Edisi Sentap! Amah beru kerja 3 hari songlap RM55,000!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang amah warga Indonesia yang baru tiga hari ditugaskan mengasuh anak majikannya meninggalkan kanak-kanak berusia dua tahun itu sendirian sebelum melarikan diri bersama wang tunai, barang kemas, beg tangan berjenama dan telefon bimbit majikannya bernilai RM55,000.

Kejadian itu disedari majikan terbabit, seorang ahli perniagaan wanita berusia 34 tahun, selepas dimaklumkan pemandunya mengenai kehilangan amah terbabit di rumahnya di Mutiara Damansara, di sini, jam 3 petang, Jumaat lalu.

Menceritakan kejadian terbabit, bekas suami ahli perniagaan itu yang hanya dikenali sebagai Mahmud, 34, berkata dia menerima panggilan daripada pemandunya memaklumkan amah terbabit meninggalkan anak bongsunya sendirian di rumah bekas isterinya.

“Pemandu itu menghantar seorang lagi anak saya pulang dari sekolah ke rumah bekas isteri sebelum mendapati amah terbabit berusia 37 tahun tiada dan usaha mencari di kawasan berhampiran gagal menemui wanita itu.

“Kami mengesyaki amah terbabit melarikan diri dan bekas isteri yang memeriksa bilik di rumahnya mendapati wang RM30,000, barang kemas bernilai RM20,000, beg tangan berjenama dan telefon pintar Blackberry tiada dalam simpanan,” katanya, semalam.

Susulan itu, Mahmud membuat laporan di Balai Polis Damansara. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...