PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label kejadian pelik. Show all posts
Showing posts with label kejadian pelik. Show all posts
Home » Posts filed under kejadian pelik
Edisi Pelik! Warga Emas Tak Dapat Tidur Sejak 39 Tahun Lalu - Serius Pelik!
Oleh Kaki Wayang on
Setiap individu dewasa yang normal memerlukan tidur
sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari bagi memastikan tubuh
dan organ-organ badan mendapat rehat yang mencukupi bagi meneruskan
kehidupan pada hari seterusnya. Namun, amat mengejutkan dunia apabila seorang warga emas di Vietnam
dilaporkan tidak tidur sejak tahun 1973, bersamaan dengan 39 tahun
sehingga kini!
Warga emas itu yang dikenali sebagai Thai Ngoc atau Hai Ngoc, 70,
sudah puas mencari jalan untuk tidur sejak 39 tahun dahulu dan usaha
tersebut masih gagal dilakukan meskipun seminit sehingga menyebabkan dia
khuatir dengan dirinya.
Edisi Pelik! Jururawat Kemaruk Span!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang jururawat pergigian semalam mendedahkan
bagaimana dia memakan 4,000 span kerana penyakit ganjil. Kerry Trebilcock, 21,
juga memakan lebih 100 ketul sabun. Dia menghidap pica, sejenis penyakit yang
menyebabkan mangsa suka memakan barangan bukan makanan.
Edisi Pelik! Treler angkut batu gergasi!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Pelik! Treler angkut batu gergasi!
Edisi Pelik! Walaupun Koma Tapi Masih Boleh Melontar Bola - Serius Pelik!
Oleh Kaki Wayang on
MAGGIE mampu melontar bola walaupun masih dalam koma. Gambar kecil, Maggie kembali ke sekolah selepas empat tahun dirawat.
Seorang pelajar sekolah tinggi yang terlalu minat kepada sukan bola
keranjang menunjukkan aksi luar biasa ketika koma akibat jangkitan kuman
di otaknya. Media semalam melaporkan, Maggie Meier jatuh sakit pada 2008 dan dimasukkan ke hospital akibat tidak sedarkan diri.
Edisi Sentap! Terperangkap dalam kereta selama dua bulan!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang lelaki Sweden hidup dalam sebuah kereta yang ditimbus salji
di sebatang jalan di dalam hutan selama dua bulan tanpa makan, kata
polis dan media kelmarin. Lelaki berusia 45 tahun dari selatan Sweden itu ditemui pada Jumaat
lalu dan dia kelihatan sangat kurus dan terlalu lemah untuk bercakap
beberapa patah perkataan. Dia ditemui dalam kereta tidak jauh dari bandar Umea di utara Sweden.
Lelaki itu ditemui oleh beberapa orang yang menaiki skuter salji yang
pada mulanya mereka menganggap mereka menemui sebuah bangkai kereta. Namun, mereka menggali salji ke tingkap kereta tersebut dan melihat terdapat pergerakan di dalam kenderaan itu. Lelaki itu duduk di tempat duduk belakang di dalam beg tidur dan dia
menyatakan telah berada di dalam kereta tersebut sejak 19 Disember tahun
lalu.
Seorang pegawai polis, Ebbe Nyberg berkata, pihaknya tidak meragui
bahawa lelaki tersebut telah terperangkap di dalam kereta bagi tempoh
yang lama. Hospital Universiti Umea iaitu lokasi lelaki tersebut dirawat selepas
diselamatkan oleh polis dan pasukan penyelamat berkata dalam satu
kenyataan bahawa dia kini beransur baik. Doktor-doktor di hospital itu berkata, manusia pada kebiasaannya mampu hidup selama kira-kira empat minggu tanpa makanan.
Menurut Dr. Stefan Branth kepada akhbar Vasterbottens-Kuriren, selain
makan salji, lelaki itu mungkin hidup disebabkan dia tidak aktif.
“Seperti seekor beruang yang hibernasi. Manusia bolah melakukannya,” katanya.
Hibernasi merujuk kepada haiwan yang menghabiskan musim sejuk dalam keadaan tidur nyenyak.
“Dia (lelaki itu) mungkin mempunyai suhu badan kira-kira 31 darjah Celsius yang disesuaikanmengikut tubuh badannya.
“Disebabkan suhu yang kecil, tiada banyak tenaga yang digunakan,” kata Dr. Branth.
Polis berkata, kenapa lelaki tersebut berada di dalam kereta di hutan tersebut masih belum diketahui.
Edisi Pelik! Umur Presiden Senegal dikatakan 90 tahun!
Oleh Kaki Wayang on
Umur Presiden Senegal, Abdoulaye Wade menjadi persoalan kerana ada dakwaan beliau berusia 90 tahun. Secara rasmi, Wade dilahirkan pada 29 Mei 1926 menjadikan beliau
berumur 85 tahun semasa kebanyakan daripada penduduk di negara ini
meninggal dunia semasa berusia 59 tahun.
Namun, para pengkritiknya menyatakan beliau mungkin berusia 90 tahun. Masalah yang dihadapinya ialah dokumen kelahirannya dikunci dalam sebuah bilik. Persoalan itu timbul kerana beliau kini cuba meyakinkan penduduknya
supaya memberikan peluang kali ketiga kepadanya untuk memerintah
Senegal. Isu itu timbul bahawa seorang penduduk yang mengenali Wade menerima
ancaman bunuh selepas beliau mendakwa presiden tersebut lahir pada tahun
1919.
"Umurnya menjadi satu masalah. Adakah beliau layak mempinpin negara?, soal Datuk bandar Saint Louis, Cheikh Bamba Dieye.
Dokumen kelahiran Wade disimpan dalam sebuah bilik berkunci di bandar Saint Louis.
Edisi Kagum! Subhanallah, Air Laut tiba-tiba Membeku!
Oleh Kaki Wayang on
Lokasi lautan beku ini terletak di negara Pakistan??. betul ke
Pakistan?? ermmm..ada sumber mengatakan ini ialah lautan di Constanta,
Romania dimana airnya adalah campuran air masin dan air tawar. Suhu
disana sangat rendah sehingga sebahagian dari lautan tersebut membeku.
Hakikatnya ia adalah kebesaran Allah….
Edisi Hangat! Subhanallah! Hujan Ikan Di Honduras Australia!
Oleh Kaki Wayang on
Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia
telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini
telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ.
Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu. Tetapi kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia.
Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.

Lokasi kejadian pelik ini
berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai
669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan
kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup.
Jangan lupa menonton video Hujan Ikan Di Honduras Australia di atas.
Subhanallah!
Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.
Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.
Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.
Kredit: HUJAN IKAN

Edisi Pelik! Gadis Pelik Ketagih Makan Plastik!
Oleh Kaki Wayang on
Kailyn, 18, gadis yang berasal dari
Sacramento mengakui telah menjamah plastik hampir 60,000 jenis plastik
sepanjang 11 tahun yang lalu sebagai makanan utama hariannya berbanding
dengan makanan biasa.
Kailyn telah dijemput oleh sebuah rancangan TLC bagi sebuah program bual bicara, ‘My Strange Addiction’ bagi membicarakan ketagihan anehnya kepada penonton-penonton di negara itu.
Di dalam rancangan itu, Kailyn dilihat mengunyah beberapa barangan plastik dari palstik botol air hinggalah sarung cakera padat.
Selain itu, Kailyn juga turut berkongsi ‘makanan’ plastik lain yang menjadi kegemarannya sejak dahulu lagi kepada para penonton.
“Saya telah makan 12 alat kawalan jauh, lebih 5,000 manik, lebih 1,000 pedang koktel, 100 garpu, kira-kira 10 botol air, dua puting, tiga sarung cakera padat, kira-kira 50 penyangkut baju, 25 tudung plastik,” kata Kailyn.
Menyifatkan dirinya tidak dapat lari dari plastik, Kailyn mengakui plastik adalah sesuatu yang dia amat perlukan setiap hari. Ketika ditanya tentang ketagihan melampau terhadap plastik, Kailyn berkata tekstur plastik adalah sangat unik untuk dirasa dan tidak sama seperti makanan rutin manusia yang lain.
“Rasa mengunyah plastik itu sangat nikmat walaupun pada mulanya sangat kasar, tapi lama-kelamaan ia menjadi lembut,” terang Kailyn.
Barang plastik yang menjadi kerap dalam sajian hariannya adalah pedang Coctail yang didapati dari tempat kerjanya.
Malah, pada hari kebiasaannya, Kailyn akan menjamah ‘makanan’ pedang itu sekurang-kurangnya sebanyak 15 kali jika keadaan emosinya dalam tekanan yang terkawal. Bagaimanapun, Kailyn tidak menafikan ketagihannya itu boleh mendatangkan keburukkan kepada kesihatannya memandangkan jumlah plastik yang diambil sangat banyak setiap hari.