di lombong berlian merah jambu Argyle di Kimberley, Australia Barat.


Rio Tinto dalam satu kenyataan memberitahu, masa selama 10 hari diperlukan bagi memotong dan mengilat batu permata berkenaan.

"Kami semua teruja dengan penemuan berlian ini yang jarang-jarang ditemui," kata Ketua Divisyen Berlian Merah Jambu Argyle, Josephine Johnson.

"Berlian seperti ini ditemui sekali dalam tempoh 26 tahun dan mungkin tidak akan ditemui lagi.

"Individu yang dapat memakai berlian merah jambu ini sudah tentu amat bertuah," tambahnya.
 
Menurut kenyataan Rio lagi, harga berlian Argyll tersebut dianggar lebih AS$10 juta (RM30.3 juta) berdasarkan berlian merah jambu berkualiti tinggi yang dijual pada harga AS$1 juta (RM3 juta) untuk setiap karat.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Berlian merah jambu ditemui!

Edisi Pelik! Lelaki Diserang Sakit Jantung Ketika Makan Di Restoran ‘Heart Attack Grill’!

Oleh Kaki Wayang on

Lelaki Diserang Sakit Jantung Di Restoran 'Heart Attack Grill'

Pepatah ada mengatakan ‘apa ada dengan nama’, namun adakalanya nama juga penting untuk kita beringat dan berhati-hati. Di Las Vegas, ada sebuah restoran yang bernama ‘Heart Attack Grill’.

Restoran tersebut siap memasang papan tanda berbunyi ” Pergi Dari Sini. Kalau Kamu Datang, Ia Akan Membunuh Kamu “ di luar premisnya.

Namun ia dipandang enteng kerana ramai yang menganggap ia cuma satu strategi pemasaran untuk menarik pelanggan ke restoran tersebut. Kenapa restoran itu dinamakan sedemikian. Ada sebab sebenarnya. Ia menghidangkan makanan-makanan yang mempunyai kalori yang cukup tinggi.

Sebagai contoh, ada sejenis burger yang dinamakan “Triple Bypass Burger”.

Ia mengandungi tiga lapis daging tebal, keju, bawang merah, bacon dan berbagai lagi perencah.Kesemuanya 6,000 kalori.


Selain itu, pemilik restoran tersebut turut menawarkan makanan percuma kepada pelanggannya yang mempunyai berat badan melebihi 350 pound!

Ironinya, pemilik restoran itu, Jon Basso sendiri adalah seorang pakar pemakanan dan mengusahakan sebuah pusat untuk menurunkan berat badan, pulak.

Baru-baru ini terjadi peristiwa malang apabila salah seorang pelanggannya yang sedang enak menikmati burger di restoran itu telah diserang penyakit jantung hingga membuatkan ia rebah ke lantai.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Lelaki Diserang Sakit Jantung Ketika Makan Di Restoran ‘Heart Attack Grill’!

Edisi Sentap! Lembu Lagi Tau Guna Jejantas Dari Manusia!

Oleh Kaki Wayang on


Manusia dikurniakan akal dan fikiran..itulah yang membezakan kita daripada makhluk lain..kita mampu memikirkan baik dan buruknya sesuatu perbuatan..namun kadang-kadang kita tidak menggunakan akal fikiran kita untuk tafsir benda yang baik untuk kita..sebagai contoh..

Aku, kalau ke bandar..pasti akan lalui beberapa kawasan yang ada jejantas..tapi jejantas tu tak pernah digunakan oleh masyarakat kat situ..sedangkan pada dasarnya jejantas ini dibina untuk mengelakkan dan mengurangkan kadar kemalangan..apa yang aku dapati, diorang ni nak juga lalu ikut jalan pintas..kira redah jalan raya tulaaa..sanggup redah walaupun dah tua, mengandung dan sebagainya..tapi gambar kat atas???

Aku tak maksudkan kita ni tak bijak berbanding dengan lembu kat atas tu..tapi kita tak gunakan anugerah Allah SWT yang Maha Kaya ini sebaiknya..

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Lembu Lagi Tau Guna Jejantas Dari Manusia!

Edisi Sentap! Anda Akan Gayat Bila Tengok Gambar Ini!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Anda Akan Gayat Bila Tengok Gambar Ini!

Edisi Pelik! Basikal Berkaki dan Memakai Kasut!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Basikal Berkaki dan Memakai Kasut!

Edisi Pelik! Kucing Ini Lagi Besar dari Bayi!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Kucing Ini Lagi Besar dari Bayi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...