PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label maksiat berleluasa. Show all posts
Showing posts with label maksiat berleluasa. Show all posts

Betol-betol Bangang! Bapa, anak bersekedudukan hingga lahir tiga zuriat

Oleh Kaki Wayang on

MALU...pasangan ayah dan anak dibawa masuk ke mahkamah, semalam. 

“Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).

“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.

“Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.

Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bangang! Bapa, anak bersekedudukan hingga lahir tiga zuriat

Betol-betol Speechless! Jangan Tengok dan Jangan Baca!

Oleh Kaki Wayang on

Pertamanya kredit gambar to Pak Syahot dan Mr Google atas gambar ini..aku tak mampu nak berkata-kata tu sebab aku mampu nak taip jew..kepada kengkawan yang sangat mudah nak muntah atau apa2 yang sewaktu dengannya..jangan tengok gambar ini yer..gambar ini adalah gambar bayi yang telah dibuang dari tingkat 5 flat Sentul..Kredit to LENSA ..

Dah ramai dah yang post entri ni..aku terlambat tapi atas dasar ingin berkongsi sesuatu BBH post jugak entri ini..semoga ianya menjadi pengajaran kepada manusia yang lain..korang dinasihatkan jangan TENGOK yer!!!

 

Beginilah natijahnya bila maksiat berleluasa..tanpa didikan agama, tanpa perikemanusiaan, tanpa hati perut, nyawa diambil dan dicabut dengan mudah..Ya Allah..jauhkanlah aku dari sebarang perkara yang mungkar.. 

P/s: Kenapa ada lagi manusia sekejam ini di muka bumi ini? BBH betol-betol kecewa dengan sikap segelintir manusia yang mudah menghukum bayi yang tak berdosa..meh bagi aku bayi tu kalau tak nak..aku sanggup jaga..tak sanggup tengok bayi seperti ini dibuang..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Speechless! Jangan Tengok dan Jangan Baca!

Betol-betol Bangang! Bercoli, berseluar dalam tarik pelanggan

Oleh Kaki Wayang on

Kali ni Betol-betol Hangat! Sekali lagi emnukar tagline kepada Betol-betol Bangang..masakan tidak bila mengetahui akan maksiat yang semakin menjadi-jadi di negara kita..semua ni penyumbang kepada kemurkaan Allah SWT..So nanti kalau jadi pape seperti Tsunami, banjir, genpa bumi kat tempat kita jangan salahkan alam yer..salahkan tindakan dan perilaku kita..


“Modus Operandi mendapati wanita ini mengumpan warga emas dan lelaki warga asing sebelum menawarkan perkhidmatan seks”


Kejadian ini berlaku di Kuala Lumpur..berdasarkan tajuk, itulah kenyataannya wanita warga China menggunakan taktik tersebut untuk memancing dan menarik pelanggan..dan akhirnya kegiatan tidak bermoral itu terbongkar selepas Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Bukit Aman menyerbu kawasan itu semalam.


P/s: Bangan punye warga China..kalau nak buat benda-benda macam ni ape kata korang wat kat Negara korang sendiri..xdelah menyusahkan warga Malaysia..yang melanggan tu pla satu hal..bangang tahap gila2..eeeeee geram!!! Warga emas pon ada?mmm memang cari nahas la korang!!!
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bangang! Bercoli, berseluar dalam tarik pelanggan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...