PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label advertorial. Show all posts
Showing posts with label advertorial. Show all posts

Betol-betol Kagum! Anak panah terbenam di muka

Oleh Kaki Wayang on

BELUM SAMPAI AJAL...Tavernier terbaring di katil hospital sementara menunggu masa dibedah. 

Seorang remaja bernasib baik kerana terselamat walaupun mukanya tertusuk anak panah sepanjang lebih 20 sentimeter, semalam. Sebelum itu, Lewis Tavernier membawa busur panah ke rumah kawannya di Stevenage dan memasang penahan sebelum meletakkan alat itu dengan berhati-hati di atas meja berhampiran.

Bagaimanapun, ketika Tavernier, 17, leka berbual dengan rakannya, secara tiba-tiba anak panah itu meluncur ke arah remaja terbabit. Berada di kedudukan kurang dari satu meter, anak panah itu terus menusuk ke muka dan terbenam hampir lapan sentimeter pada pipinya.

NASIB BAIK...imej x-ray menunjukkan kedudukan anak panah di muka Tavernier. 

Imbasan x-ray menunjukkan tulang pipi Tavernier retak tetapi anak panah itu tidak merosakkan sebarang saraf serta salur darah penting yang ada kira-kira dua milimeter darinya. Pelajar Sekolah Marriots itu berkata, dia sering menggunakan alat berkenaan sebelum ini dan tidak pernah lupa memasang alat keselamatan sebelum meletakkannya di mana-mana.

“Disebabkan itu, saya tidak berfikir banyak apabila meletakkan panah itu di atas meja,” katanya.

Bagaimanapun, Tavernier mengakui insiden itu aneh kerana tiada sesiapa berada di situ kecuali dia dan temannya. Kata Tavernier, rakannya melihat busur panah berkenaan tiba-tiba melepaskan anak panah ke arahnya.

“Kejadian berlaku amat pantas dan saya tidak perasan ia menusuk ke muka. “Saya cuma ingat ada bertanya kepada rakan: “Ada anak panah di muka saya?” katanya.

Tavernier dikejarkan ke hospital oleh bapa rakannya dan ketika itulah baru dia berasa sakit. Dia kemudian menjalani pembedahan segera di Hospital Lister bagi mengeluarkan anak panah berkenaan.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kagum! Anak panah terbenam di muka

Betol-betol Kagum! Gerhana Bulan!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.bharian.com.my/bharian/PixFront/gerhana 

KOMBINASI gambar gerhana bulan di Dubai, Emirate Arab Bersatu (UAE), hari ini. Gerhana bulan berlaku apabila bumi membayangi bulan. Warna bulan boleh bertukar kemerahan, tembaga-coklat atau oren, diwarnai oleh cahaya daripada matahari yang terbias apabila melalui atmosfera kita. Gerhana bulan dijangka berlaku di negara kita malam ini.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kagum! Gerhana Bulan!

Betol-betol Hangat! Zarina Juara Konsert Kenangan AFnil

Oleh Kaki Wayang on

 

Konsert Kenangan Afnil memberi kenangan terindah buat peserta Akademi Fantasia musim ke2, Zarina Zainoordin apabila memenangi pertandingan tersebut dan membawa pulang sebuah kereta Persona Elegance. Zarina berjaya menewaskan beberapa peserta Akademi Fantasia (AF)wakil dari AF 1 hingga AF9 pada konsert khas yang telah dirakamkan di Studio 1, Astro Bukit Jalil, Ahad lalu.

Menurut Penerbit Eksekutif Astro Ria, Irwan Rauf berkata konsert ini diadakan bagi mengimbau kenangan sepanjang sembilan tahun AF diterbitkan.

“Setiap daripada peserta dipilih mengikut beberapa kriteria dan mewakili setiap musim. Kami juga pilih mereka yang tidak berjaya ke konsert final terutama bintang yang tersingkir sebelum minggu konsert akhir diadakan. "Memandangkan rancangan ini membabitkan kenangan suka duka peserta, jadi kita jemput mereka yang dirasakan ada sejarah menarik untuk dikongsi bersama penonton," katanya.


Konsert tersebut berjaya mengamit memori lalu, apabila pengacara Aznil Nawawi bertindak memainkan emosi penonton dengan usikan nakal kepada peserta-peserta. Kata Aznil konsert tersebut memberi banyak kenangan sehingga membuatkannya begitu tersentuh terutamanya kehadiran bekas-bekaspelajar yang datang memberikan sokongan.

“Walaupun konsert ini mempertandingkan bakat bintang-bintang AF, namun apa yang saya lihat mereka menyanyi bukan untuk menang, sebaliknya untik melepaskan rindu dengan rakan lain.

“Konsert penutup ini akan melabuhkan tirainya dengan pelbagai kenangan dan secara tidak langsung memberi impak kepada kehidupan saya dan peminat rancangan realiti ini,” ujarnya.


Antaranya pasangan suami isteri Khai dan Rosma muncul bersama anak sulung mereka. Manakala, peserta adik beradik Diddy atau Syamsul Hirdi Muhid mewakili AF4 turut bertanding bersama adiknya Kay AF9 di pentas dengan persembahan istimewa.

Selain Rosma, Zarina dan Diddy, turut bertanding dalam Konsert Kenangan AFNIL adalah Mohamed Zulkefli Mohamed Idir atau Keifli mewakili AF3, Mohd Syawal Ruslan (Shawal-AF5), Ika Nabila Abdul Rahim (Ika-AF6), Nurfazelah @ Zizie Mad Tahil (Zizie-AF7), Nadiawati AinulBasir (Ain-AF8) dan Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib-AF9).

Bagi menghangatkan final AF9, kemunculan istimewa daripada keempat-empat finalis iaitu Hazama, Lena, Fina dan Azri tampil membuat persembahan khas buat senior mereka.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Zarina Juara Konsert Kenangan AFnil

Betol-betol Hangat! Mengimbau Nostalgia

Oleh Kaki Wayang on

Dulu Betol-betol Hangat! merupakan peminat koleksi toys ni..tapi kalau patung-patung macam Barbie, Otromen, Power Rabger memang tak minat..kemon laaaa kata kooo..aku minat mainan cam kete-kete, motor-motor..dan dah lama bebenor tak main benda-benda tu sume..so baru-baru ni ternampak satu mainan yang mengimbau kembali nostalgia peristiwa dulu-dulu yang aku ni sukakan barang mainan seperti ini..



Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Mengimbau Nostalgia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...