Edisi Pelik! Gadis Pelik Ketagih Makan Plastik!

Oleh Kaki Wayang on


gadis

Kailyn, 18, gadis yang berasal dari Sacramento mengakui telah menjamah plastik hampir 60,000 jenis plastik sepanjang 11 tahun yang lalu sebagai makanan utama hariannya berbanding dengan makanan biasa.
Kailyn telah dijemput oleh sebuah rancangan TLC bagi sebuah program bual bicara, ‘My Strange Addiction’ bagi membicarakan ketagihan anehnya kepada penonton-penonton di negara itu.

Di dalam rancangan itu, Kailyn dilihat mengunyah beberapa barangan plastik dari palstik botol air hinggalah sarung cakera padat.

Selain itu, Kailyn juga turut berkongsi ‘makanan’ plastik lain yang menjadi kegemarannya sejak dahulu lagi kepada para penonton.

“Saya telah makan 12 alat kawalan jauh, lebih 5,000 manik, lebih 1,000 pedang koktel, 100 garpu, kira-kira 10 botol air, dua puting, tiga sarung cakera padat, kira-kira 50 penyangkut baju, 25 tudung plastik,” kata Kailyn.


Menyifatkan dirinya tidak dapat lari dari plastik, Kailyn mengakui plastik adalah sesuatu yang dia amat perlukan setiap hari. Ketika ditanya tentang ketagihan melampau terhadap plastik, Kailyn berkata tekstur plastik adalah sangat unik untuk dirasa dan tidak sama seperti makanan rutin manusia yang lain.

“Rasa mengunyah plastik itu sangat nikmat walaupun pada mulanya sangat kasar, tapi lama-kelamaan ia menjadi lembut,” terang Kailyn.

Barang plastik yang menjadi kerap dalam sajian hariannya adalah pedang Coctail yang didapati dari tempat kerjanya.

Malah, pada hari kebiasaannya, Kailyn akan menjamah ‘makanan’ pedang itu sekurang-kurangnya sebanyak 15 kali jika keadaan emosinya dalam tekanan yang terkawal. Bagaimanapun, Kailyn tidak menafikan ketagihannya itu boleh mendatangkan keburukkan kepada kesihatannya memandangkan jumlah plastik yang diambil sangat banyak setiap hari.
 
Gadis Pelik Ketagih Makan Plastik




Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...