Edisi Simpati! Al-Fatihah: Zulhafiz Akhirnya Meninggalkan Kita….!

Oleh Kaki Wayang on

Zulhafiz Akhirnya Meninggalkan Kita....

Masih ingatkah Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani, 21, pemuda yang mengalami penyakit misteri di mana terdapat ketumbuhan seberat kira-kira 20 kilogram di bahagian bahu kirinya itu?

Dia akhirnya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan semalam. Menurut laporan akhbar, anak bongsu daripada lima adik-beradik itu meninggal dunia di sisi semua ahli keluarganya selepas dua minggu mendapatkan rawatan di HTAA.

Kata bapa Allahyarham, Abdul Ghani Mohamed, 64, seminggu lalu, ketumbuhan seberat 20 kilogram di bahu kiri anaknya tiba-tiba sahaja pecah dengan mengeluarkan darah dan cecair.

“Kira-kira segayung cecair yang keluar dari ketumbuhan tersebut dengan meninggalkan lubang sebesar bola ping pong.

“Selepas kejadian itu, saya lihat penderitaan arwah semakin berkurangan, malah pergerakannya lebih mudah kerana ketumbuhan tersebut semakin mengecil.

“Namun siapa sangka arwah akhirnya pergi meninggalkan kami semua,” katanya ketika ditemui selepas pengkebumian Mohd. Zulhafiz di tanah perkuburan Perkampungan Felda Bukit Goh di sini hari ini.

Jenazah dikebumikan pada pukul 11 pagi ini selepas disembahyangkan di rumah keluarga Allahyarham dengan dihadiri kira-kira 100 orang.

Al-Fatihah…

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
3 Comments

{ 3 Komen Membina!... read them below or add one }

emarieys said...

Al-Fatihah

Kaki Wayang said...

Al-Fatihah..Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Dayang Deno said...

al-fatihah buat arwah.. mungkin ini lebih baik utk meringankan penderitaan arwah...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...