Edisi Sentap! Pemilik Payudara Kedua Terbesar Di Britain Semakin Risau!

Oleh Kaki Wayang on

Pemilik Payudara Kedua Terbesar Di Britain Risau 'Asetnya' Semakin Menjadi-Jadi!
Memiliki payudara yang besar mungkin menjadi impian kebanyakan wanita hingga ramai yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk memastikan mereka memiliki aset seumpama itu. Tidak cukup dengan menggunakan krim dan ubat-ubatan, malah ada yang sanggup menanggung risiko dengan membuat pembedahan memasukkan silikon dalam payudara masing-masing. Tetapi bagi Rachel Aldana, dia semakin bingung dengan payudaranya yang semakin membesar dan membesar….sehingga kini ia sudah mencapai ukuran 30L! Dia yang baru berusia 24 tahun mengakui, keadaan tersebut membuatkan dia semakin risau.

“Saya takut apa lagi yang akan terjadi selepas ini, kadangkala saya terfikir yang saya ini ibarat ‘payudara berjalan’.

” Yang kelihatan menonjol cuma payudara saya,” katanya pada Thesun.co.uk baru-baru ini.

Karena ‘asetnya’ itu, Rachel menjadi pemilik payudara alami terbesar kedua di Britain.
Sebelum ini seorang wanita berkulit hitam, Donna Jones mengejutkan ramai pihak kerana disahkan mempunyai payudara berukuran 40M.

Dalam pada itu, Rachel tidak dapat menyembunyikan kerunsingan mengenai keadaan dirinya itu.

“Saya khuatir tidak lagi mampu berjalan atau berdiri suatu hari nanti,” ujarnya.

Menurut Rachel, keturunan keluarganya memang berpayudara besar. Ibunya memiliki payudara berukuran 30K tapi akhirnya berjaya ‘diperkecilkan’ kepada saiz 30C melalui satu pembedahan.

” Terus terang, adalah satu seksaan kerana memiliki ‘monster’ ini,” katanya.

Walaupun merasa terseksa karena sering mengalamai kesakitan di bahagian punggung, Rachel takut untuk menjalani pembedahan seperti mana yang dilakukan ibunya.

Ketika ditanya mengenai teman lelakinya, Rachel bersyukur kerana mempunyai kekasih yang cukup ‘supportive’.Dalam erti kata lain, kata Rachel, mempunyai payudara yang besar bukanlah satu isu buat kekasih kesayangannya itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...