PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Edisi Hangat. Show all posts
Showing posts with label Edisi Hangat. Show all posts

Edisi Hangat! Susulan Kes Sri Wani Choo Abdullah, Sri Wani Sah Perempuan dan Gambar Hangat Beliau!

Oleh Kaki Wayang on


Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah seorang perempuan. Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepada Sinar Harian oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta, di sini, semalam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Susulan Kes Sri Wani Choo Abdullah, Sri Wani Sah Perempuan dan Gambar Hangat Beliau!

Edisi Hangat! Walaupun Kuku Saya Buruk, Saya Tetap Artis Paling Popular - Aaron Aziz!

Oleh Kaki Wayang on

Mungkin itulah ungkapan yang cuba Aaron Aziz ucapkan selepas dinobatkan sebagai Artis Paling Popular 2011 semalam. Begitulah penangan pelakon utama Ombak Rindu dan KL Gangster ini. Walaupun sebelum ini nama beliau dikaitkan dengan ISU Menipu Nama Sebenar dan ISU Kuku yang entah hape-hape..nampaknya itu semua adalah isu remeh yang tidak perlu diambil maklum oleh Aaron Aziz. Kuku buruk ke, dia tetap popular!!! Tahniah Aaron Aziz.


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Walaupun Kuku Saya Buruk, Saya Tetap Artis Paling Popular - Aaron Aziz!

Edisi Terkini! Eksklusif: Insiden Pengacara TV Sepak Muka - Keratan Laporan Polis Didedahkan Kepada Media!

Oleh Kaki Wayang on


Lewat petang tadi, kami menerima sekeping kertas bersaiz A4 yang di’dakwa sebagai salinan kepada laporan polis yang di’buat secara rasmi. Laporan polis ini adalah hasil laporan wanita berusia 29 tahun yang menjadi mangsa insiden sepak muka oleh seorang selebriti bergelar pengacara popular sebuah rancangan gossip di Malaysia.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Eksklusif: Insiden Pengacara TV Sepak Muka - Keratan Laporan Polis Didedahkan Kepada Media!

Edisi Ohsem! Gambar Dalaman KOC MyKomuter KTM Yang Ohsem dan Lebih Canggih - Serius Ohsem!

Oleh Kaki Wayang on

 
Beginilah keadaanya di dalam KOC My Komuter KTM yang baru mula beroperasi beberapa minggu lalu. Dengan design baru yang lebih ampuh, kemas dan lebih luas menjadikan koc baru ini tampil berbeza berbanding dahulu. Kalau KliaExpress ada paparan LCD pada setiap KOC, MyKomuter pun ada juga. Kao hadooooo? 

Sila baca selanjutnyaEdisi Ohsem! Gambar Dalaman KOC MyKomuter KTM Yang Ohsem dan Lebih Canggih - Serius Ohsem!

Edisi Hangat! Gambar Planet Musytari dan Planet Zuhal Yang Berjaya Diambil Maghrib Tadi - Subhanallah Cantiknya!

Oleh Kaki Wayang on


Planet Musytari Dan Zuhal Di Langit Barat Pada Waktu Maghrib Tadi.. Gambar Diambil Di Masjid Ar-Rahimiah Klang...
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Planet Musytari dan Planet Zuhal Yang Berjaya Diambil Maghrib Tadi - Subhanallah Cantiknya!

Edisi Hangat! Eh, Najib Razak dan Rosmah Mansur Berpakaian Seperti Ustaz dan Ustazah?

Oleh Kaki Wayang on


Sama-samlah kita doakan..semoga semuanya berubah kepada yang baik..pemimpin yang baik menggambarkan rakyat yang baik..Biasanya, artis ataupun ulama ataupun kekasih yang kita kasihi Nabi Muhammad S.A.W merupakan "role model" yang boleh dijadikan contoh..lebih-lebih lagi para ulama dan Nabi sendiri..
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Eh, Najib Razak dan Rosmah Mansur Berpakaian Seperti Ustaz dan Ustazah?

Edisi Hangat! Earning Nuffnang Bagi Bulan September 2011 Berjumlah RM29,160.05 - Serius Hangat!

Oleh Kaki Wayang on



Alhamdulillah syukur pendapatan sebelum ini mampu menambah kehangatan dan semangat untuk terus berblog.. Sikit je pun kan RM29,160.05..bolehlah buat bayar muka beli kete pas ni..tak pun simpan untuk masa depan, untuk umrah atau nak gi haji..

Orang lain mesti lagi banyak kan..yelaaa blog orang lain lagi hebat dari blog aku ni konfemlah dapat lebih banyak dari tu..macam Abg Ben, Eyriqazz mahupun Mat Gebu..mereka-mereka ni semuanya mampu capai sebanyak itu..
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Earning Nuffnang Bagi Bulan September 2011 Berjumlah RM29,160.05 - Serius Hangat!

Edisi Gempak! Pelajar "Politeknik Muadzam Shah" Johan Lagu Patriotik!

Oleh Kaki Wayang on


Alhamdulillah..oklah walaupun hanya masuk dalam ruangan Jawi Utusan Malaysia..tapi ianya cukup bermakna buat aku apabila berjaya menjadi johan dalam pertandingan Lagu_lagu Patriotik..pertama kali mencuba hanya berjaya mendapat tempat keempat atas faktor-faktor pemilihan lagu. Namun begitu akhirnya berjaya juga tampil sebagai Johan Lagu-lagu Patriotik yang diadakan di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur pada suatu ketika dulu.

Pada ketika itu, pengacara majlis pertandingan menganggap aku sebagai pelajar Politeknik Muadzam Shah..padahal aku ni bukan lagi student pada ketika itu..tapi sekurang-kurangnya kesilapan itu mampu menaikkan dan membawa nama Politeknik Muadzam Shah di mata Malaysia.


Pada ketika itu, aku membawa Lagu Bahtera Merdeka sebagai taruhan..buat pengetahuan semua apa yang menarik dalam pertandingan itu..aku terpaksa bersaing dengan 3 orang peserta dari akademi ASWARA..suara yang ditampilkan oleh mereka bertiga memang cukup mengasyikan..cukup membuat aku gentar untuk bertanding..Namun, segala-galanya berubah apabila aku diumumkan sebagai Johan Pertandingan Lagu Patriotik..hanya Allah SWT sahaja yang tahu akan kegembiraan yang jelas terpancar kat wajah aku masa tu..siap wartawan Utusan Malaysia mewawancara aku lagi..katenyer untuk dimasukkan dalam Utusan Malaysia..

Walaupun sekadar bahagian ruangan jawi..tapi tak kisahlah..paper tu tetap paper Utusan Malaysia..hehehehe...

Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Pelajar "Politeknik Muadzam Shah" Johan Lagu Patriotik!

Edisi Hangat! 15 Blog TERBAIK Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on


Disebabkan kemalasan yang menimpa untuk mengupdate blog yang tak seberapa ini..aku mengambil keputusan untuk mencari idea melalui post rakan-rakan blogger yang lain..mangsa pertama adalah blog Bangku Kosong..minta maaf yer Abg HasrulHassan..sekadar berkongsi je.

Dan disebabkan kemalasan untuk membuat research jugalah yang menyebabkan aku ingin kongsikan sedikit maklumat berkenaan dengan tajuk yang aku dapatkan daru blog HasrulHassan ini..blog yang mempunyai pelbagai informasi dan inspirasi ini..

Nama Blog/Global Rank/Malaysia Rank



  1. http://beautifulnara.com 10769/ 59
  2. http://blogserius.blogspot.com 16170/ 90
  3. http://ohbulan.com 19982/ 99
  4. http://paultan.org 15697/ 103
  5. http://denaihati.com 20227/ 113
  6. http://amanz.my 25621/ 129
  7. http://itsmesaiful.blogspot.com 36237/ 176
  8. http://rotikaya.com 53880/ 203
  9. http://ohartis.com 403528/ 206
  10. http://www.informasi.my 40442/ 219
  11. http://benashaari.com 44208/ 231
  12. http://puanbee.com 48254/ 250
  13. http://mummynemo.com 52749/ 263
  14. http://ohtidak.com 49249/ 267
  15. http://www.borakkosong.com 49003/ 281

Sememangnya blogger-blogger ini memang layak untuk berada dikedudukan mereka sekarang..pelbagai peniktirafan yang diberikan kepada mereka-mereka ini..dengan pengisian yang menarik dari pelbagai sudut menyebabkan blog mereka disapa kebanyakan orang di Malaysia ini..malah mungkin diseluruh dunia..

Sumber: Alexa
Sumber: HasrulHassan



Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! 15 Blog TERBAIK Malaysia!

Edisi Hangat! Marsha Londoh Bersama Kekasih Baru, Tengku Bakar!

Oleh Kaki Wayang on

 

Kredit: RotiKaya.COM

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Marsha Londoh Bersama Kekasih Baru, Tengku Bakar!

Edisi Hangat! Wanita itu ibarat EPAL! Sebabnya? Sila Baca!

Oleh Kaki Wayang on


Wanita ibarat epal.

Epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah.

Tetapi epal yang tak mampu dibeli berada dipuncak pokok.

Susah dipetik,susah digapai.
 Kadang-kadang epal itu risau,"kenapala diriku belum dipetik?"
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah bumi.
 Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.

Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat..

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Wanita itu ibarat EPAL! Sebabnya? Sila Baca!

Edisi Hangat! Anwar Perlu Jawab Isu Klip Video Terbaru!

Oleh Kaki Wayang on

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/september/17/cctv.jpg

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera menjawab isu klip video terbaru membabitkannya yang mula tersebar sejak Sabtu lalu dan tidak terus memanipulasi pemikiran rakyat dengan mengulangi kononnya semua yang berlaku adalah konspirasi untuk menjatuhkannya. 

Bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari, meminta pihak berkuasa menubuhkan satu suruhanjaya siasatan bagi menyiasat klip video itu seterusnya mengheret Anwar ke muka pengadilan jika benar beliau adalah pelaku dalam klip berkenaan. 
 
“Seperti biasa pihak yang pro kepada Anwar pastinya akan terus mempertikaikan kebenaran klip video itu atas nama politik, bukannya mempertahankan kebenaran,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas pendedahan terbaru klip video mengenai Anwar yang didedahkan blog Papa Gomo di www.papagomo.com, Sabtu lalu yang didakwa membuktikan kehadiran Anwar bersama ahli perniagaan, Datuk Syazryl Eskay Abdullah di sebuah pangsapuri di Ampang yang menjadi lokasi rakaman video seks yang dikatakan membabitkan Anwar seperti yang tersebar Mac lalu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zuklkifli Noordin, dalam entri terbaru blognya di http://zul4kulim.blogspot.com turut mengulas klip terbaru yang kini tersebar membabitkan bukti Anwar dan Syazryl Eskay berada di lokasi kejadian video seks yang tersebar sebelum ini.

Katanya, klip video terbaru itu sekurang-kurangnya membuktikan satu perkara iaitu Anwar memang pembohong kerana beliau mempertikaikan Eskay sebagai kawan baiknya.

“Sebagaimana Anwar pernah pertikaikan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai kawan baik beliau walaupun sudah bersama lebih 35 tahun. Jelas daripada klip video itu betapa rapatnya Anwar dengan Eskay,” katanya.

Di ALOR SETAR, Anwar yang diajukan soalan itu enggan melayan isu berkenaan dan menyalahkan UMNO sebagai dalang disebaliknya.

“Saya tak mahu layan... ini semua kerja UMNO, saya tak perlu layan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri PKR Kedah di sini, semalam.

Beberapa blog semalam sudah mula memuat naik dan menyiarkan klip video yang didakwa menunjukkan Anwar bersama Shazryl Eskay memasuki sebuah lif pangsapuri tempat di mana Ketua Pembangkang itu didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan China.

Sedutan klip video kira-kira tiga minit 48 saat didedahkan blog Papa Gomo, turut memaparkan semula rakaman video seks kontroversi itu dengan beberapa babak antara jam 10.26 malam hingga 10.45 malam, kini sudah tersebar dan menjadi perbincangan di kebanyakan blog politik tanah air.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Anwar Perlu Jawab Isu Klip Video Terbaru!

Edisi Hangat! Makan-makan kat East Coast Mall, Kuantan!

Oleh Kaki Wayang on

Sebab Yazid Yahya dah wat entri untuk menonton wayang kat Kuantan..so aku tak perlu lah wat entri yang sama..kang kata aku tiru pla...so aku wat entri sal makan jew..tapi sebab gatal mulut dan gatal hati nak menghanjeng..aku nak ulas juga ckit sal menonton wayang aritu...Rutin kalau g Kuantan ngan Yazid..kene pasang lagu kuat-kuat dan nyanyi dalam kete..tapi sebab ada Ustaz Nazri aka Botak Kiut Yang Jiwang sesungut..ustaz lah sangat..so tak leh nyanyi lagu kuat2..pasang muzik pon sekadar mengisi masa bila semua orang tak de cite..so ada lah muzik menemani kami dan mengisi kekosongan itew..sapai je Kuantan terus ke Kaunter GSC..dapat tiket (diskaun 6 hengget) dan terus ke KFC..nak makan ringan katenyer..(Yazid memang suka makan ringan2)..ringan lah sangat..5 ketul ayam..dan 1 set ape ntah yang ada nasi dan ayam tu..ringan sangat..

Makan ringan-ringan kat KFC (Ringan katenyer)

Sebelom kawan kita si Yazid ni nanges dan BK gelakkan YY ala2 Santa klos


Pas makan terus ke Hall 1 untuk menonton Nur Kasih..bukan nak ngumpatlah..tapi kenyataan..si Yazid Yahya bukan main lagi dengan penuh emosi dan airmata..menangis la dia..teresak-esak sambil menarik hingus kemudian menidakkan dengan pelbagai alasan gehtooo..Pantulan cahaya katenyer..Ok lupakan hanjengan itew..dengan harapan yazid terkesan dengan hanjengan itew...


Pas tgk wayang air mata..kitorang terus ke Song Box..Yazid dah xsabar nak menyanyi katenyer..dah artis of the show is Botak Kiut..suara yang mantop bak JINBARA menenggelamkan suara ala2 Ziana Zain si Yazid Yahya..Farhana gehtooooo...

Sempat lagi aku g survey Iphone 4 sebelom menonton POTC

Pas nyanyi..kitorang g jalan2 kejap..lepaking kat depan Pizza Hut..dan ntah g mane lagi..aku dah tak hengat dah..pastu terus ke panggung untuk menonton filem seterosnya..filem Pirates of The Carribean: On Stranger Tides..nasib baik filem ni bukan filem air mata..kalau tak mesti Yazid nanges lagi kemudian Aku dan BK akan mentertawakan Yazidy yang sangat emosi itew..tapi buleh pulak dia tido masa POTC tu..keji sangat..

Ni makanan aku dan BK..ntah aku tak ingat namanyer

Yazidy yang sangat serius selepas menangis dan ketawa dalam wayang

Menu ayam barbeku kat Black Canyon

Prawn Tomyam versi Black Canyon

Makanan Yazidy ala-ala Kebab gehtoo

Habis je filem tu, kitorang terus ke Black Canyon..tempat makan paling aku minati kat Kuantan selain Pizza Hut..Makan bertiga dengan jumlah RM80.58...hevattt macam makan 10 orang kaooo...Kaooo ampooo kew? Nasib baik Botak Kiut yang blanje..kalau tak aku tak makan mahal2 macam tu...xmakan kew?


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Makan-makan kat East Coast Mall, Kuantan!

Promosi! Jom BERIKLAN, Serendah RM30.00 Sebulan - Tentunya PALING MURAH!

Oleh Kaki Wayang on


Ruangan IKLAN kini dibuka. Dari serendah RM30.00/Sebulan anda kini sudah boleh beriklan di blog ini. Buat pengetahuan semua, blog ini mampu mencapai lebih dari 15,000 - 25,000 visitor sehari. Dengan jumlah kehadiran visitor 300,000 sebulan..dan dengan pencapaian seumpama itu, maka sudah tentunya iklan anda pasti akan mendatangkan pulangan yang lumayan. Jadi TUNGGU apa lagi. Beriklan SEKARANG!!!

Ruangan IKLAN adalah TERHAD!!!

 Banner   Banner
Sila baca selanjutnyaPromosi! Jom BERIKLAN, Serendah RM30.00 Sebulan - Tentunya PALING MURAH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...