Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak
gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada
melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya. Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di
daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada
ibu bapanya.
Gadis terbabit yang bakal menduduki
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki
berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa
bulan perkenalan. Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat
laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang
untuk pemeriksaan.
Menurut sumber, bertindak atas laporan
dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di
rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam. Menceritakan
semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman
lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.
“Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.
“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah
kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.
Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan
di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel
Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut
dilakukan.
Sila baca selanjutnya → Betol-betol Sengal! Kondom dalam beg sekolah anak