Edisi Pelik! Lelaki Diserang Sakit Jantung Ketika Makan Di Restoran ‘Heart Attack Grill’!

Oleh Kaki Wayang on

Lelaki Diserang Sakit Jantung Di Restoran 'Heart Attack Grill'

Pepatah ada mengatakan ‘apa ada dengan nama’, namun adakalanya nama juga penting untuk kita beringat dan berhati-hati. Di Las Vegas, ada sebuah restoran yang bernama ‘Heart Attack Grill’.

Restoran tersebut siap memasang papan tanda berbunyi ” Pergi Dari Sini. Kalau Kamu Datang, Ia Akan Membunuh Kamu “ di luar premisnya.

Namun ia dipandang enteng kerana ramai yang menganggap ia cuma satu strategi pemasaran untuk menarik pelanggan ke restoran tersebut. Kenapa restoran itu dinamakan sedemikian. Ada sebab sebenarnya. Ia menghidangkan makanan-makanan yang mempunyai kalori yang cukup tinggi.

Sebagai contoh, ada sejenis burger yang dinamakan “Triple Bypass Burger”.

Ia mengandungi tiga lapis daging tebal, keju, bawang merah, bacon dan berbagai lagi perencah.Kesemuanya 6,000 kalori.


Selain itu, pemilik restoran tersebut turut menawarkan makanan percuma kepada pelanggannya yang mempunyai berat badan melebihi 350 pound!

Ironinya, pemilik restoran itu, Jon Basso sendiri adalah seorang pakar pemakanan dan mengusahakan sebuah pusat untuk menurunkan berat badan, pulak.

Baru-baru ini terjadi peristiwa malang apabila salah seorang pelanggannya yang sedang enak menikmati burger di restoran itu telah diserang penyakit jantung hingga membuatkan ia rebah ke lantai.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...